Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

My Master Journey | Eps 7: Orang Tua Scammer

  My Master Journey | Eps 7: Orang Tua Scammer Aku berlari ke hadapan dan mengambil mikrofon yang dipegang oleh Tok Su. Abang memberitahuku untuk tunggu sebentar kerana dia mahu mengambil wuduk. “SAFFF..SAFFF.” Semangat betul pak cik-pak cik ni nak solatkan jenazah Abah, telahanku. Selepas itu, aku terdengar seseorang meninggikan suara membalas teriakan pak cik itu tetapi suaranya kurang jelas dari luar. “Mohon yang diluar cepatkan pergerakan,” kataku menggunakan mikrofon. Selang beberapa minit, pak cik yang sama menjerit ‘saf’ sekali lagi. Abang masih belum aku nampak di ruang solat. “Sabaq sat noh. Anak dia tengah ambil wuduk.” Suasana menjadi sepi. Tiada lagi jeritan ‘saf’ dan semua orang sudah bersedia untuk solat. Aku memandang ke kiri dan kanan untuk mencari Abang. Rupa-rupanya, dia berada di sebelah hadapan kiriku. Aku pun membaca kaifiat solat jenazah dan mengimami solat jenazah. *** Sehari selepas Abah meninggal, rumahku tidak putus-putus dikunjungi oleh ...

My Master Journey | Eps 6: Apa Amalan Arwah Abah?

  My Master Journey | Eps 6: Apa Amalan Arwah Abah?             Usai solat sunat ba’diah Isyak, aku berjalan keluar dari masjid menuju ke motosikal. Di tangga masjid, aku disapa oleh ‘ahli-ahli tangga masjid’ yang diwakili oleh beberapa orang jemaah masjid yang juga merupakan kawan-kawan arwah Abah. Mereka inilah teman Abah berborak-borak selepas solat dulu sebelum pulang ke rumah. “Adik, apa amalan arwah Abah norh? Kami nak tau juga apa amalan dia yang kami tak tau.” Ada satu hadis berbunyi “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku ialah orang yang terbaik diantaramu terhadap keluargaku.” (Riwayat Ibnu Hibban) Mungkin depan orang ramai, kita boleh berpura-pura baik tetapi ahli keluarga saja tahu diri sebenar kita. Mungkin kerana itu ahli-ahli tangga masjid bertanya kepadaku tentang Abah. Aku terpinga-pinga apabila mendengar soalan itu. Apa amalan arwah Abah? “Kami cemburu dengan cara pemergian Abah.” O...

My Master Journey | Eps 5: Abah Back To Allah

  My Master Journey | Eps 5: Abah Back To Allah “Bukannya diri ini tak menerima kenyataan, Hati ini hanya rindu.”   November 2021 Alhamdulillah, selesai juga kajian aku. Sekarang, aku hanya perlu menghantar tesis penuh dan dokumen-dokumen yang berkenaan untuk urusan viva voce. Setelah beberapa kali patah semangat untuk siapkan master ini, akhirnya selangkah saja lagi yang aku perlu untuk menggenggam segulung ijazah sarjana dalam sains pembelajaran. Eh, tunggu sekejap. Kalau aku dah habis belajar, apa yang patut aku lakukan? Cari kerja! Tetapi, kerja apa yang sesuai? Dalam benak fikiranku hanyalah untuk menjadi pendidik. Cikgu? Tak boleh sebab aku bukannya lepasan IPG atau ijazah pendidikan. Kalau tidak pun, aku perlu mengambil kursus KPLI macam mak. Tetapi, dari awal lagi mak tak bagi aku menjadi guru. Mungkin kerana beban guru yang bertimbun-timbun dan tidak berkaitan dengan sesi ‘PnP’ kini membuatkan mak tak mahu anak-anaknya merasakan keperitan yang sama. Aku pun bertanya ...