Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

Patani: Melayu Yang Tak Didendang

  Patani: Melayu Yang Tak Didendang Assalamualaikum semua. Sawadee kap ! Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog ni, baru diberi kesempatan untuk menulis lagi. Bukannya dapat duit apa pun. Tapi ada yang lebih berharga yang aku dapat iaitu sampaikan kebaikan kepada pembaca. Dr Ann Wan Seng pun berpesan dalam slot ceramahnya dalam Sekolah Penulisan Ramadahan 2022 yang menulis ni tak menjanjikan kita dapat buat duit. Tapi yang lebih berharga daripada duit adalah menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Bukankah Rasulullah ﷺ pernah bersabda, sebaik-baik manusia ialah mereka yang bermanfaat kepada orang lain? Semoga penulisan aku selama ini akan mengalirkan ganjaran pahala daripada Ilahi. Amin. Korang tahu tak majoriti penduduk selatan Thailand ialah orang Melayu Islam? Baru tahulah tu. Selain bahasa Siam, bahasa perantara utama mereka adalah bahasa Melayu dialek Kelantan. Kiranya tak perlu pun belajar bahasa Siam pun kalau setakat nak pergi ke selatan Thai teru...