Langkau ke kandungan utama

My Master Journey | Eps 11: ENDGAME

 My Master Journey | Eps 11: ENDGAME

            Dah baca post sebelum ni? Kalau belum, baik korang baca dulu. Takut-takut tak faham perjalanan yang begitu syulit ini. Apabila aku fikirkan balik, cantik sungguh perancangan Allah. Jika perjalanan master ni senang-senang saja, mesti aku tak akan hargai kejayaan ini. Orang lain tak kesah dengan kejayaan kita tetapi yang mereka kesah ialah bagaimana kita berjaya. Kalau kejayaan kita peroleh dengan jalan mudah, orang lain akan pandang rendah. Satu lagi, apabila perancangan kita tidak sama dengan apa yang kita mahu, barulah kita tahu yang kita hidup bertuhan.

            Jika korang baca post sebelum ini, seakan-akan aku telah habis dan bersedia untuk konvokesyen, bukan? Sebenarnya, tidak! Aku perlu publish satu lagi paper. Usaha aku untuk publish paper kedua ini bukannya sekejap. Sejak bulan 11 tahun lepas lagi aku usaha dan gagal berkali-kali. Cuba teka berapa kali aku gagal untuk diterbitkan. Sekali? Dua kali? Tiga kali? Semua tu salah. Aku gagal sebanyak TUJUH kali. Kali kelapan barulah sebuah jurnal terima paper aku dan diterbitkan di Q1 Journal. Maksud Q1 Journal ni maksudnya yang paling baik. Teringat kata-kata Abang Amsyar, legenda SUBUR, “Bukan senang nak senang.” Kalau aku gagal terbitkan paper ni, aku terpaksa konvo tahun hadapan dan tak dikira GOT (Grad-on-time).

    Hari konvokesyen. Aku masuk ke Dewan Delima sebelum masuk ke DETAR dengan berjubah merah jambu dan mortal board. Aku bawa sekali sebuah buku bertajuk You Are Loved karya Ustaz Mizi Wahid. Buku itu aku jadikan sebagai peneman bisuku. Aku sangkakan tiada sesiapa yang aku kenal kerana sepanjang perjalanan master ini, aku seorang-seorang saja. Ingat lagi pada awal-awal daftar dulu, ada seorang pensyarah kata kepadaku, “Master/PhD is a very lonely journey.” Betul. Aku tak dapat nafikan. Tiada sesiapa yang ada dengan aku. Ya, memanglah aku ada keluarga dan penyelia terchenta, Prof Chen. Tetapi mereka hanya boleh berikan sokongan dan doa.

Jika degree dahulu, aku ada kawan-kawan yang lain jika ada assignment yang susah. Bolehlah kami buat sama-sama. Jika groupmates tak function, aku boleh lagi tanya kawan-kawan group lain. Tetapi, kali ini memang aku seorang-seorang. Sesiapa pun tak mampu untuk tolong aku. Jika boleh pun, hanya dari aspek teknikal. Hanya aku sahaja yang faham apa yang aku buat. Penyelia hanya memberi penunjuk arah dan betulkan jika aku tersalah. Ada seorang kata kepadaku, “Oh, awak boleh ya dengan Prof Chen?” Hahaha. Kenapa dia tanya soalan sebegitu kepadaku? Sejujurnya, Prof Chen sangat membantu. Aku tidak rasa ada pensyarah yang sabar melayan karenahku selama dua tahun. Mesti tak senang duduk Prof Chen sepanjang dua tahun ini.

Sikit-sikit tanya soalan. Minta semak proposal. Minta pendapat dan cadangan. Minta semak tesis. Semua itu aku perlu rujuk Prof Chen sahaja kerana beliaulah penyeliaku dan beliau saja yang faham penyelidikanku. Sebelum aku hantar proposal (sebelum proposal defense) dan tesis (sebelum viva), aku pastikan semuanya perfect. Tetapi, tak pernah lagi aku tak diminta untuk buat pembetulan. Penat itu memang penat. Frust memang frust. Tetapi aku dapat hasil yang gempak untuk kajian ni. Apa yang aku belajar apabila disuruh membuat pembetulan ialah always look at the bright side. Let say, someone notice my mistakes and asked me to change it, why I need to feel down or reprimand them? It’s ridiculous. So, just accept what people had advise us. Moreover, supposedly we thank them as they have appointed the mistakes that we do not realise. Be open to any ideas as to the best way forward, like UNIMAS’s slogan, “Contemporary and forward looking.”

