Langkau ke kandungan utama

Catatan

My Master Journey | Eps 9: Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu 2022

My Master Journey | Eps 9: Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu 2022 Bismillahirrahmanirrahim.  Siapa tahu gunung apa yang tertinggi di Malaysia? Ya, betul. Gunung Kinabalu. Untuk post kali ni, aku nak berkongsi dengan korang pengalamanku mendaki Gunung Kinabalu dari awal sampailah balik ke rumah. Kisahnya bermula dengan CEO Hidayah Centre Foundation, Akhi Fakha membuat satu iklan di grup Whatsapp Kakitangan HCF. Akhi Fakha bercadang untuk membuat satu kelab rekreasi dan sukan bersempena ulang tahun ke-10 HCF. Sempena ulang tahun tu juga, HCF akan mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai pemanas badan, sesiapa yang berminat untuk mendaki Gunung Kinabalu perlu mengikut ekspedisi mendaki Gunung Nuang dan Gunung Ledang terlebih dahulu.  Terus aku teringat perbualan ringkas aku nak mendaki Gunung Kinabalu ni dengan arwah Abah dulu. Aku baru sahaja turun dari Bukit Bendera masa tu. Aku memberitahu abah, "Abah, one day Haziq nak panjat Gunung Kinabalu." Abah menjawab, "Abah nak ikut....

My Master Journey | Eps 8: Viva DONE!

My Master Journey | Eps 8: Viva DONE! Tahun 2020 Ingat lagi pesanan-pesanan para murabbi pada awal-awal mendaftar sebagai pelajar pascasiswazah. "Hang kalau nak buat master untuk dapat sijil, baik berhenti ja. Buat master yang boleh contribute to society." -Cikgu Rais, legend SK Batu Lanchang- "Kamu guna data mining? Haziq, kamu bukan budak programming. Kamu more to human. Saya tengok result kamu untuk programming tak skor. Baik kamu bincang dengan SV balik." -Sir Sofian, legend FSKPM- Tahun 2021 Aku memilih untuk mengkaji pelajar SPM berbanding mahasiswa dengan harapan dapat membantu anak watan berjaya untuk SPM dan masuk universiti. Rupanya, langkah aku 'sumbang' kerana prosedur untuk mengkaji pelajar sekolah lebih rumit dan ketat, ditambah lagi dengan PKP. Memegang kata-kata Cikgu Rais, aku teruskan juga. Dengan izin-Nya, dapatlah aku mengumpul data pelajar-pelajar daripada 4 buah sekolah.  Fasa mengumpul data telah lengkap setelah mendapatkan keputusan S...

My Master Journey | Eps 7: Orang Tua Scammer

  My Master Journey | Eps 7: Orang Tua Scammer Aku berlari ke hadapan dan mengambil mikrofon yang dipegang oleh Tok Su. Abang memberitahuku untuk tunggu sebentar kerana dia mahu mengambil wuduk. “SAFFF..SAFFF.” Semangat betul pak cik-pak cik ni nak solatkan jenazah Abah, telahanku. Selepas itu, aku terdengar seseorang meninggikan suara membalas teriakan pak cik itu tetapi suaranya kurang jelas dari luar. “Mohon yang diluar cepatkan pergerakan,” kataku menggunakan mikrofon. Selang beberapa minit, pak cik yang sama menjerit ‘saf’ sekali lagi. Abang masih belum aku nampak di ruang solat. “Sabaq sat noh. Anak dia tengah ambil wuduk.” Suasana menjadi sepi. Tiada lagi jeritan ‘saf’ dan semua orang sudah bersedia untuk solat. Aku memandang ke kiri dan kanan untuk mencari Abang. Rupa-rupanya, dia berada di sebelah hadapan kiriku. Aku pun membaca kaifiat solat jenazah dan mengimami solat jenazah. *** Sehari selepas Abah meninggal, rumahku tidak putus-putus dikunjungi oleh ...

My Master Journey | Eps 6: Apa Amalan Arwah Abah?

  My Master Journey | Eps 6: Apa Amalan Arwah Abah?             Usai solat sunat ba’diah Isyak, aku berjalan keluar dari masjid menuju ke motosikal. Di tangga masjid, aku disapa oleh ‘ahli-ahli tangga masjid’ yang diwakili oleh beberapa orang jemaah masjid yang juga merupakan kawan-kawan arwah Abah. Mereka inilah teman Abah berborak-borak selepas solat dulu sebelum pulang ke rumah. “Adik, apa amalan arwah Abah norh? Kami nak tau juga apa amalan dia yang kami tak tau.” Ada satu hadis berbunyi “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku ialah orang yang terbaik diantaramu terhadap keluargaku.” (Riwayat Ibnu Hibban) Mungkin depan orang ramai, kita boleh berpura-pura baik tetapi ahli keluarga saja tahu diri sebenar kita. Mungkin kerana itu ahli-ahli tangga masjid bertanya kepadaku tentang Abah. Aku terpinga-pinga apabila mendengar soalan itu. Apa amalan arwah Abah? “Kami cemburu dengan cara pemergian Abah.” O...