Langkau ke kandungan utama

Catatan

-Sukarelawan tak perlu dibayar-

pada mulanya, aku setuju dengan kenyataan ni sebab dorang sendiri yang sukarela. kenapa perlu dibayar. ditambah lagi dengan 'murabbi-murabbi' yang sering mentadabbur surah as-saf untuk menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan. tapi dalam buku wabak sepanjang jalan karya fathi yakan, ada dijelaskan tentang futur. awal-awal semangat tapi makin lama makin sejuk dan at last tak buat terus. pada penelitian dan pengalaman aku dalam kesukarelawanan ni, sukarelawan perlu dibayar ataupun sekurang-kurangnya diberi cenderahati atas jasa dorang sebab sukarelawan ni pun manusia beb. lumrah manusia suka dihargai. lagi satu, sukarelawan ni pun makan nasi. kalau zikir je dah kenyang, tak bagi apa pun tak kesah. lagi satu, geng murabbi ni suruh orang buat program sukarelawanan dengan ikhlas . sebab tu dorang tak perlu bagi apa-apa. boleh la cakap cam tu kalau gaji dah beribu. sukarelawan ni terutamanya golongan student gaji apa pun takde. harapkan bantuan ke...

Teratai

Seperti selalunya rembulan,    memanah cahaya lazuardi, yang memukau mata dan    mengisi jiwa-jiwa sepi, yang dahulu hingga kini    mengejar mentari, seperti engkau yang mengejar    cinta Ilahi. Dalam remang subuh    teratai menari lentuk, dengan kepayahan dan    mehnah duniawi, masih saja ia mekar di pagi hari,    memberi sinar pada mata yang memandangi, seperti engkau yang tenggelam timbul    menjerti Ar-Rahim dalam lautan tribulasi dan wahn hati. Dan esoknya,    pasti engkau bangkit menjadi perisai    ukhrawi, sehingga ku lihat engkau hari ini    subur dengan nama-nama Ilahi, seperti teratai yang mekar di dingin subuh. Pada setiap yang tersimpul oleh    bebenang takdir, tersimpul dengan rahmat dan hikmah    Ilahi, dititip selautan haru dan air mata nurani, buat akhi yang sudi berkongsi diri. Nisa Samsudin, anak buah PMGPP '...

Aku Dah Tak Lama...

Aku dah tak lama, masa aku kian singkat, hampir tiba di garisan penamat, ah, takkan kubiarkan penat badanku, perit jerihku, linangan air mataku, sia-sia begitu sahaja. Tapi, impianku untuk melihat bumi bertuah ni menjadi gah di persada dunia kian samar, semangat aktivisma dalam diri mereka seakan tiada, aku terfikir, di mana pemuda di kala masyarakat sedang tenat di luar sana? kenapa pemudi masih bersuka ria sedangkan umat sedang menderita? mereka tertipu dengan fatamorgana dunia. Digelar mahasiswa, penuntut ilmu paling tinggi arasnya, tapi kenapa kulihat mereka tidak sebegitu rupa adakah hanya menuntut ilmu demi segulung ijazah semata-mata? budaya ilmu hanyut dibadai dengan hiburan yang melalaikan kita dari Tuhan. Soekarno pernah berkata, “berikan aku sepuluh pemuda, akan kugoncang dunia.” tapi, pemuda yang bagaimana? kulihat remaja kini tiada langsung idealisma dalam diri mereka. jika ingin melihat masa d...

Fourth Semester : Revenge !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah, diberi peluang untuk hidup hingga saat ini. Tapi satu saat nanti, kita akan pasti mati. Seperti kata-kata Almarhum Haji Abdul Malik Karim Amrullah @ HAMKA , lebih kurang camni , " Aku akan mati tapi tulisan aku akan hidup sampai kiamat." Hari ni aku nak post tentang semester 4 yang baru usai. Apa yang menariknya dengan semester 4 ni? Bagi aku semester 4 ni semester paling busy, paling mencabar dan paling palat tapi aku berjaya survive dengan jayanya. Kejayaan yang Allah pinjamkan. Bila-bila Allah boleh gantikan dengan kegagalan cam semester lepas (rujuk post yang lepas camne aku koyak terux sem 3).  erh jap aku nak tunjuk satu benda yang aku buat tiap kali start sem. Ha ni la yang aku buat setiap sem. Dan tak pernah tercapai pun. Aku belajar benda ni dari Dr Rizal, pakar otak UNIMAS. Bukannya taksub tapi aku influenced dengan Dr sebab dia super senior ni kat Al-Mashoor Laki. Dr Rizal batch 80...

Kerna ukhuwah kita bersama...

Bismismillah hirrahmanirrahim.. Allahumma solli ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.. Fuhhh berhabuk teruk la blog ni. Setahun sekali ja dok post. Mana tak berhabuk nya. Rasa tergerak hati nak menaip ni lepas tengok adik-adik baru PMG ni semangat menulis kat insta panjang-panjang. Haa..kalau aku menulis, kena buat blog baru puas. Selamat membaca okay. :D cam biasa, intro kita buat cam said qutb. punya panjang. baru masuk isi. heehee.. kalau dapat baca sampai habih intro ni, maka mesti korang dapat baca sampai habih laa.. Oh sebelum tu, post ni jugak post pertama untuk tahun 2018. Dah dua tahun dah aku menjadi blogger ni rupanya. Dulu buat masa penghujung 2015, bulan 12 masa dok asasi lagi. sekarang aku dah second year degree dah. umur pun dah 21 dah. Kalau sultan muhammad al-fatih, umur 21 dah tawan konstantinople. aku pun berazam nak jadi cam sultan muhammad al-fatih lah. so, tahun ni aku berazam nak menawan hati awak. cia cia c...

Haziq Si Fasilitator :D

Bismillahirrahmanirrahim... In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful. This time I want to share with you my experience being facilitator for more than 10 times. Apalah guna ilmu dan pengalaman yang diperolehi tak dikongsi, kan? Experience is one thing you cannot get for nothing. (ayat slide sir sofian) Okay, aku bermula jadi fasi lepas PMGK untuk Kem SEMI Addiniah. Sebenarnya ini POA (plan of action) kami. Dan, pihak PEMBIMBING yang rancang untuk kami. Kami hanya pi jadi fasi ja. Hurmmm, cam tak best ja cerita terus camna aku jadi fasi ni. So, aku cita dari pangkal okay camna boleh jadi. Habis-habis PMGK, Abang Afiq Ramlee bagitau kami geng PEMBIMBING yang pi PMGK yang kami kena jadi fasi untuk kem sekolah SEMI Addiniah. Nama sekolah tu pun aku tak familiar. Depa cakap tu sekolah agama under ABIM. Oh..ABIM pun buat sekolah rupanya. Yang menariknya, aku tak maw pun jadi fasi tu at the first place. Aku dah fed up dengan Sidang Pleno PMGK tu. Malu gila ba...