Langkau ke kandungan utama

PHD 1.0 : Done

PHD 1.0: Done!



            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menulis entri ni. Untuk post kali ni, aku nak kongsikan tentang perjalanan aku siapkan PHD 1.0. Eh, bukan ijazah PhD. Tapi PHD. Pinang Hafsah Dulu. Sebenarnya, aku masih rasa macam bermimpi. Tapi dream comes true. Walaupun selang masa antara mula perkenalan sampai bernikah hampir setahun tetapi pelbagai liku-liku kehidupan yang aku tempuhi. Tapi dengan izin Allah, aku dapat hadapi semua tu dengan baik. Alhamdulillah. Perkongsian ini dibahagikan kepada tiga bahagian: berkenalan, bertunang, bernikah.

Berkenalan @ Taaruf

Penghujung tahun 2023. Aku terjumpa satu iklan tentang Sijil Pengajian Islam USM selepas solat di Masjid USM. Memang teringin untuk belajar agama secara formal. Bukan setakat pergi kuliah-kuliah maghrib atau ceramah perdana. Nak belajar step-by-step. Satu demi satu sampai habis. Kalau kuliah atau ceramah ni macam pilih poin-poin tertentu saja. Teringat masa kerja dengan HCF dulu. Ada seorang non-Muslim yang  pertikai dengan latar belakang pendidikan aku, “You tak ada syariah, usuludin tapi ajar orang syahadah ka?” Aku jawab dengan baik dan lemah-lembut, “Semua orang Islam boleh ajar syahadah.” Dia terdiam. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa tercabar juga. Lagi semangatlah nak belajar agama secara formal. Nak saja ambil diploma di KITAB atau IPT lain tapi mak tak berapa berkenan. Mak lebih suka untuk aku habiskan PhD dulu.

            Dipendekkan cerita, aku pun daftar untuk program pensijilan tu. Yuran RM2,000 untuk 10 bulan pengajian. Sebulan bayar RM200 pun boleh. Kelas dijalankan setiap hari Sabtu pagi dari pukul 8.30 pagi sampai 1.30 tengah hari. Ada dua kelas tapi rehat kejap pukul 10.30 sampai 11.00 pagi. Sehari sebelum kelas bermula, pihak Pusat Islam USM buat taklimat untuk pelajar-pelajar yang dah daftar. Taklimat tu sekali dengan kelas al-Quran dan sijil tahfiz. Aku free pagi tu tapi kena pergi sekolah lepas Jumaat. Jadi guru ganti di SMK Raja Tun Uda.

            Pada hari taklimat, hampir semua pelajar tu golongan tua yang nak mengisi masa-masa lapang depa. Yang pencen pun ada. Mahasiswa USM yang dapat bantuan kewangan (tak payah bayar yuran) pun tak ramai yang join. Masa taklimat, Ustaz Luqman terangkan tentang perkuliahan untuk program Sijil Pengajian Islam. Pelajar-pelajar akan diberikan tugasan individu. Selepas lapan kelas untuk satu-satu subjek, peperiksaan akan dijalankan pada hari Ahad. Kemudian, subjek baharu diajar pada minggu seterusnya. Seganlah juga sebab ramai yang tua-tua tapi aku teruskan sebab niat untuk belajar agama secara formal tertangguh lama dah.

            Pada hari Sabtu, kelas pertama. Dalam kelas tu, jumlah lelaki boleh kira dengan jari ja. Pelajar perempuan ada lebih sepuluh orang. Disebabkan kelas dijalankan setiap Sabtu pagi, taklah rasa terbeban sangat. Selalunya pagi Sabtu ni masa aku joging ja. Setiap pelajar perlu perkenalkan diri. Ada doktor. Ada pensyarah. Ada engineer. Ada beberapa orang ustazah. Pergh, bukan kaleng-kaleng yang daftar ni. Aku pula seketui Haziq yang serba-serbi tiada apa-apa.

