Langkau ke kandungan utama

Catatan

My Master Journey | Eps 11: ENDGAME

  My Master Journey | Eps 11: ENDGAME             Dah baca post sebelum ni? Kalau belum, baik korang baca dulu. Takut-takut tak faham perjalanan yang begitu syulit ini. Apabila aku fikirkan balik, cantik sungguh perancangan Allah. Jika perjalanan master ni senang-senang saja, mesti aku tak akan hargai kejayaan ini. Orang lain tak kesah dengan kejayaan kita tetapi yang mereka kesah ialah bagaimana kita berjaya. Kalau kejayaan kita peroleh dengan jalan mudah, orang lain akan pandang rendah. Satu lagi, apabila perancangan kita tidak sama dengan apa yang kita mahu, barulah kita tahu yang kita hidup bertuhan.             Jika korang baca post sebelum ini, seakan-akan aku telah habis dan bersedia untuk konvokesyen, bukan? Sebenarnya, tidak! Aku perlu publish satu lagi paper . Usaha aku untuk publish paper kedua ini bukannya sekejap. Sejak bulan 11 tahun lepas lagi aku usah...

My Master Journey | Eps 10: Rejection and Rejection

My Master Journey | Eps 10: Rejection and Rejection “ Hang tak apalah. Pandai.” Ayat ini cukup aku menyampah untuk didengari. Kalaulah orang tahu berapa banyak kegagalan dan kejatuhan yang perlu aku tanggung, barulah orang tak akan cakap aku ‘pandai’. Bagi aku, ‘pandai’ ini satu pemberian untuk seseorang dan bukannya aku. Aku terpaksa hadapi beribu-ribu ranjau terlebih dahulu, barulah dapat satu nikmat. Macam tak adil, kan? Seribu kesusahan untuk satu kejayaan. Ratio yang tidak seimbang. Tetapi, setelah menjalani perjalanan ini, baru aku sedar yang kesusahan itu hanya sementara dan kejayaan itu selamanya. Alhamdulillah, aku dah habis pembentangan viva dan dah jurnal artikel aku baru sahaja diterima untuk diterbitkan. Insya-Allah, aku akan menggenggam segulung ijazah sarjana Sains Pembelajaran. Walaupun tahap pendidikan aku di tahap sarjana, ia sama sekali tidak akan menunjukkan aku lebih tinggi daripada orang lain. Semoga kejayaan ini membuatkan aku lebih dekat dengan Allah. Teringat ...

My Master Journey | Eps 9: Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu 2022

My Master Journey | Eps 9: Ekspedisi Pendakian Gunung Kinabalu 2022 Bismillahirrahmanirrahim.  Siapa tahu gunung apa yang tertinggi di Malaysia? Ya, betul. Gunung Kinabalu. Untuk post kali ni, aku nak berkongsi dengan korang pengalamanku mendaki Gunung Kinabalu dari awal sampailah balik ke rumah. Kisahnya bermula dengan CEO Hidayah Centre Foundation, Akhi Fakha membuat satu iklan di grup Whatsapp Kakitangan HCF. Akhi Fakha bercadang untuk membuat satu kelab rekreasi dan sukan bersempena ulang tahun ke-10 HCF. Sempena ulang tahun tu juga, HCF akan mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai pemanas badan, sesiapa yang berminat untuk mendaki Gunung Kinabalu perlu mengikut ekspedisi mendaki Gunung Nuang dan Gunung Ledang terlebih dahulu.  Terus aku teringat perbualan ringkas aku nak mendaki Gunung Kinabalu ni dengan arwah Abah dulu. Aku baru sahaja turun dari Bukit Bendera masa tu. Aku memberitahu abah, "Abah, one day Haziq nak panjat Gunung Kinabalu." Abah menjawab, "Abah nak ikut....