alhamdulillah ala kulli hal,
dipanjangkan kesyukuran terhadap Ilahi ,
dengan limpah kurnianya dapat aku update blog yang serba kekurangan ni .
Kali ni aku nak share pengalaman bertamrin tiga hari dua malam dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam MALAYSIA .
Sebelum masuk topik ni , nak bagi muqaddimah sikit camne boleh masuk program ni . ( muqadimmah panjang tau , ikut prinsip Syed Qutb . Kalau korang boleh baca muqadimmah punya panjang ni mesti boleh baca sampai habis )
*dialek utara terpaksa digunakan sebab satgi PEMBIMBING cakap tak kenai asal usui lak
First and foremost , apat (YDP kami) share pasal tamrin ni dalam group pembimbing . Sebagai seorang mahasiswa yang tengah pishang menunggu cuti yang lama sebelum masuk degree bulan 9 , aku pun bagilah nama , ada 3 orang lagi yang boh nama : Azam , Afiqah , Zati . Masa tu bulan ramadhan .Program masa bulan ramadhan ni cam owsem ja . Pahala berlipat-lipat kan . Tapi entah kenapa tukar pulak pi bulan depan . Oh sebelum terlupa . Masa awal-awal dapat tau pasal benda ni . Aku pun buat la ayat cam bebai tak mau ikut sebab dok pikiaq duit . Sebenarnya , duit elaun 700rm baru ja masuk ! Dah abis asasi baru dapat . HAHAHA . Pastu mualim ( ex ydp pembimbing) direct message aku , dia cakap WADAH sponsor 400rm untuk sapa yang pi . OH MAN ! rezeki weyh . la syak wa la raib , memang aku nak pi la .
makes story short , sehari sebelum program start , aku rasa malas sangat nak pi tak tau pasai pa . Dah la azam tak mau pi .nek@afiqah pun tak pi. Zati ja yang stay nak pi ,(tak kenai pun sapa zati ni ).
hurm . yang pi kak nadz ( fasi aku masa pmgPP'15) , akak syafa ( orang yang ajaq aku jadi emcee PMGPP15) , kak fatin@long (fasi pmgPP15) . Awai-awai nak tarik diri gak la , sebab sorang ja lagi . Tapi berubah lepas kak nadz cakap naik kereta dia ja nak pi sana . oh okay la ni . save duit sikit . 400rm tu potong duit transport dan tol ja la lagi . Boleh la kami berjimba kat keyyel dulu sebelum pulang ke penang . HAHAHA .
Out of the blue , masa asaq mak cakap program tu cam wasting time ja haziq . Oh aku dah down . Dah nampak gaya cam tak bagi pi . Lepas magrib masa bukak posa , aku , abah dan mak bermesyuarah pasai benda ni . nak pi ka dak . Abah n mak dah dengaq aku explain cam na tentatif program pastu depa pun bagi pi . Perasaan down aku dok ada lagi tak tau la pasai pa . Tiba-tiba kat astro oasis tu , ada brother tu cakap , " kita buat dakwah ni , bukan kita yang minta , tapi Allah yang pilih ." PERGH ! SEMANGAT MANA-MANA MAI TAKTAU MASUK DALAM ROH NI !
Ayat dia power sangat , teruih la aku habaq kat kakak-kakak tu aku pi .
