My Master Journey | Eps 11: ENDGAME Dah baca post sebelum ni? Kalau belum, baik korang baca dulu. Takut-takut tak faham perjalanan yang begitu syulit ini. Apabila aku fikirkan balik, cantik sungguh perancangan Allah. Jika perjalanan master ni senang-senang saja, mesti aku tak akan hargai kejayaan ini. Orang lain tak kesah dengan kejayaan kita tetapi yang mereka kesah ialah bagaimana kita berjaya. Kalau kejayaan kita peroleh dengan jalan mudah, orang lain akan pandang rendah. Satu lagi, apabila perancangan kita tidak sama dengan apa yang kita mahu, barulah kita tahu yang kita hidup bertuhan. Jika korang baca post sebelum ini, seakan-akan aku telah habis dan bersedia untuk konvokesyen, bukan? Sebenarnya, tidak! Aku perlu publish satu lagi paper . Usaha aku untuk publish paper kedua ini bukannya sekejap. Sejak bulan 11 tahun lepas lagi aku usah...