My Master Journey | Eps 9: Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu 2022 Bismillahirrahmanirrahim. Siapa tahu gunung apa yang tertinggi di Malaysia? Ya, betul. Gunung Kinabalu. Untuk post kali ni, aku nak berkongsi dengan korang pengalamanku mendaki Gunung Kinabalu dari awal sampailah balik ke rumah. Kisahnya bermula dengan CEO Hidayah Centre Foundation, Akhi Fakha membuat satu iklan di grup Whatsapp Kakitangan HCF. Akhi Fakha bercadang untuk membuat satu kelab rekreasi dan sukan bersempena ulang tahun ke-10 HCF. Sempena ulang tahun tu juga, HCF akan mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai pemanas badan, sesiapa yang berminat untuk mendaki Gunung Kinabalu perlu mengikut ekspedisi mendaki Gunung Nuang dan Gunung Ledang terlebih dahulu. Terus aku teringat perbualan ringkas aku nak mendaki Gunung Kinabalu ni dengan arwah Abah dulu. Aku baru sahaja turun dari Bukit Bendera masa tu. Aku memberitahu abah, "Abah, one day Haziq nak panjat Gunung Kinabalu." Abah menjawab, "Abah nak ikut....