Lepas jumaat aku pi seberang ,abang aku hantaq . Kami deal nak jumpa kat depan UITM permatang pauh . Dalam pukui 3 lebih sampai la aku . Aku call kak syapa . Dia cakap depa dah on the way . Okay . Aku tunggu la sat . pastu depa call cakap dah sampai kat depan pintu gate UITM tu . aku dok ada kat bus stop . Angkut la beg tu pi sampai depan gate . TUDIAA . aku nampak kereta honda jazz . aku silap baca rupanya kereta kak nadz tu honda jazz . bukan honda wish . camna ni . dah la 4 pompuan . aku sorang ja laki . ni kalau ikut kata anak muda , cukup kuota ni ! :DDD
![]() |
gambar sebagai hiasan kot hampa tak tau cam na rupa kereta ni |
rasa cam awkward gila . Sepanjang jalan aku baca buku dan selang-seli dengan usha fon sebab nak bagi hilang rasa mengantuk . To be honest , tiap kali aku naik kereta mesti aku tidoq . TAPI dengan keadaan cam ni punya banyak kemungkinan yang aku pikiaq boleh jadi kalau tidoq :
-nanti depa tangkap gambaq aku tidoq ( cam budak-budak PERKEPIS UNIMAS buat kat aku masa KAFI PERKEPIS)
-tidoq sampai ayaq liuq meleleh dan sungguh memalukan sebab dalam kereta semua perempuan
dan paling risiko ,
-kalau kepala tiba-tiba pi tersandaq kat bahu Kak Nadz .
nauzubillah hi min zalik !
Punya dok bertahan mata sampailah RnR Tapah . Rest sat solat asaq dan dinner . FUH !
Lepas solat asaq , aku pi la tempat makan . Tengok akak-akak ni takda . Aku makan la dulu . Lepas habis makan pun depa takda lagi . Lama gak la dok tunggu depa ni sampai aku sempat melilau kat RnR Tapah . Nak dekat pukui 7 baru jumpak depa . Typical muslimat la solat punya lama .huhu .
Depa dinner sat pastu kami sembang-sembang sikit . Masa ni dah tak rasa awkward dah la dengan depa ....dan tiba-tiba Kak Nadz request , " haziq boleh drive jap gi ?" .
Pantang Romeo menolak permintaan Juliet , haha , sebenarnya nak cakap tak nak . Tapi tengok kak nadz pun cam penat ja . Kurelakan jiwa lah .(kalau kak nadz baca blog aku ni , mesti dia tak berani suruh aku drive sebabnya aku pernah terlelap masa drive)
Dengan bismillah aku dok kat tempat driver . Aku carilah mana tempat kunci ni . Nak start kereta . Pastu kak nadz cakap dah start . tapi aku tetap tertanya . mana kunci ?
Nasib baik kereta auto , tekan minyak , tekan brek . Tu ja .as Simple as pimple at my face .
TAPI AKU MENGANTUK !
So , aku dapat idea tak nak bagi mengantuk . Aku menyembang dengan Kak Nadz dari Tapah tu sampailah Anjung Rahmat .Bijak kan ? well B) . Masa dekat KL kami tersesat . tup tup , sampai kat Petaling Street . Masa ni punya riuh dalam kereta ni . -_-' As a gentleman driver , aku dengar ja arahan co-driver@ kak nadz .Pastu aku kalih kat kak Nadz . Pastu aku perasan ada brother ni naik kereta iswara colour kuning dok usha . Pastu dok cover lepas dia nampak aku dok pandang dia. hurmm..bawak kereta tu fokus kat jalan ja laa . yang hang dok usha pasaipa .
Around 1030 , baru sampai kat Anjung Rahmat .Aku tanya la cam mana nak tutup kereta ni .Kunci pun takda. Pastu kak nadz tunjuk tekan button ja .FUH ! style lah .Perak sat dan perjalanan tamrin kini bermula ... bismillah .
Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2016
Aku naik atas tempat penginapan laki yang terletak di surau . Surau yang 'open' terus mencetuskan kerisauan kemungkinan banyak nyamuk . Hurmm. Aku bagi salam dan berkenalanlah dengan orang-orang dekat situ . Ramai budak PMGK'15 yang ada . Aku dah kenallah sebahagiannya . Semuanya dari UIA PJ dan Gombak dekat situ . Kami pun buat bulat dan taaruf . Berkenalanlah aku dengan Abang Mudin , Abang Ridwan ,Abang Ipin , Kimi (dah kenal dah) , Acap (dah kenal dah) dan Syafiq . Habis semua bertaaruf , kami turun ke tempat makan dan melahap mee . Pastu dekat dewan makan jumpalah lagi ramai peserta yang baru datang :- Aqil , Aiman dan lain-lain .Kami naik balik ke surau . Lepas tu baca al-mulk dan tidur .