            Minggu berganti minggu. Aku rasa berkenan dengan seorang gadis purdah ni. Mata sepet. Kulit putih. Selalu pakai jubah hitam. Rasa macam nak bertaaruf tapi takut dia isteri orang. Kalau bukan isteri orang, awek orang. Kalau bukan awek orang, takut kena reject lagi. Kalau tak kena reject, takut setakat jaga jodoh orang lagi. Hmmm sudah-sudahlah. Serik dah nak hadapi semua tu. Kadang-kadang nampak dia bawa helmet ke kelas. Macam isteri orang ja ni. Telahan aku.

            Ada beberapa kali aku berselisih dengan dia. Kali pertama masa nak ke tandas. Ada sekali lagi masa nak ke masjid. Wush, berbunga juga hati masa tu. Setiap kali rehat, aku buat solat dhuha. Memang jaga solat dhuha pun selama ni. Sejak di SUPERB lagi. Lebih suka buat solat dhuha daripada pergi rehat. Walaupun macam-macam persoalan bermain di fikiran, aku tetap rasa nak berkenalan dengan dia. Manalah tau dialah jodoh aku. Aku pun selitlah doa mohon petunjuk masa solat terutamanya hari Sabtu tu. Memang rasa berkenan betul. Dari segi luaran, berpurdah elok. Tudung labuh. Sentiasa pakai stoking dan handsock. Masa dia perkenalkan diri atau jawab soalan di kelas, suara dia lembut. Tergugat juga iman aku.

Dari ramai-ramai pelajar, ini ja yang tinggal dan istiqamah datang kelas fizikal

Curi-curi tangkap gambar dia
            

        Masa berjalan pantas. Tiap-tiap minggu aku buat benda yang sama. Mohon petunjuk daripada Ilahi. Aku tak berani pula nak WhatsApp dia. Kadang-kadang aku skodeng dia balik dengan siapa. Tapi tak pernah berhasil pun sebab aku yang selalu balik dulu. Mengantuk kot. Bolehlah nak qailulah kejap sebelum Zohor. Masuk bulan Ramadan. Ramadan terakhir kami di Penang. Nak pindah dah ke Selangor lepas raya. Satu hari, si gadis berpurdah tanya soalan dalam grup WhatsApp kelas Arab. Cepat-cepat aku jawab soalan dia. Tunjuklah effort sikit. Malangnya, aku dihambarkan. Dia tak respon apa pun. At least say thanks lah kan. Tapi dia letak emoji love pada jawapan aku tu. Haa ada harapan ni. Cakap pasal bulan Ramadan, aku buat Masjid Hopping. Pergi ke masjid-masjid sekitar Penang. Ada sekali tu aku pergi ke Masjid Batu Uban dengan harapan terjumpa dengan dia. Dia perkenalkan diri yang dia tinggal di Batu Uban. Malangnya, tak jumpa pun. Eh salah niat dah tu. Huhu.

            Masuk bulan Syawal. Bulan sunat untuk bernikah. Ramailah yang bernikah bulan tu. Salah seorangnya kawan team Kutip FC. Tanggal 20 April 2024. Lepas kelas, aku pergi ke kenduri kawan tu. Satu meja tu semuanya dah kahwin. Ada yang dah anak tiga. Kami pun berbual-bual. Tiba-tiba, salah seorang kawan tanya, “Hang bila lagi, ziq?” Aku pun jawab, “Calon pun tak dak. Macam mana nak kahwin.” Dia balas, “Hang tunggu ja. Nanti dia mai.” Terngiang-ngiang ayat dia tu. Bila dia nak mai? Hati kecil aku bertanya. Lama dah tunggu. Tak mai, mai pun.

            Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba ada seseorang tak dikenali WhatsApp aku. Siapa dia ni? Sementara tunggu lampu merah bertukar hijau, aku pun buka WhatsApp. Alangkah terkejutnya aku. Yang WhatsApp tu gadis berpurdah! Dia bertanya tentang bagaimana aku tahu tentang kitab Fadhilat Amal dan adakah aku pernah keluar jemaah. Masa kelas tadi, aku bertanya kepada Ustaz Ehsan. Sebagai orang awam, bolehkah kami berpegang dengan kitab Fadhilat Amal sebab banyak hadis yang daif. Ustaz jawab boleh. Disebabkan itu dia tertanya-tanya dan memberanikan diri untuk WhatsApp aku.



            Kami chat secara formal. Tiada emoji. Tiada ‘hahaha’. Hanya bercerita tentang tabligh. Rupanya, dia dari keluarga tabligh. Arwah atuknya dulu syura Pulau Pinang. Aku ni bukanlah kuat sangat tapi pernahlah keluar sekali dua masa belajar di UNIMAS dulu. Itu pun ikut-ikut kawan. Aku ceritalah pengalaman keluar jemaah dulu dan masih ikut taklim. Ghast ja kureng sikit. Segan nak ketuk pintu rumah orang. Dia pun berkongsi tentang tabligh. Ya lah kan. Keluarga tabligh dan berketurunan syed/syarifah.

            Ada sekali tu aku kongsikan tentang family aku terutamanya Haikal yang pernah keluar 40 hari. Siap hantar gambar family. Dia pun hantar gambar family. Gambar raya. Semua adik perempuan pakai purdah tapi mak dia tak pakai purdah. Dia keluarga al-Jufry. Kalau tak silap, al-Jufry ni keluarga dari Yaman. Aku pun tanya tentang tu. Dia tak tahu sangat. Lebih kurang sejam kami chat. Aku teringat pesanan Mamu dan Umair masa aku cerita tentang gadis purdah ni dulu. Masa kenduri Zaf. Diaorang suruh aku confess, “Dah umur-umur macam ni, confess ja. Tak payah malu-malu.”

            Aku pun beranikan diri. Dah berbulan-bulan aku berdoa nak berkenalan dengan dia. Peluang dah terhidang. Tunggu apa lagi. Aku tukar topik perbualan. Aku bertanya sudikah dia untuk bertaaruf denganku. Dia terkejut. Cepat-cepat dia tulis, “Beranikah jumpa dengan walid saya?” Aku pun jawab, “Berani.” Dia tak beri jaminan apa-apa sebab selagi tak jumpa dengan walid kerana walid yang akan beri kata putus. Tapi mula dari situ, kami pun bertaaruf. Waktu kami chat hanya lepas asar sampai sebelum maghrib. Kami cuba elakkan dari waktu-waktu lain sebab takut jadi lagha. Kami bertukar 10 ciri pasangan idaman. Kami berkongsi tentang keluarga masing-masing.



            Selang beberapa hari, dia bertanya dengan nada serius. Adakah boleh terima dia yang tak ambil SPM sebab belajar di madrasah? Aku jawab, “Boleh.” Tapi dia masih lagi ragu-ragu kerana aku sekarang tengah ambil PhD. Dia pula tiada apa-apa kecuali hafizah. Aku pun jawab, “Kalau berkahwin, saya lebih suka isteri jadi suri rumah saja. Oleh sebab itu, tak perlu isteri yang ada pendidikan tinggi pun.” Jawapan tu membuatkan dia berasa tenang sikit. Tapi dia masih ragu-ragu. Berdasarkan pengalaman dia sendiri, ada orang yang memutuskan tunang dengannya disebabkan dia tidak mempunyai apa-apa sijil. Pengalaman tu menghantui hidupnya. Aku pun jelaskan yang penting adalah agama. Bukan sijil. Mungkin dia berasa lega sikit dengan jawapan itu.

