Langkau ke kandungan utama

NAWAITU ~

--NIATKU--

Bismillah hir rahman nir rahim , alhamdullilah bersyukur terhadap Allah kerana dengan limpah kurniannya masih lagi kita diberikan peluang untuk terus bernafas dan hidup di muka bumiNya... alhamdullillah . 

first n foremost , tujuan kamek nak buat blog ni bukan sebab nak publicity ataupun benda2 yang buruk lain . kamek niat nak buat blog ni agar  dapat memberi manfaat untuk semua dan juga untuk kamek sendiri . insya allah kamek akan post kebanyakkannya pasal dakwah . kenapa dakwah ? nantilah korang tau kenapa lepas selalu baca post2 aku .

seiring dengan kata2 cerdik pandai , ' tak kenal maka ta______" aikkk... ta'ruf ! hehehe . 
biar kamek perkenalkan diri kamek yang serba kekurangan ini .
nama diberi oleh pasangan kekasih yang lebih romantik dari romeo dan julie kepada anak mereka,
Muhammad Haziq bin Roslan , berumur 18 tahun , berasal dari negeri Darul Ehsan dan dibesarkan di Pulau Pinang Pulau Mutiara , pernah bersekolah di SK Batu Lanchang ,SMKA Al-Mashoor(L) Pulau Pinang (2010-2012)  dan Sekolah Ugama PERsekutuan Bentong, Pahang (2013-2014) .
anak kedua dari 4 orang adik beradik . Ibu tersayang bernama Roseazila binti Ali dan abah terhormat, Roslan bin Wan Chik . 

dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat asasi di UNIMAS ...(sebab tu aku tak guna ganti diri nama aku , aku guna kamek , simbolik dok sarawaklah katakan hehe...)

kamek terpegun dan menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai antara idola kamek selepas Nabi Muhammad peace upon him . Pada umurnya 19 tahun ,beliau telah diangkat menjadi Sultan untuk empayar Turki Uthamaniyah dan pada umur 21 tahun iaitu 2 tahun selepas menjadi sultan , beliau telah menawan Kota Konstantinopel , ibu kota empayar Byzantine . 

Lantaran itu ,
dua hari lagi kamek akan berumur 19 tahun . kamek terpikir , apa yang boleh kamek buat seperti beliau pada umur yang sama dan mencapai kejayaan dua tahun kemudian ?
tiba2 ilham Allah beri dan terpikir nak buat blog dan insya allah sebaris dengan bloggers yang hebat2 seperti tarbiah sentap dan lain2 dalam tempoh masa 2 tahun akan datang . !AMINNN!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

PHD 1.0 : Done

PHD 1.0: Done!             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menulis entri ni. Untuk post kali ni, aku nak kongsikan tentang perjalanan aku siapkan PHD 1.0. Eh, bukan ijazah PhD. Tapi PHD. Pinang Hafsah Dulu. Sebenarnya, aku masih rasa macam bermimpi. Tapi dream comes true . Walaupun selang masa antara mula perkenalan sampai bernikah hampir setahun tetapi pelbagai liku-liku kehidupan yang aku tempuhi. Tapi dengan izin Allah, aku dapat hadapi semua tu dengan baik. Alhamdulillah. Perkongsian ini dibahagikan kepada tiga bahagian: berkenalan, bertunang, bernikah. Berkenalan @ Taaruf Penghujung tahun 2023. Aku terjumpa satu iklan tentang Sijil Pengajian Islam USM selepas solat di Masjid USM. Memang teringin untuk belajar agama secara formal. Bukan setakat pergi kuliah-kuliah maghrib atau ceramah perdana. Nak belajar step-by-step. Satu demi satu sampai ha...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...