*Rasa menyampah lak tulis formal ni . Nak tulis bahasa pasar balik lah . Tak cool langsung bila baca balik
Tengah malam tu punya la sejuk baq hang . Aku pakai dua selimut pun dok teketaq . Member sebelah aku lagi sempoi . Sikit punya gemok pun dok bercakap , " sejuk .. sejuk.." . Orang tidoq sambil bercakap ni memang rasa nak terajang ja . Tapi sebab schoolmate dulu . Aku syabaq ja la .
Esok pukui 5 dah bangun ,solat tahajud , solat subuh . Baca mathurat dan sikit pengisian dari Abang Khair . Dia ajar kami cara camna baca certain ayat dengan betui .
Habis aktiviti tu , kami bersiap . Mandi semua dan turun bawah untuk makan . Lepas makan , kami dengar talk by Ustaz Mohd Naim Mohd Naim , Timbalan Presiden ABIM , bertajuk :
Kerajaan Mongul : Ibrah dan pengajaran
![]() |
Ustaz Mohd Naim Mohd Naim |
Ini apa yang aku dapat :
-surah rum , menceritakan kemenangan Islam di dataran : Perang Hitin , Ain Jalut
-Umat Islam dipecah-pecahkan dan dilaga-lagakan
-Kerajaan Islam Tatar menguasai sampai Laos
-Selepas Salahudin al-Ayubi menang peperangan salib , tiada generasi baru yang mengekalkan kehebatan tokoh lama dan gagal mengekalkan kegemilangan
-Arab dan Mongul persamaannya selalu berperang sesama kabilah , tapi Arab ada bulan-bulan haram perang dan Mongul tiada
-Gengis Khan membentuk Dinasti Yuwan dengan menerobos tembok besar China yang dibina kukuh oleh Shih Huang Ti . "Aku mahu dunia ini cuma mempunyai satu empayar , satu kerajaan , dan satu raja . Dan raja itu adalah aku ."
-Ciri-ciri kebangkitan Mongul :
>Menyelesaikan konflik bangsa/kabilah
>Menyatukan kabilah Mongul dan Tatar
>Menonjolkan nilai akhlak dan persaudaraan yang tinggi
>Kepimpinan yang merakyat
>Hak-hak diagihkan seadilnya
>Kebebasan memilih ketua perang dibuka
>Hak perempuan diangkat
-Kezaliman membawa kehancuran
-Pesan Gengis Khan :"Jangan sentuh negara Islam , mereka mempunyai Tuhan yang hebat . Rom dan Parsi jatuh ditangan mereka ."
-Halagu Khan , mahu menyerang negara Islam pimpinan Sultan Saifuddin Qutuz .
-Tektik peperangan yang berkesan menyebabkan askar Halagu Khan kalah teruk (hampir kesemuanya mati) dan selepas kalah tiada lagi perluasan kuasa oleh Halagu Khan
------
slot seterusnya ni bagi aku membosankan sikit erhhhh
brother sebelah aku dah tersengguk-sengguk dah .