            Selang beberapa minggu, dia ajak aku berjumpa dengan uminya selepas habis kelas. Aku pun beranikan diri. Kami hanya berbual sekejap saja kerana diaorang nak pergi ke Balik Pulau pula untuk melawat adik-adik lelaki. Baru aku tahu bahawa uminya seorang mualaf. Cina Penang. Sepanjang perkenalan, aku selalu memberikannya buku-buku. Buku pertama yang aku berikan ialah novel 30 Juz oleh Romee. Aku rasa cerita 30 Juz ni hampir sama macam cerita kami. Dia hafizah dan ustazah. Aku pula tiada apa-apa. Ada kala dia berikan aku cheesekut.



            Pada satu hari Ahad, aku pergi ke kawasan rumahnya dan berikannya Nasi Kandar Kampung Melayu. Nasi kandar tu untuk walid dan uminya juga. Walidnya suka nasi kandar tu. Teringat satu kata-kata keramat Sir Imran dulu, “If you want to tackle a man’s heart is thru his stomach.” Harap-harap bolehlah pikat hati walidnya. Oh, aku tak sempat lagi nak jumpa walidnya sebab walidnya sibuk dengan kerja. Tiap-tiap hari kerja. Kesian pula aku dengar. Tapi kami dah berbual-bual sikit di WhatsApp. Rancang untuk berjumpa.

            Selepas solat zohor, aku baru balik ke rumah. Aku perasan ada notifikasi panggilan daripada walidnya. Dia meminta aku untuk berjumpa dengannya di Masjid Zoo Road. Kebetulan dia menghantar pelanggan di Bukit Bendera. Ayahnya bekerja sebagai pemandu di satu syarikat. Tapi dia tak boleh lama di situ. Aku pun cepat-cepat bersiap dan pergi ke masjid tu. Di perkarangan masjid, walid memanggil aku masuk ke dalam satu kereta MPV. Aku pun perkenalkan diri. Walid tekun mendengar. Giliran Walid pula bersuara, “...Kalau boleh, pak cik nak menantu yang hafiz, alim.” Walid menunjukkan riak wajah masam. Nampak gaya macam nak kena reject. Aku pun membalas, “Keluarga saya keluarga beragama. Saya pun ada hafal beberapa juz. Adik saya seorang hafizah. Adik saya seorang pernah keluar 40 hari.” Riak wajah ayah berubah lepas aku memberikan penjelasan itu. Cuma, dia berat hati untuk lepaskan anaknya pergi ke Selangor kalau dah berkahwin. Perbualan kami terhenti apabila pelanggan walid menelefonnya. Walid menyuruhku untuk istikharah dan jika betul-betul serius, datang meminang. Ingat lagi kata-kata walid, “Kalau nak berkawan, walid tak bagi. Kena kahwin dulu.”

            Aku merasakan jodoh kami tak ada. Aku bukan hafiz. Bukan alim. Aku balik ke rumah dengan hampa. Aku terbaring di katil dan tak lagi WhatsApp gadis berpurdah. Rasa sedih tak kepalang. Oh, teringat pula cheesekut di dalam peti ais. Aku pun makan sampai habis. Emak nampak aku sedang berduka. Untuk menjernihkan keadaan, emak meminta aku untuk berikan nombor telefon uminya. Aku pun berikan kepada emak. Entahlah apa yang dua ibu ni nak buat. Aku pun cuba mempositifkan diri. Mungkin masih ada sinar di hujung terowong.

            Emak memberitahuku yang dia telah berbual dengan umi. Dia akan berjumpa dengan gadis berpurdah dan uminya nanti. Emak nak tengok sendiri bagaimana gadis berpurdah itu. Eh, macam ada harapan. Aku pun memberitahu gadis berpurdah tentang itu. Dia pun tengah risau. Takut walidnya reject. Tapi tidak sebenarnya. Walid hanya suruh aku istikharah dan merisik. Aku pun berasa lega. Selang beberapa hari, tiba-tiba walid menelefon aku. Tidak semena-mena dia memberitahu yang dia benarkan aku bawa gadis berpurdah ke Selangor kalau berkahwin nanti. Eh, terkejut aku. Ni kira dah bagi green light kan? Alhamdulillah.

