Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

-Sukarelawan tak perlu dibayar-

pada mulanya, aku setuju dengan kenyataan ni sebab dorang sendiri yang sukarela. kenapa perlu dibayar. ditambah lagi dengan 'murabbi-murabbi' yang sering mentadabbur surah as-saf untuk menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan. tapi dalam buku wabak sepanjang jalan karya fathi yakan, ada dijelaskan tentang futur. awal-awal semangat tapi makin lama makin sejuk dan at last tak buat terus. pada penelitian dan pengalaman aku dalam kesukarelawanan ni, sukarelawan perlu dibayar ataupun sekurang-kurangnya diberi cenderahati atas jasa dorang sebab sukarelawan ni pun manusia beb. lumrah manusia suka dihargai. lagi satu, sukarelawan ni pun makan nasi. kalau zikir je dah kenyang, tak bagi apa pun tak kesah. lagi satu, geng murabbi ni suruh orang buat program sukarelawanan dengan ikhlas . sebab tu dorang tak perlu bagi apa-apa. boleh la cakap cam tu kalau gaji dah beribu. sukarelawan ni terutamanya golongan student gaji apa pun takde. harapkan bantuan ke...

Teratai

Seperti selalunya rembulan,    memanah cahaya lazuardi, yang memukau mata dan    mengisi jiwa-jiwa sepi, yang dahulu hingga kini    mengejar mentari, seperti engkau yang mengejar    cinta Ilahi. Dalam remang subuh    teratai menari lentuk, dengan kepayahan dan    mehnah duniawi, masih saja ia mekar di pagi hari,    memberi sinar pada mata yang memandangi, seperti engkau yang tenggelam timbul    menjerti Ar-Rahim dalam lautan tribulasi dan wahn hati. Dan esoknya,    pasti engkau bangkit menjadi perisai    ukhrawi, sehingga ku lihat engkau hari ini    subur dengan nama-nama Ilahi, seperti teratai yang mekar di dingin subuh. Pada setiap yang tersimpul oleh    bebenang takdir, tersimpul dengan rahmat dan hikmah    Ilahi, dititip selautan haru dan air mata nurani, buat akhi yang sudi berkongsi diri. Nisa Samsudin, anak buah PMGPP '...

Aku Dah Tak Lama...

Aku dah tak lama, masa aku kian singkat, hampir tiba di garisan penamat, ah, takkan kubiarkan penat badanku, perit jerihku, linangan air mataku, sia-sia begitu sahaja. Tapi, impianku untuk melihat bumi bertuah ni menjadi gah di persada dunia kian samar, semangat aktivisma dalam diri mereka seakan tiada, aku terfikir, di mana pemuda di kala masyarakat sedang tenat di luar sana? kenapa pemudi masih bersuka ria sedangkan umat sedang menderita? mereka tertipu dengan fatamorgana dunia. Digelar mahasiswa, penuntut ilmu paling tinggi arasnya, tapi kenapa kulihat mereka tidak sebegitu rupa adakah hanya menuntut ilmu demi segulung ijazah semata-mata? budaya ilmu hanyut dibadai dengan hiburan yang melalaikan kita dari Tuhan. Soekarno pernah berkata, “berikan aku sepuluh pemuda, akan kugoncang dunia.” tapi, pemuda yang bagaimana? kulihat remaja kini tiada langsung idealisma dalam diri mereka. jika ingin melihat masa d...