talk by : Encik Halimi Abdul Hamid (SU WADAH)
(Encik Halimi ni banyak cerita pasal sejarah ABIM dan WADAH)
apa yang aku dapat :
-bukan kerja dakwah bukan masa free sahaja
-infaq setahun untuk jemaah
-kerja dakwah ialah sepenuh masa
----
Kami bergerak ke Kolej Darul Hikmah dari Anjung Rahmat
![]() |
seronok bergambar sampai lupa selipar |
Aku tumpang kereta dengan Abang Ridwan dari masa ni sampailah habis program . *Thanks bro Ridwan , jasamu dikenang .#RESPECT
Di KDH ni , kami dengar talk dari Dr. Siddiq Fadzil (Presiden KDH)
title : Garis-garis besar haluan perjuangan
Ini apa yang aku dapat :
-Kejelasan matlamat , tanpanya orang tak akan komited
-Perkongsian idealisme
-Jujur dalam berdakwah , baru dakwah sampai keapda yang masih belum Islam
-Dalam menyampaikan risalah Allah , kita perlu takut kepada Allah
-Yang terbaik ialah mereka yang komited dengan dakwah
-"Pembinaan otak tanpa watak ?" contohnya : periksa elok tapi perangai cam lahanat
-"Prestasi akademik menjadi ukuran seseorang ?"
-Memahami Islam terlebih dahulu
-Ada orang yang hanya soleh 'spiritual' tapi tiada soleh sosial
-Jangan menghina manusia
-umat ialah yang 'besar' dan kerajaan ialah alat
-wakil presiden mahu jadi presiden,
wakil gabenor mahu jadi gabenor ,
wakil rakyat perlu jadi rakyat
-Jasa untuk sekalian manusia
-Mudah sangat untuk menghalalkan darah orang muktakhir ini
-Tidak boleh bolot kebaikan untuk dirinya sahaja
-Kurangkan perkauman
-Bentuk bangsa Malaysia
alhamdulillah , aku sempat mengutarakan satu soalan
"bagaiman kita nak ubah persepsi masyarakat yang mengatakan
keluar parti melayu derhaka kepada bangsa ,
keluar parti islam dikira murtad .?"
jawapannya sangat bernas :
"lebih baik keluar dari bangsa seperti Nabi Musa dari setia seperti Qarun dan Haman.
Sedangkan kita boleh bertukar mazhab , kenapa tidak boleh bertukar parti ? Kalau dikira murtad siapa yang keluar parti , bagaimana pula dengan orang yang tak masuk mana-mana parti ?"
fuuhhh..best betul dengar tokoh berkata-kata .Apa yang keluar dari mulutnya semuanya menjadi penajam akal .
![]() |
gambar muslimat je ada , mana entah gambar muslimin nye |
Lepas talk , kami bergambar dan pergi makan kat kantin . Aku dengan Haziq Su nak bergambar dengan Dr Siddiq , kami stay kejap . Pastu tup tup dia tengah makan la . Dr siddiq cakap , "makan dengan kami , lepas makan baru bergambar ." HAHAHA . MAKAN DENGAN ORANG HEBAT WEYH !
Makan tengah hari aku kali tu penuh dengan sopan santun cam pengantin . Masa makan terdetik nak tanya satu soalan , "ustaz , apa cara yang paling mudah untuk tarik anak muda join jemaah kita?"
Beliau jawab buat , " buat aktiviti yang anak muda suka . Cam sukarelawan banjir . Ramai yang nak jadi .Lepas tu ajak masuk jemaah . Jangan buat seminar ka . Sebabnya mereka rasa mereka dah cukup ilmu yang ada di sekolah."
Aku dah habis makan . Dr Siddiq suruh tambah . Tak larat dah ni . Habis makan . Kami pun bergambar .
Bergambar dengan orang hebat , semoga Allah jadikan kita sepertinya . Amin ...
![]() |
with legend ! |
Kami turun bawah dengan hati yang riang hahaha. Pergi surau dan solat .
Next trip : to ADAB Youth Garage , Bangi
AYG ni tempat dia cam tempat lepak anak-anak mudalah lebih kurang . Tapi tempat dia cam lebih teratur dan cantik dipandang . Takda orang cakap melepak sia-sia . Abang ( ape entah name die , tak ingat ) cerite background AYG dan aktiviti-aktivitinya .