            Setelah lama merancang, barulah emak dapat berjumpa dengan gadis berpurdah dan uminya. Ada sekali tu dah elok plan tapi keretanya pula rosak. Aku pula sakit perut dan muntah-muntah hari tu. Entahlah aral asyik melintang ja. Tapi at last, dapat juga mereka berjumpa di Nurul Ikan Bakar. Aku tak dibenarkan untuk ada sekali. Walid tak bagi. Hmmm. Aku pun duduklah di dalam kereta dan menanti emak balik. Beberapa kali juga buka tutup enjin. Ingatkan sekejap, rupanya lebih sejam. Orang perempuan, kan? Faham-fahamlah.



            Emak cerita yang dia okay dengan gadis berpurdah tu. Kira onzzzlah! Alhamdulillah. Dipendekkan cerita, keluarga kami datang merisik. Tapi sehari dua sebelum hari merisik tu boleh pula dia merajuk. Tak ingat apa salah faham yang terjadi tapi dia merajuklah. Hari merisik tu pun tengah merajuk. Masa merisik tu, mak cakap yang aku ni belum bekerja lagi. Takut tak mampu berikan nafkah. Tapi walid dengan penuh tawakal membalas, “Jangan risau. Rezeki Allah bagi. Bagi depa menikah dulu.” Disebabkan itu mak pun setuju untuk kami disatukan. Merisik juga merupakan kali pertama aku dapat tengok muka si gadis berpurdah. Walid bawa aku pergi ke bilik dia dan dia pun tanggalkan purdah. Masa tu rasa berdebar betul. Bila dia tanggalkan purdah, umi bukan main tepuk tangan macam menang award. Lagi malulah dibuatnya.

Merisik


Bertunang @ Khitbah

            Lepas merisik, fasa seterusnya adalah bertunang pula. Nak cari tarikh bertunang ni pun lama. Bukan senang ya nak tetapkan tarikh-tarikh ni. Ada saja yang tak kena. Rasa tarikh tu dah elok tapi ada saja belah mana-mana yang tak boleh. Akhirnya, hampir dua bulan barulah kami bertunang. Itu pun asyik berselisih faham tentang jumlah rombongan untuk datang. Gadis purdah takut tak dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu kerana rumahnya tidaklah besar mana. Aku pun hanya ajak beberapa orang. Tetapi pada hari pertunangan, jumlah yang datang lebih banyak daripada yang aku ajak. Cuak juga aku dibuatnya. Tetapi alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar.




            Dugaan tunang ni lain maciem. Patutlah tak sedikit yang tersungkur di pertengahan jalan. Kami hanya berhubung di atas talian saja. Kami berdua tak pernah dating. Walid agak tegas bab perhubungan ni. Pesan walid, bila keberkatan dijaga, kemanisan akan terasa. Gitchu. Aku pun dah mula sibuk dengan PhD. Supervisor suruh aku siapkan kajian secepat boleh sebab tak ambil mana-mana biasiswa. Tambahan lagi, aku tak bekerja. Untuk PhD ni, mak yang sponsor. Lepas habis PhD nanti kena balas balik jasa mak. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan perjalanan untuk siapkan PhD. Amin.

            Tidak tahu kenapa sepanjang fasa bertunang ni mudah betul berlaku salah faham. Gadis purdah pula selalu merajuk. Tersalah melawak merajuk. Lambat jawab pun merajuk. Haish. Bila merajuk, dua tiga hari tak nak jawab WhatsApp. Aku pula malas nak pujuk. Aku biar ja dia sejuk sendiri. Huhuhu. Taklah. Aku pujuk juga. Tapi dia selalu jual mahal awal-awal. Lama-lama lepas pujuk tu nanti dia okay balik. Begitulah putaran hidup sepanjang tunang. Chat-Gurau-Merajuk-Pujuk-Baik semula dan ulang dari awal. Aku tak tahu berapa kali putaran ni berlaku. Untuk memutuskan rantaian ni, sebulan sebelum nikah aku bincang dengan dia untuk tak chat lagi. Sepanjang Ramadhan hanya gunakan perantara langit. Itu pun ada sekali aku chat dengan adiknya. Dia merajuk juga lepas aku bergurau nak ajak pergi ke Thailand tapi di Thailand orang pergi untuk kahwin dua. Tersalah bergurau lagi. Keesokan harinya, dia yang chat aku untuk beritahu benda penting. Aku pun minta maaf dan janji tak bergurau macam tu lagi.

