MY MASTER JOURNEY | Eps 3: Struggle is real Dalam bulan 6, aku pun mengikuti seminar RM. Sebulan selepas itu, kami diminta untuk bersedia untuk pembentangan tajuk masing-masing. Aku tidaklah berasa takut sangat sebab aku dah siapkan masa terkandas di kolej dulu walaupun tak sempurna dan banyak kesalahan. Sekurang-kurangnya, dah ada progress . Dalam bulan 7, aku pun membentangkan tajuk kepada dua orang penilai, Dr Lee dan Dr Tan. Dr Lee ni mualaf. Aku tak pasti nak bagi salam atau tidak masa pembentangan. Disebabkan Kak Fitrah yang menjadi pembentang sebelum giliran aku memberi salam, aku pun ikut sama. Alhamdulillah. Aku lulus untuk pembentangan itu dan dibenarkan untuk meneruskan kajian. Yang menariknya, bulan 6 itulah kali terakhir UNIMAS menyediakan seminar untuk pelajar pascasiswazah. Aku berasa terkapai-kapai. Apa yang patut aku lakukan ...