Kembali ke cerita aku di Dewan Delima. Akhirnya, aku bertemu dengan beberapa orang kawan yang mengambil master tetapi dalam bidang lain. Semuanya mengambil master in coursework. Dorang ada geng kelas. Coursework lebih kurang macam degree cuma kelasnya pada hujung minggu sahaja. Bolehlah sesiapa yang bekerja pada hari biasa untuk sambung dalam coursework kerana hanya belajar pada hujung minggu. Maka, setelah bertegur-sapa dengan beberapa orang kenalan, dorang kembali dengan rakan-rakan kelas dorang. Maka aku pun kembali pishang. Aku duduk di satu sudut dan duduk bersila sambil membaca buku.

Pukul 9 lebih kami dibawa masuk ke DETAR. Di DETAR, aku berbual-bual dengan seorang kakak yang juga mengambil master dalam mod research. Safuhah nama kakak ni. Orangnya tegas tetapi ramah. Dia berkongsi pengalamannya mengambil master denganku. Dia terpaksa menempuh perjalanan selama TUJUH TAHUN untuk siapkan master. TUJUH TAHUN! Lebih lama daripada PhD. Aku pun bertanya kenapa tidak tukar jadi PhD saja. Dia menjawab bahawa dia memang mahu menukar ke PhD tetapi mengalami kesukaran. Aku perlu bersabar dengan gagal tujuh kali untuk penerbitan. Dia perlu bersabar selama tujuh tahun. Masya Allah. Kalau aku ditempatnya, aku dah quit awal-awal lagi. Sebenarnya, dia pun dah nak quit tetapi atas ‘motivasi’ ibunya kerana asyik bertanya tentang pengajiannya, dia teruskan juga perjuangannya. Sepanjang pengajian, dia mengeluarkan duitnya sendiri tanpa sebarang bantuan kewangan. Respect!

Dia juga berkongsi bahawa ramai pelajar master in research yang drop. Tidak tahan lagi dengan kajian mereka lebih-lebih lagi dari fakulti FSTS. Kajian mereka selalunya melibatkan makmal dan perlu mengambil spesimen. Lebih menakutkan, ramai juga yang terpaksa berjumpa dengan doktor psikiatri kerana terlalu stres. Ada satu kisah yang menarik yang dikongsikan oleh Kak Safuhah. Dia memberitahu ada seorang kenalannya yang mendapat anugerah akademik semasa konvokesyen ketika degree dahulu di UNIMAS. Seperti aku juga, dia membuat keputusan untuk sambung belajar. Tetapi, cabaran degree dan master jauh berbeza. Dia tidak dapat meneruskan pengajian dan drop.. I could not imagine how if I were in his shoes. After so long, I want to spill the tea. Those who received the award will be given the opportunity to pursue a master’s degree in research at UNIMAS for FREE and will receive a monthly stipend of RM 1500. They could not work throughout the study. Nevertheless, they need to complete their study in two years. If they dropped, they need to pay back all the money to UNIMAS.

Alhamdulillah, with Allah’s help, I made it.

Bila bersembang dengan Kak Safuhah ni, barulah kami tahu yang kami ada banyak persamaan. Dia juga merupakan alumni asasi UNIMAS batch 2. Aku batch 6. Banyaklah benda kami boleh bualkan. Pasal pensyarah-pensyarah asasi. Pengalaman masa asasi dulu. Oh, masa ni jugalah aku tahu yang Kak Safuhah tua empat tahun dari aku. Sebab itulah aku mula panggil dia dengan ‘Kak’ tapi dia nampak macam tak berapa suka. Nampak dari segi rupa, tak nampak pun dia lebih tua. Macam sebaya ja. Sama ada dia yang awet muda atau aku yang nampak tua. Disebabkan VIP datang lambat jugalah kami dapat berbual-bual banyak benda. Nasib baik kakak ni peramah. Kalau tidak, bosanlah aku sepanjang konvo kali ni. Masa degree dulu, aku duduk sebelah-menyebelah dengan kawan satu kos. Tapi kali ni, seorang pun tak kenal melainkan Kak Safuhah. Itupun disebabkan kami sama-sama lonely. Lumrah budak research.