*aku dah mengantuk sangat , aku tidur dari mula sampai habis . :D only some parts that I awake
like :
-cerita dia bantah arak dekat Bangi
-kisah bantuan sukarelawan ketika banjir Kelantan
-dan lain-lain
Next trip : to Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)
Ketua Pengarah YTP , Tn Hj Rahman Yasin cerita pasal latar belakang YTP dan peranan dalam memartabatkan pendidikan . Jujurlah aku cakap ," Bosan ". Nak tidur tak boleh sebab duduk barisan depan-depan . Tadah je la telinga dengar .
Next trip : to Prof Madya Nur Izura Udzir , (Naib presiden WADAH)
Prof ni suruh panggil dia , 'Kak long' . Haha . Anak dia pun dah nak sebaya dengan aku . Suruh panggil Kak pulak . sorry la , Saye panggil , "Mak long". Its better .
Prof cerita pasal dia dengan PKPIM dulu . Hebat orangnya . Hewi PKPIM pertama yang naik moto pergi usrah @ meeting . Kiranya Prof ni Legend PKPIM la .
dalam banyak-banyak , aku paling ingat satu ayat dia ni , "yang laki-laki ni kalau nak kahwin tak payah cari orang lain . Pilih Hewi-hewi ni je ."
![]() |
Prof Madya Nur Izura Udzir |
*Insya Allah , Maklong !
#brogatai
#PMK
![]() |
team marhaban huhu |
![]() |
fullhouse ! |
Next trip : to Gombak , Global Peace Network Mission
*Kami kena pergi hantar Abang Mudin (amir pkpim uia gombak) dekat UIA Gombak sebab sakit .
Itulah kali pertama aku masuk UIA .
Tempat dah kecik . Kami dalam 60 orang lebih duduk cam tin sardin . Padat gila .Kami diberi penerangan tentang GPM dan aktiviti-aktivitinya . Saudara Fahmi (Naib Presiden ABIM) pula cerita pasal sukarelawan dia dan kerja-kerja yang dia buat . Masa ni baru aku perasan yang nama tamrin kami , 'Tamrin Qiyadi ' = Latihan Kepimpinan . Yang jadi peserta semuanya berjawatan . Patutlah !
Amir-amir kampus ada . Aku tak da jawatan pun dalam PEMBIMBING tapi ada jawatan untuk PERKEPIS UNIMAS . this means that im representing PERKEPIS , not PEMBIMBING . Tapi PEMBIMBING yang sponsor .hohoho
Masa dah pukul 12 lebih . Kami pergi Seketeriat ABIM . Kami dipecahkan ke beberapa kumpulan dan diberi tugasan . Dah mengantuk sangat masa tu . Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri je .
Then baca al-mulk
----
Yang Rijalz pergi Seketeriat PKPIM lepas tu . Rupanya Seketeriat PKPIM takde la lawa mane . Seketeriat PERKEPIS lagi lawa . Siap ber-air con lagi . wuwuwu .
Esok pagi lepas subuh kami buat usrah .
![]() |
semua muka layu ja |
Barulah aku kenal semua orang . Aku jenis senang ingat nama orang sebab nak jadi cam Alexander The Great .huhuhu . Alexander ni punya hebat sampai ingat semua nama anak buah dia . Nak jadi hebat kena tiru orang hebat kan ?
Setiap orang diberi couple of minutes beri sikit tazkirah . Inilah masa yang aku tunggu . Aku memang tak senang la tengok dorang tak pakai pun baju raya full tu . Dalam surat yang dorang post tu kan dah tulis , Rijal perlu memakai baju melayu bersampin . Arahan dah diberi tapi tak buat ni aku tak berapa suka lah .