            Satu lagi dugaan, bila terikatnya tali pertunangan, seorang demi seorang crush lama muncul entah dari mana. Selama ni tak muncul pun. Ada yang DM ig. Ada yang WhatsApp. Bila cik tunang merajuk, mulalah rasa macam nak rapat balik dengan crush tu. Tapi aku tak ikutkan gerak hati tu. Tetaplah setia dengan cik tunangku ni. Berbulan-bulan aku doa. Jalan pun Allah dah bukakan. Cik tunang tu pun manusia. Dia tak sempurna. Pasti ada kelemahan pada mana-mana tapi aku yakin dialah yang terbaik untukku. Insya Allah. Teringat cik tunang beritahu yang walid terima aku sebab dia nampak keikhlasan aku. Eh, macam mana walid tahu keikhlasan aku? Firasat orang tua-tua jangan main-main. Terpacul ayat Ustaz Pahrol dalam salah satu bukunya yang aku baca dalam fikiran, “Yang ikhlas yang akan bertahan.” Mungkin disebabkan keikhlasan itu, kami berjaya sampai ke tahap ini. Alhamdulillah.

            Tak banyak yang aku dapat kongsikan tentang fasa pertunangan ni sebab banyak kenangan pahit dari manis. Isu-isu yang tercetus ni bukanlah perkara yang tak perlu ada dalam perhubungan. Sebenarnya, isu-isu inilah bagus untuk fasa pertunangan ni. Barulah nampak macam mana cara masing-masing menyelesaikan masalah. Masalah tu jugalah mendewasakan. Tips yang aku boleh kongsikan adalah sabar dan tenang bila hadapi apa-apa aral melintang. Insya Allah pasti ada penyelesaian untuk masalah-masalah tu.

First time VC untuk perkenalkan kaum kerabat dia

Tengok baju pengantin 

Mak dan menantu-menantu lepas ceramah Ustaz Wadi


Berkahwin @ Nikah

            Untuk bernikah, bukanlah mudah ya. Nak pilih tarikh nikah yang boleh semua pihak setuju. Nak cari tempat nikah. Nak cari katering. Nak beli baju nikah. Belum lagi urusan-urusan dengan pejabat agama. Buat ujian HIV. Kena dapatkan pengesahan kariah. Ambil gambar pasport. Isi borang-borang yang ada. Oh, sebelum nikah, wajib hadiri kursus kahwin. Aku dah ada sijil ni sejak first year degree lagi. Ingatkan jodoh dah jumpa tapi rupanya tolong jaga jodoh orang saja. Nasib baik tak ada tarikh expired untuk sijil ni. Kalau dulu sijil tu expired dalam masa lima tahun.

            Usai urusan dengan pihak pejabat agama, barulah kami boleh tempah tempat nikah. Dapatlah aku tempah Dataran Madani Masjid Negeri. 5 Syawal 1446H bersamaan 4 April 2025. Oh, lupa nak cakap. Urusan dengan pihak pejabat agama hanya boleh dibuat paling awal 90 hari atau paling lewat dua minggu sebelum tarikh nikah. Nasib baik tiada siapa yang tempah lagi tarikh tu. Alhamdulillah. Kami selesaikan semua urusan tu lepas aku balik dari Turkiye dalam masa beberapa hari ja. Allah permudahkan betul urusan kami. Usai semua urusan untuk nikah, aku kena fokus untuk proposal defense pula. Alhamdulillah lulus walaupun major corrections.