Dekat-dekat pukul 12 tengah hari, barulah majlis dimulakan. Rasa geram jugalah kami ni terpaksa tunggu berjam-jam di dalam DETAR. Aku kesian dengan seorang bro yang duduk di depanku. Dia sampai gastrik. Mungkin ada yang datang seawal 7 pagi ke UNIMAS untuk elak jem. Tetapi tidak berguna sebab VIP datang lewat. Majlis terpaksa berjalan lewat juga kerana selagi VIP tidak datang, majlis tidak boleh bermula. Harap-harap jika aku berjawatan nanti, aku tidaklah bersikap sebegini. Menyusahkan orang. Ramai orang. Disebabkan majlis mula lewat, ia berakhir pun lewat. Penyampaian ijazah pun berakhir lambat. 






Pukul 3 petang barulah majlis tamat. Semua pelajar dan keluarga terpaksa beransur dari UNIMAS untuk elak kesesakan trafik. Aku antaranya. Tak sempat kami nak bergambar dengan pensyarah-pensyarah terutamanya SV terchenta, Prof Chen. Aku perlu pergi ke Imperial Hotel Kuching untuk makan malam fakulti. Pihak fakulti meraikan kejayaan para graduan pada malam itu.

Aku solat jama di PITAS dulu. Dan dan aku dan abangku nak solat, masuk waktu fardu asar. Nasib baik aku musafir dan boleh solat jamak. Aku dan abang duduk di bahagian belakang ruang solat dan solat jamak. Usai solat, aku nampak Ustaz Wan Mujahid. Niat di hati memang nak berjumpa tetapi aku takut terlewat kerana perlu cepat ke Kuching. Jem di Kota Samarahan dahsyat betul. Jalan yang sepatutnya boleh sampai dalam setengah jam boleh jadi sampai lebih sejam. Tetapi aku masih terkilan sebab tak dapat berjumpa dengan seorang pun pensyarah. Harap-harap malam nanti bolehlah aku jumpadengan Prof Chen dan pensyarah-pensyarah yang aku rapat dulu - Dr Razak dan Sir Sofian.

Di Imperial Hotel, kami check-in dan masuk ke bilik. Harga semalam berpatutan dan biliknya agak mewah. Siap ada bath tub lagi. Bolehlah aku berendam. Cuma aku tak berapa suka dengan tandas ‘moden’ sekarang yang tiada pili air. Kena pulas satu punat dan air akan ‘ditembak’ ke lubang dubur. Kalau tersilap pulas, boleh luka gamaknya. Haish.

Disebabkan kepenatan yang teramat kerana aku bangun dari pukul 5 pagi untuk bersiap dan seterusnya menunggu untuk tempoh yang terlalu lama di DETAR, aku tertidur sebentar di katil. Pukul 6.15 petang, aku terjaga. Abang telah membeli burger KFC untuk aku dan emak. Aku pun makan sebagai alas perut sebelum makan malam nanti.

Pukul 6.30 petang, dah masuk waktu solat maghrib. Emak dan abang berasa janggal kerana hari telah pun gelap. Mereka berasa seperti jam tidak mengikut hukum alam. Jika 6.30 petang di semenanjung, hari masih cerah dan masih boleh bersukan. Kami solat jamak berjemaah. Usai solat, aku menghabiskan masa dengan menjawab chat seorang-seorang. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepadaku. Aku hanya menjawab terima kasih.

Pukul 7.30 malam, aku turun ke tingkat lima untuk menghadiri makan malam fakulti dengan memakai baju kemeja putih, blazer, tie, seluar dan kasut hitam. Dah macam taik cicak. Di meja pendaftaran, aku memberitahu namaku kepada AJK bertugas. AJK itu ialah staf-staf fakulti. Salah seorangnya ialah PA Dr Surena. Aku terlupa namanya tetapi semasa degree dulu, selalulah aku berjumpanya disebabkan ada urusan di pejabat dekan. Selalunya aku dipanggil oleh ‘mak-mak’ aku ke pejabat dekan untuk uruskan program. Dah biasa dah. Ingat lagi dulu ketika aku tengah demam dan berbaring di atas katil. Aku buka telefon dan ‘mak’ suruh datang berjumpa dengannya. Perintah ‘mak’ ni wajib, bukan? Maka, aku pun gagahkan diri pergi ke fakulti. Baik dengan pensyarah-pensyarah ni bagus. Banyak nikmat yang kita dapat nanti. Dengan ada hubungan baik dengan pensyarah juga ilmu-ilmu yang dicurahkan akan berkat. Serius.