Kami bergerak ke Future Network Global (FGN) , kami pergi awal 30 minit . Tn Haji Azam (Presiden WADAH ) bagi talk . Tokoh-tokoh ilmuwan ni kalau bagi talk mesti bersemangat . Aku pun bersemangat dengar .
mula-mula dia cerita pasai FGN ni dulu , baru dia cakap pasal tajuk yang diberi :
Dakwah dan Cabaran Masa kini
Ini apa yang aku dapat :
-membudayakan ilmu , buku menjadi khazanah kita
-al-quran dihayati (action) bukan didengar semata-mata
-paksa diri untuk belajar
-jika mempunyai iman yang betul , baru jadi khairu ummah
-tepati masa , takut ada ciri-ciri munafik , kerugian kepada ummah
- ulama' hebat mencuci tandas untuk melahirkan rasa tawaduk
-kita tidak memiliki apa-apa di muka bumi ini
-bangkitlah kamu dalam keadaan senang atau susah
-buat kerja sendiri , jangan mengharap orang lain
-Masa depan kita Allah yang tentukan , kita hanya perlu usaha
-syafaqah , iman perlu diusahakan agar semua dapat
-perlu tengok gawatnya orang melayu sekarang
-Dont be selfish , but be selfless
-every time think how to improve the ummah
-nawaitu kita boleh menyimpang , perlu jaga nawaitu kita
-kalau doa tak makbul , tak apa kerana itu kehendak Allah
-sentiasa bersama lingkungan orang yang baik
-yakini pemimpin kita
-sabar , cantikkan perjuangan dalam sabar
-kuasa menyebabkan ramai yang telah gugur dalam perjuangan
-3 orang yang ikhlas umpama 1 1 1 = 111orang
3 orang yang tak ikhlas hanya 3 orang
-iman ini harus dijaga
-keberanian datang apabila iman yang unggul
-Allah akan bantu kita apabila betul-betul kita perlu
![]() |
sempat tanya satu soalan yang bermain di minda |
-Bila ada kualiti , kuantiti akan datang sekali
-If you focus on quality , quantity will come along
if you focus on quantity , it will be disaster
-selalu bermusafir , baru dapat kenal hati budi seseorang
*pastu semua pakat bergambar dengan Tuan Azam ni . Setiap kontinjen negeri pulak tu . hurmm lama dorh .
![]() |
muslimin @ REJALZ |
![]() |
muslimat @HEWI |
![]() |
Miak PERKEPIS |
![]() |
Sempat selfie lagi |
![]() |
with mamu and mami PEMBIMBING |
Bergerak ke seketeriat PKPIM dan bincang pasal tugasan semalam .
Aku bagi cadangan buat lakonan , ' Do and dont' . Semua setuju .
Abang Luqman bagi cadangan tiru Pimpinan PKPIM punya gaya .
Masa tengah bincang tu pun kami dah gelak-gelak dah . LAWAK GILA ABANG LUQMAN NI .
![]() |
at Seketeriat PKPIM |
Kami gerak ke Seketeriat ABIM . Solat dan pembentangan Muwasafat Tarbiah
Memang best la . Tak habis-habis gelak . Hahaha.
Sampai turn kami , kami pun berlakon lah dengan tajuk "kesanggupan bermujahadah" .
Aku berlakon jadi Abang Khair ,
Abang Luqman jadi Abang Iman ,
Abang hafiz jadi Abang Qaf Qayyum ,
Aqil jadi Abang Hanif ,
Abang Ridwan jadi Abang Razi .
dan
Abang Farhan jadi Abang Fazril Saleh .
![]() |
"bila kami dah takde nanti , yang ni la yang akan korang ingat."kata abang luqman |
![]() |
Sebelum balik |
HAHAHAHA
Habis pembentangan , ucapan dari mr president dan baca robitah , doa wida dan resolusi .
Pastu salam dan bergambar .
Aku nak balik awal sebab nak pergi balik penang . Terus minta diri dan pergi LRT - KTM dan TBS .
sampai penang pukul 12 .
----------
Konklusinya ,
Ingat lagi kata-kata Abang Fazril Saleh masa usrah last sebelum cuti asasi .