            Sepanjang bulan ramadhan, kami hanya gunakan perantara langit. Nak share something pun guna story WhatsApp. Hide semua orang kecuali dia. Sebenarnya, inilah yang kami buat masa taaruf dulu. Kadang-kadang terlupa juga nak hide. Tiba-tiba, ada orang lain yang tengok dan reply story tu. Alahai malunya. Chat guna story ni memang next level. Pasti akan menjadi ingatkan kami sampai ke tua nanti.

            Kami memang tak letak harapan tinggi untuk semua kaum-kerabat dapat datang pada hari pernikahan tu. Sesiapa yang boleh datang maka datanglah. Tarikh tu masih orang beraya. Yang duduk jauh pula takut jalan sesak. Ada kaum kerabat yang putuskan untuk tak datang dan salahkan kami kerana tak pilih tarikh yang sesuai. No hard feeling. Kami faham. Bukan senang ya nak pilih tarikh tu. Itu pun rasanya tarikh yang terbaik. Katering untuk nikah pun kami hanya letak 50 orang. 25 orang untuk keluarga masing-masing.

           Sehari sebelum hari pernikahan, aku sekeluarga bertolak ke Penang pada awal pagi. Setibanya di Penang, kami solat jamak di Masjid Seberang Jaya dan pergi pula ke Sungai Petani untuk menziarahi pusara arwah abah. Kalau abah ada, mesti lagi seronok. Apakan daya, masa tak akan kembali. Tak sempat abah tengok seorang pun anaknya yang berkahwin. Setibanya kami di pusara arwah abah, kami baca tahlil. Ada pasangan pengantin yang bernikah di masjid tu. Aku pun saja pasang telinga. Esok turn aku pula. Alang sekeluarga pun datang tak lama selepas itu. Diaorang pun bertolak dari Selangor tapi lewat sejam daripada kami. Kemudian, kami menziarahi Toksu Kob. Toksu mengatakan bahawa dia tidak dapat hadir kerana bertugas sebagai imam tapi dia cuba untuk mencari pengganti. Seterusnya, kami pergi ke Kepala Batas untuk makan nasi Arab. Sedapnya nasi Arab tu lagi-lagi perut tengah berkeroncong. Usai makan, kami pun pergi ke homestay. Kami semua bermalam di homestay Masjid Sheikh Eusoff. Pada malam tu, kami berjalan di Gurney Bay. Walaupun pada luaran aku nampak tenang, tapi dalam hati macam nak perang. Risau memikirkan pada hari esok. Hari pernikahanku.

            Pada hari pernikahan, hari itu merupakan hari Jumaat. Aku bangun awal dan kejutkan mak di bilik lain. Mak pasti dah bangun, telahanku. Hujan lebat pula pada pagi tu. Nasib baik ada payung. Bolehlah bawa mak ke masjid sama-sama. Mak akan pergi ke masjid untuk solat subuh setiap hari Jumaat kerana ada sujud sejadah. Entahlah apa yang dia suka dengan sujud sejadah pada hari Jumaat sedangkan bukanlah satu kewajipan. Kalau tak pergi, rasa macam tak lengkap hari Jumaat tu.

            Usai solat, aku menghantar mak pulang ke bilik dan kembali ke masjid untuk membaca surah al-Kahfi. Kemudian, aku kembali ke bilik. Sepupu-sepupu aku dah bangun. Diaorang sampai ke Penang pukul 2 pagi dan terus ke homestay itu. Kami bercadang untuk makan nasi kandar. Kami berjalan kaki ke Restoran Nasi Kandar Sulaiman. Pergi awal pun beratur dah panjang. Ramai betul peminat NKS ni. Tengah kami makan, Apit memesan lambshank. Dapatlah kami makan beramai-ramai. Boleh tahan sedap juga. Daging pun lembut. Usai makan, kami pun balik ke bilik. “Perut dah kenyang barulah sedap tidur,” kata Piji. Kami pun tidur berjemaah.