“Kitak patut pake pingat tuk masa konvo tapi kitak sik datang hari jumaat. Sikpalah. Kitak ambik jaklah,” kata AJK itu.

Oh, patutlah ada nama aku di dalam buku konvo tu penerima anugerah. Aku pun terkejut ada namaku. Telahanku, mungkin FSKPM hanya nak bagi cukup korum. Siapalah aku nak dapat anugerah ni. Kajian aku pun tidaklah begitu hebat berbanding orang lain.

“Klak ada suprise untuk kitak,” kata AJK tu lagi. Eh, kalau surprise, buat apalah bagi tahu. Aku pun hairan. Surprise apa yang FSKPM nak buat ni. Birthday aku bulan 12. Mungkin birthday arwah abah. Tapi buat apa nak sambut. Aku hanya tersenyum dan masuk ke dalam ballroom.

Alamak, seorang pun aku tak kenal. Oh, sebelum aku masuk, aku berjumpa dengan Dr Halim. Tak sempat nak berbual panjang pun. Aku berasa segan dengan orang-orang hebat ni lebih-lebih lagi Dr Halim. Aku suka mendengar butir-butir mutiara daripada beliau. Baik ketika forum, ceramah mahupun khutbah jumaat. Dulu, aku nampak Dr Halim lain. Tapi malam tu nampak lain. Dulu beliau sebagai pensyarah dan pengarah PITAS. Tapi malam tu nampak macam bakal bapa mertuaku. Cia cia cia. Pickupline satu kali. #Kasicanla.

Aku nampak satu meja yang masih kosong di sudut kiri belakang sekali. Ada dua orang wanita dan seorang kanak-kanak. Aku duduk di meja itu selepas meminta izin daripada mereka. Kami berbual-bual. Rupa-rupanya mereka ialah pensyarah-pensyarahku. Aku sangkakan graduan juga. Lebih menarik lagi, ada Dr Norizan yang merupakan evaluator untuk proposal defense dulu. Beliau masih ingat dengan kajianku ini. Malu pula rasa hati.

Selepas beberapa ketika, seorang demi seorang memenuhi kerusi kosong di mejaku. Semuanya pensyarahku berserta pasangan masing-masing termasuk Dr Sophian. Beliau merupakan panelis forum semasa aku menjadi moderator dahulu. Kami berbual-bual. Dr Sophian ni alim orangnya. Dulu masa ijtimak tabligh di SUBUR, beliaulah antara yang hadir. Bolehlah masuk dengan beliau. Lucu juga orangnya. Di meja aku, semuanya pensyarah. Akulah satu-satunya graduan. Semakin malu dibuatnya.

Majlis pun bermula dengan ucapan-ucapan. Disebabkan adanya graduan dari luar negara maka semua ucapan diberikan dalam bahasa Inggeris. Aku tak ambil perhatian pun kerana mendengar pensyarah-pensyarahku berbual-bual. Sekali sekala, mereka juga berbual denganku. Untung aku ada pensyarah-pensyarah yang peramah dan sporting. Aku mencari-cari pensyarah-pensyarah yang aku rapat ketika degree dulu. Tapi malang. Seorang pun tiada termasuk SV terchenta. Hmmm...tiada rezeki. Ada hikmahlah tu.

Kami disajikan dengan makanan ala Cina. Pihak hotel menyediakan chopstick saja. Aku berasa tak senang duduk. Aku tak reti menggunakan chopstick itu. Aku segera memanggil pelayan dan meminta sudu dan garpu. Dia pun mengambil sudu dan garpu di meja lain dan memberikan kepadaku. Aku pun makan bersama dengan para pensyarah. Disebabkan aku menghormati para pensyarahku, aku berikan mereka mengambil dulu makanan. Aku hanya mengambil sayur-sayur. Rupanya Dr Kartini perasan. Beliau terus menyuruhku untuk mengambil makanan. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Aku masih biarkan para pensyarah untuk mengambil makanan. Tetapi, akhirnya Dr Sophian mengambil senduk dan menuangkan makanan itu di pingganku. Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan. Penuhlah pingganku dengan makanan.

