Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Kawan?

Kawan? Apa itu erti kawan? Mereka katakan kawan ialah mereka yang bersamamu tika suka mahupun duka. Tapi, kenapa aku tak rasakan sedemikian? tika mereka perlukanku, aku sedia membantu, tapi kenapa tika kuperlukan bantuan, mereka menghilang tak dapat dikesan? Suara batinku menjerit, "Tolonglah aku, wahai kawan." Disekeliling ku tiada siapa-siapa. Dimanakah mereka yang menggelarkan diri kawan? Aku keseorangan. Aku relakan diri dibeban dengan segunung bebanan. Suara kecilku berbisik, "Tidak mengapa, semuanya akan diselesai dengan baiknya." Tapi akhirnya, aku terus dipijak henyak. Aduh. Penat badanku, jerih perih usahaku, sia-sia begitu saja. Andai beginilah yang dinamakan kawan, biarlah aku hidup keseorangan. Tiadalah guna mengaku kawan. Di depan baik, di belakang syaitan. Aku masih tertanya, apa itu erti kawan?