            Aku bangun dan terus gosok baju nikah. Sedap kain nikah ni. Pandai bakal zaujah ceq belikan. Nak beli baju ni pun jenuh. Kejap kata nak kena alter. Kejap kata dah okay. Entahlah nak. Baju aku cantik ja. Usai menggosok baju, aku solat dhuha. Dhuha terakhir sebagai seorang bujang gitchu. Waktu tengah hari, kami pun masuk ke masjid untuk khutbah dan solat Jumaat. Dalam masjid hari tu aku rasa cukup sejuk. Entahlah sejuk sebab nervous atau memang masjid tu sejuk. Rasanya masjid tu yang sejuk. Aku okay ja. Acah.

            Usai solat Jumaat, kami semua bersiap untuk ke Masjid Negeri. Disebabkan jarak tak jauh dari homestay maka kami pun sampai cepat. 2.30 petang dah sampai. Nikah pukul 3 petang. Di masjid, baru perasan gelang untuk batal wuduk tertinggal. Ingatkan semua dah bawa. Nasib baik ada sepupu yang belum gerak lagi. Bolehlah dia bawa. Aku hubungi tok kadi. Ustaz Anas. Dia pesan kalau dah sampai beritahunya. Tak lama lepas tu dia pun sampai. Masalahnya rombongan pengantin perempuan pula tak sampai lagi. Risau dah aku. Rupanya, rombongan perempuan dah sampai. Cuma belum masuk ke Dataran Madani lagi.

            Kami semua duduk di Dataran Madani. Aku duduk di satu kerusi berdepan dengan tok kadi. Walid duduk di sebelah tok kadi. Saksi dua orang: Mamu Fadhil dan Ami Aziz. Sebelum akad nikah berlangsung, kami buat rehearsal dulu. Nampak walid yang gugup. Aku okay saja. Kemudian, tok kadi pun memulakan majlis dengan memberikan khutbah nikah. Ringkas dan padat. Barulah sesi akad nikah.

 




Aku bersalaman dengan walid. Seterusnya, walid membaca akad, “Muhammad Haziq bin Roslan.”

 Aku jawab, “Saya.”

“Aku nikahkan kau dengan anakku, Sharifah Hafsah binti Syed Hussain dengan mas kahwin 300 ringgit tunai.”

“Aku terima nikah Sharifah Hafsah binti Syed Hussain dengan mas kahwin 300 ringgit tunai.”

Kedua-dua saksi mengangguk tanda sah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku dah menjadi suami kepada Sharifah Hafsah. Gadis purdah yang aku doakan selama ini telah menjadi pasangan hidupku. Alhamdulillah. Doakanlah keluarga yang kami bina mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin. Sekian saja perkongsian tentang PHD 1.0. Sekarang, aku kena fokus untuk PhD 2.0 pula. Selagi tak habis belajar, selagi tu mak tak benarkan tinggal sekali. Alorrhhhh. Hmmm. Anggaplah itu sebagai satu perangsang untuk habiskan belajar. Harap-harap dapat siapkan secepat boleh. Biiznillah. Tolong doakan ya guys. Okay byeee.








 

Ulasan

  1. Barakallah, tahniah Haziq dan Pasangan, Semoga pertemuan kamu berdua kekal hingga Syurga Allah Swt. Saya doakan PhD 2.0 Haziq pun dapat siap dengan lancar. Aamiin Insha'Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahumma Aamiin. Terima kasih Wan Zul atas doanya.

      Padam
  2. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير🤲🏻 أسأل الله أن يوفقكما في حياتكما الجديدة وأسأله أن يجعل بينكما السكينة والمودة والرحمة🤲🏻✨

    Moga Terus Istiqamah. Bahagia sampai Syurga. Insha Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...