Usai ucapan, beralih pula ke agenda seterusnya iaitu penyampaian anugerah. Kalau ikutkan, akulah salah seorang penerima anugerah jika ikut dalam buku konvo. Tetapi aku yakin bukan aku. Ramai lagi yang lebih layak daripadaku. Aku pun tidak mengendahkan penyampaian anugerah dan khusyuk makan makanan yang Dr Sophian letak tadi. Terima kasih banyak Dr. Kalau tidak, makan sayur sajalah saya malam itu.

Best student award for Master’s degree in learning science for research mode goes to...Muhammad Haziq bin Roslan.”

Eh, aku? Sudahlah aku berada di belakang sekali dengan para pensyarah. Aku yang tengah makan tu cepat-cepat mengelap mulut dan berjalan ke pentas. Aku naik ke pentas dan mengambil plaque dan sijil daripada Prof Hatta. Kami pun bergambar. Aku turun semula ke bawah dan menuju ke meja. Para pensyarah mengucapkan tahniah kepadaku. Aku hanya ucapkan terima kasih. Patutlah semangat betul Dr Zaiton ajak pergi dinner ni. Rupanya aku dapat anugerah. Kalau tahu dapat anugerah, dah aku ajak mak datang sekali.

Usai penyampaian anugerah, kami menyambung makan. Ada empat jenis menu yang disajikan berganti-ganti. Kali ini, para pensyarah mengutamakan aku dulu. “Makanlah Haziq. Majlis hari ni kita nak raikan graduan bukan lecturer.” Aku pun mengambil makanan itu. Majlis makan malam itu disajikan dengan nyanyian lagu favourite abah, Widuri oleh Broery Marantika. Teringat abah nyanyi lagu ni dulu. Dengan suara serak-serak basah, memang kena dengan abah. Apakan daya. Itu semua hanya tinggal kenangan. Rindu yang tiada penghujung. Dua hari lepas hari jadi abah. Kalau abah masih ada, mesti abah bangga dengan kejayaan Haziq ni. Patutlah konvo kali ni rasa macam tak kena. Abah dah tiada.

Majlis makan malam ni agak hambar. Mungkin kami dah kepenatan disebabkan penat menunggu pagi tadi. Ramai juga yang balik awal. Esok nak bekerja, mungkin. Pukul 10 malam, boleh dikatakan hampir separuh yang keluar. Tak pasti sama ada terus balik atau bergambar di photobooth. Baru pukul 10 lebih masa tu. Aku pun dah mengantuk. Penat. Dari pagi tadi tak rehat kecuali sekejap petang tadi.

Baru saja nak keluar, Kak Safuhah datang kepadaku. “Haziq, nanti apply jadi lecturer.” Kak ni, kita baru dapat sijil master dah nak apply jadi lecturer? Dia memberitahuku bahawa Prof Rusli memberitahunya yang fakulti kita kekurangan lecturer. Wush, pucuk dicita, ulam mendatang. Memang aku memasang impian untuk jadi lecturer seperti pesan arwah Dr Norsiah dulu. Kalau nak tahu apa pesan arwah Dr Norsiah, boleh baca post sebelum ni. Aku pun tak ingat episod berapa. Mungkin episod satu kot. Aku hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Kak Safuhah.

Memandangkan majlis dah berakhir, aku pun keluar dari dewan. Di luar dewan, aku diminta oleh Kak Safuhah untuk mengambil gambarnya dan keluarga bersama Dr Halim berserta isteri. Ingatkan nak tangkap gambar dengan aku. Hek.

Di sebalik kesabaran, pasti ada hikmahnya. Disebabkan aku tunggu sampai habis majlis, aku dapat berjumpa dengan ‘mak’. ‘Mak’ ada di kaunter pendaftaran tadi. Kami pun berbual-bual. Aku pun menyatakan hasrat untuk sambung belajar. Beliau menyambut baik hasratku itu. Disebabkan aku kepenatan dan mengantuk, aku meminta diri. Sebelum beransur, kami bergambar. Aku balik ke hotel dan mendapati emak dan abang tiada di bilik. Dorang masih merayau di Waterfront. Aku menukar pakaian dan tidur. Tamatlah kisah perjuangan masterku ini.