"Bila sertai PKPIM ni , kita akan dapat 3 benda : ilmu , kepemimpinan dan ukhwah."
Ilmu , terlalu banyak ilmu yang aku dapat bila sertai PKPIM ni . Dengan budaya ilmunya . Dulu , tak pernah terlintas nak jadi seorang minat membaca . Sekarang , aku dah ada satu almari buku sendiri .Dah penuh sangat dah almari tu sampai lepas aku baca satu-satu jenis buku , aku terpaksa bagi sedekah dekat orang lain .
![]() |
bergambar pun masa tengah membaca #poyo |
Ilmu bermasyarakat . Tak pernah terpikir pun dulu nak jadi fasi , sukarelawan dan lain-lain .
Sekarang , aku dah ada pengalaman jadi fasi dengan macam-macam jenis sekolah . Dari elit mahupun yang sekolah budak tak da 'harapan' . fuh ..merata dah jadi fasi ni ..
Kepimpinan lak , sebelum join PKPIM pun aku dah banyak diberi amanah . Macam-macam jawatan diberi masa sekolah dulu . tapi bakat leadership ni makin diasah la , bak kata pepatah , asah belakang parang lagikan tajam , so lepas join ni aku dah jadi cam pedang samurai la . HEHE
Ukhwah , alhamdulillah . makin ramai kawan yang kenal. Aku memang susah nak masuk sikit dengan orang , tapi bila dengan ahli PKPIM , mesti senang ja nak masuk sebab sama idealisme kita . Ingat lagi seorang ustaz ni cakap , "bila kita luaskan silaturahim, Allah akan luaskan kubur kita ."
"SAHABAT ,
kita bersama membawa ,
harapan dan cita-cita ,
untuk berbakti semua ,
kerana cinta ,
pada Yang Esa ,
kerana ukhwah kita bersama"
lirik lagu PMG ni memang memberi kesan dekat aku .
Selalu aku fikir ,aku ni keseorangan ke yang ada semangat ummatik ni . Ajak kawan-kawan , mesti diorang bash , "bajet la" , "hipokrit " , macam-macam lagi .
Tapi rupanya aku tidak keseorangan , ahli-ahli PKPIM sentiasa dengan aku . :*
------
Ingat lagi prinsip Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah , "sebelum masuk IMM , dia kena faham dulu agendanya .Jika enggak tahu , dia enggak bisa masuk IMM"
Dulu masa awal-awal , memang tak faham apa benda PKPIM ni . sebab tak didedahkan termasuklah masa PMG . Tak jelas sangat perjuangan PKPIM ni . Dah lama-lama baru tahu matlamat PKPIM ini apa .
So , saya nak cadangkan , lebih-lebih lagi kalau ada orang atasan yang baca , matlamat ,prinsip dan latar belakang PKPIM perlu diberi penjelasan secara total kepada semua ahli . Baru kami faham dan tiadalah yang hangat-hangat taik ayam ja . Kejap semangat , kejap mandom . ataupun lebih teruk , drop out terus dari perjuangan ni .
Sekian ,
maaf jika ada kesalahan dan kekurangan ,
itu saja perkongsian dari saya .
"hidupkan kena berjasa "
daripada seorang hamba dan khalifah Allah ,
Muhammad Haziq Bin Roslan
Amir PERKEPIS UNIMAS
Terima kasih sbb lepas baca blog abg haziq ni baru boleh nmpk cam na prjalanan tamrin qiyadi pkpim ni 👍 dan penulisan ni brjaya mendatangkn semngat yg baru utk tuntut ilmu yg baru kt sana . Terima kasih 🙌
BalasPadamSama-sama. Semoga terus istiqamah dalam menyebarkan kebaikan. Khairunnas anfa'uhun linnas. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang bermanfaat kepada orang lain.
PadamIndahnya caturan Allah. Without realising Allah selalu oermudahkan dekat dgn circle/biah yg mempunyaj tujuan yg sama.
BalasPadam