Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

My Master Journey | Eps 10: Rejection and Rejection

My Master Journey | Eps 10: Rejection and Rejection “ Hang tak apalah. Pandai.” Ayat ini cukup aku menyampah untuk didengari. Kalaulah orang tahu berapa banyak kegagalan dan kejatuhan yang perlu aku tanggung, barulah orang tak akan cakap aku ‘pandai’. Bagi aku, ‘pandai’ ini satu pemberian untuk seseorang dan bukannya aku. Aku terpaksa hadapi beribu-ribu ranjau terlebih dahulu, barulah dapat satu nikmat. Macam tak adil, kan? Seribu kesusahan untuk satu kejayaan. Ratio yang tidak seimbang. Tetapi, setelah menjalani perjalanan ini, baru aku sedar yang kesusahan itu hanya sementara dan kejayaan itu selamanya. Alhamdulillah, aku dah habis pembentangan viva dan dah jurnal artikel aku baru sahaja diterima untuk diterbitkan. Insya-Allah, aku akan menggenggam segulung ijazah sarjana Sains Pembelajaran. Walaupun tahap pendidikan aku di tahap sarjana, ia sama sekali tidak akan menunjukkan aku lebih tinggi daripada orang lain. Semoga kejayaan ini membuatkan aku lebih dekat dengan Allah. Teringat ...