My mak from other side of the world

Alhamdulillah, aku berjaya menggapai segenggam ijazah. Betullah kata orang, kesakitan itu hanya sementara dan kejayaan itu kekal selamanya. Tetapi ini merupakan kejayaan dunia. Sifatnya sementara. Kejayaan yang sebenar seperti yang tertulis dalam kitab suci, al-Quran dalam surah Ali Imran ayat ke-185, “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

Oh, do you still remember that someone had told me that I could not make it during the early stage of this journey? Yup, I proved them wrong! There is a quote that says, "Don't limit yourself. Many people limit themselves to what they think they can do. You can go as far as your mind lest you. What you believe remember, you can achieve." One more quote that I keep reminding myself of every day is, "Just do your best, let Allah do the rest." Period.

Semoga kejayaan ini tidak memperdayakanku dengan dunia. Semoga kejayaan ini menjadikan aku lebih bersyukur dengan nikmatnya dan menguatkan keimananku kepada-Nya. Allahumma Amin. Akhir kata, semoga penulisanku ini bermanfaat untuk semua dan menjadi saham pahala buatku. Maaf andai ada tersalah di mana-mana sepanjang aku menulis ini. Terima kasih atas kesudian korang membaca perkongsianku sehingga episod ke-11 ini. 

Semoga berjumpa lagi. Bye!

Master of Science (Learning Science) DONE!

Jemput tengok video Ini di IG : https://www.instagram.com/reel/CkhXi2_jfnt/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

 

Ulasan

  1. Thank you for being such an inspiration! Selalu follow the journey since my undergraduate study lagi (cogsci) & sekarang tengah nak habiskan MSc in learning science juga. Semua sharing best, keep it up! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for willing to read my blog. I really appreciate it. All the best for your journey. Nanti buat la blog juga. Boleh saya baca dan give inspiration to others.

      Padam
  2. Aslm. Best sgt baca blog ni. Sy start baca time nk buat upu utk degree sbb nk tau course CS ni psal apa. Sy first year student, nk msok sem 2. Bila tgok apa yg blaja lam CS ni mmg rasa mcm best n minat. Sblom pilih course ni pun ada jugak baca blog2 lain, laluan kerjaya ada ckp blh jdi cikgu jugak.
    Tpi sy nk mntk pendapat senior kita yg hensem ni. Mslh sy, sy minat nk jdi cg sains smk / pensyarah Uni, jdi sy risau dh grad nanti, sijil sy ni xlayak utk sy jdi cg. Tpi sy mmg btul2 minat CS (kecuali programming & math huhuu) Sy trpikir nak tukar course lain tpi mmg unimas xde offer bhgian pendidikan. Sy btul2 rasa mcm xnmpk hala tuju sy dlm course ni. Nak sambung master, sy rasa masa sy sgt terhad sbb ujian doniaaa. Boleh tak cik abg bgi cadangan bernas. Rasa mcm nak brenti pun ade gak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf sangat-sangat. Saya tak perasan komen ni. Nak jadi cikgu selepas convo nanti boleh. Tapi kena ambik DPLI. Lepas tu baru boleh jadi cikgu. Harap membantu. Semoga berjaya.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...

Travel to Turkiye

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Maaflah berhabuk sikit blog aku ni. Kali terakhir rasanya tulis blog kalau tak silap dua tahun lepas. Sekarang ni dah masuk tahun 2025. Itu pun pasal berjalan ke Patani. Aku ikut Mamu masa adik kepada kakak ipar dia yang merupakan orang Patani kahwin. Banyaklah ibrah yang aku dapat daripada perjalanan ke Patani hari tu. Kalau kau orang nak baca, boleh tengok di post sebelum-sebelum ni.  Untuk post kali ni, aku nak berkongsi tentang ‘Travel To Turkiye’ selama lebih kurang 10 hari. Sebenarnya, tak sampai 10 hari pun. Hari kesembilan tu kami pergi ke Oman. 10 hari ni termasuk perjalanan dari KLIA dan sampailah ke KLIA balik. Plan nak ke Turki ini bukannya dalam masa sebulan dua tau. Kami plan sejak mak belum pencen lagi. Rasanya bulan 5 lagi kami dah bagi nama untuk pergi ke Turki. Travel kali ini aku ikut kawan mak, Mak Cik Fatiah. Mak Cik Fatiah dulu satu sekolah dengan mak. Lepas tu, dia berpinda...