Langkau ke kandungan utama

Catatan

PhD 2.0: Road To Pre-Viva

  PhD 2.0: Road to Pre-Viva Bismillahhirrahmanirrahim . Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, aku dapat menulis blog lagi. Semua entri yang aku tulis selama ini tidaklah bermaksud untuk berbangga diri atau show off tetapi hanyasanya untuk muhasabah diri dan memberi pengajaran kepada pembaca. Tak tahulah siapa yang sudi baca blog aku selama ini. Harapan aku satu saja, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kalian. Bukankah ilmu yang bermanfaat itu terus mengalir pahalanya walaupun dia telah tiada? Teringat kata-kata Ustaz Pahrol, “Selagi dalam al-Quran ada perkataan ‘qalam’, selagi itu penulisan akan relevan untuk semua.” Aku rasa tak semua orang Allah bagi kebolehan untuk menulis. Maka, aku gunakanlah kelebihan yang Allah pinjamkan ini untuk kebaikan bersama.             Kepada yang telah membaca PhD 1.0: Pinang Hafsah Dulu, entri ini adalah kesinambungannya. Sekarang ni, aku tengah buat pem...
Catatan terbaharu

PHD 1.0 : Done

PHD 1.0: Done!             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menulis entri ni. Untuk post kali ni, aku nak kongsikan tentang perjalanan aku siapkan PHD 1.0. Eh, bukan ijazah PhD. Tapi PHD. Pinang Hafsah Dulu. Sebenarnya, aku masih rasa macam bermimpi. Tapi dream comes true . Walaupun selang masa antara mula perkenalan sampai bernikah hampir setahun tetapi pelbagai liku-liku kehidupan yang aku tempuhi. Tapi dengan izin Allah, aku dapat hadapi semua tu dengan baik. Alhamdulillah. Perkongsian ini dibahagikan kepada tiga bahagian: berkenalan, bertunang, bernikah. Berkenalan @ Taaruf Penghujung tahun 2023. Aku terjumpa satu iklan tentang Sijil Pengajian Islam USM selepas solat di Masjid USM. Memang teringin untuk belajar agama secara formal. Bukan setakat pergi kuliah-kuliah maghrib atau ceramah perdana. Nak belajar step-by-step. Satu demi satu sampai ha...