Langkau ke kandungan utama

Catatan

PHD 1.0 : Done

PHD 1.0: Done!             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menulis entri ni. Untuk post kali ni, aku nak kongsikan tentang perjalanan aku siapkan PHD 1.0. Eh, bukan ijazah PhD. Tapi PHD. Pinang Hafsah Dulu. Sebenarnya, aku masih rasa macam bermimpi. Tapi dream comes true . Walaupun selang masa antara mula perkenalan sampai bernikah hampir setahun tetapi pelbagai liku-liku kehidupan yang aku tempuhi. Tapi dengan izin Allah, aku dapat hadapi semua tu dengan baik. Alhamdulillah. Perkongsian ini dibahagikan kepada tiga bahagian: berkenalan, bertunang, bernikah. Berkenalan @ Taaruf Penghujung tahun 2023. Aku terjumpa satu iklan tentang Sijil Pengajian Islam USM selepas solat di Masjid USM. Memang teringin untuk belajar agama secara formal. Bukan setakat pergi kuliah-kuliah maghrib atau ceramah perdana. Nak belajar step-by-step. Satu demi satu sampai ha...
Catatan terbaharu

Permanent Head Damage (PhD) Journey: Begin

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Ini julung kalinya aku nak share pasal pengalaman aku dari mula mendaftar untuk PhD sampailah proposal defense. Samalah macam post sebelum-sebelum ni. Dulu share pasal kisah asasi. Lepas tu degree. Lepas tu master. Haa sekarang PhD pula. Eh, alang-alang dah sebut, kisah pengalaman aku dari asasi sampai degree tu diterima Unimas Publisher dan bakal diterbitkan tak lama lagi. Nanti jemput baca ya. Nak terbitkan jadi buku tu bukan senang ya. Banyak publisher yang reject. Akhir sekali, aku saja try nasib hantar ke Unimas Publisher. Setelah lima bulan baru dapat emel daripada Unimas Publisher yang mengatakan manuskrip aku tu diterima. Tak cukup dengan itu, banyak urusan lain yang kena settle sebelum jadinya buku. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Behind the scene Untuk entri kali ni, aku nak mulakan dengan berkongsi kisah sebelum mendaftar sebagai pelajar PhD lagi. Setelah aku konvo untuk master pada tahun 2022, aku memang berazam nak sambung PhD...