perghhh . berhabuk-habuk dah blog aku ni . nasib baik tak bersawang lagi .
alhamdulillah ala kulli hal,
diberi kesempatan untuk menaip lagi .
sebenarnya , takda masa nak menaip tapi 'request' seorang sahabat dari asasi lagi ,
kurelakan jiwa mengorbankan masa untuk sahabat dunia dan insya allah syurga .
dan ini post pertama aku untuk degree ni . !!
This time I would like to share something that I think it is really exciting and interesting .
I have join PEMBINA UNIMAS's program at disability school just nearby UNIMAS .This event was held last week . Even though my holiday need to be sacrificed , i dont mind about that because my life's motto , " Hidup Biar Berjasa !",,(eerhhh cam familiar kan :D )
Cam biasalah , seperti entri-entri saya yang lepas . Muqadimmah tu kena la panjang . Kalau korang rela baca muqadimmah sepanjang ni , insya Allah korang rela baca sampai habis .
Ceritanya mula cam ni , aku pi dengan qiyadah PERKEPIS .*nak tau PERKEPIS apa ? baca entri aku yang lain .hehe..kami jumpa dengan sorang legend PERKEPIS ni .Hari tu hari rabu petang . Kami pi PITAS . pastu masuk pejabat sorang legend PERKEPIS ni . nama legend tu DR HALIM BURSARI . Legend still alive hahaaha...
banyaklah yang kami bincang terutamanya tentang pengalamannya dengan PKPIM dulu nak tau PKPIM apa ? baca entri aku yang lain jugak haha..Dan masih terngiang-ngiang di telingaku pesan-pesan Dr Halim . Salah satunya ,
"biar kita tak dikenalkan tapi kita dikenali " ,
"kalau nak jadi daie , pergi Sarawak"
dan
paling ingat ... "berpersatuan ni , kita kena saling melengkapi antara satu sama lain , bukannya nak merendahkan mana-mana pihak ."
Hat ni yang aku pegang . So , kita janganlah nak condemn mana-mana persatuan , depa dengan cara depa . Kita dengan cara kitalah . Janji matlamat kita sama , mendapat keredaan Yang Maha Esa .
Analogi begini . berikan sebanyak boleh cara atau jalan kerja untuk mendapat jawapan ' = 4 ' .
1. 2x2 = 4
2. 2+2 =4
3. 1+1+1+1 = 4
4. 8/2 = 4
5 . 2 ^2 = 4
wow . ada 5 cara untuk dapat '=4' . walaupun beza caranya , tetap dapat '=4' . begitulah juga kita dalam berjemaah . walaupun berbeza metod dakwahnya tapi mardhatillah tujuannya .
pastu kami pun bergambar dan pulang ke kolej .
Hari jumaat pagi , aku ade perjumpaan dengan grup Linguistic .Janji pukul 9 . Datang 930 . Dalam hati , adee jugak nak kena cepuk dengan aku ni .Tapi as a leader , I need to hold my anger , sebab marah tu kan dari setan . Masa discussion tu , kami adela sembang-sembang sikit dengan ahli-ahli kumpulan aku .Rupa-rupanya members aku budak PEMBINA . Dorang cakaplah dorang busy program weekend tu . Kami habis perjumpaan selepas sejam .
Suddenly , one of my groupmates ajak join program dorang kat Sekolah Pendidikan Khas Kota Samarahan . WOW ! Interesting . I dont have that experience yet . Nak join tapi takda member . so , cam berat sikit la hajat tu . Ajak Maziz . Pastu dia cakap untuk PEMBINA saja . Oh okay . No hard feeling . aku cakaplah aku tak tau pulak tu untuk PEMBINA saja sebab yang ajak kawan aku tu .
Pastu , Maziz cakap boleh pulak sebab tak cukup tenaga kerja . So aku pun ikutlah program tu .
Sekolah Pendidikan Khas Kota Samarahan
HAHA.. Seperti dijanjikan , muqadimmah cerita baru sahaja korang hadam . Insya Allah korang akan baca sampai habis .
Lepas-lepas subuh dah get ready for the program . Disebabkan kena naik bas kat BHEP aku pun jalan kaki la ke sana . nak naik moto . keselamatan moto aku terancam .huhu .
Tiba ja dekat BHEP . Aku pelik sebab ramainya orang . Yang peliknya aku nampak ramai senior Sains kognitif aku .Yang non muslim pun ade . Tanya Maziz , semua tu PEMBINA ka ? . Dia cakap bukan . Erh .. okay . Dalam 730 , senior-senior tu naik bas UNIMAS dan tinggallah ahli-ahli PEMBINA kat BHEP tu . Kami naik van je ke sana .
Sampai-sampai kat sekolah tu , aku 'pishang' sikit . Awkward kan . biasalah tu .
Kami disajikan dengan sedikit pengisian daripada seorang muslimat ni . Aku tak ingat apa yang dia cakap . Yang aku ingat dia ambil satu hadis dari Matan Arbain karangan Imam Nawawi .
Usai sudah pengisian saudari tu yang berdurasi dalam lingkungan 15 + minit . Kami disuruh untuk buat satu aktiviti ukhwah untuk merapatkan silaturahim antara kami . Cara agak menarik . Kena simpan barang yang kita rasa berharga kat satu tempat dan kami kena ambil balik barang tu dalam keadaan silent dan tangan berpegangan ramai-ramai . Aku letak kad bank . Ada sorang brother tu (not to mention) letak kad ONEXOX . -_-' eleehh . berharga ...sangat..... . Habis saja aktivti tu , ada ucapan sikit dari cikgu sekolah tu berkaitan dengan sekolah tu lah kan . Dia cerita background sekolah tu , pelajar-pelajar dan lain-lain .
Then , we were divided into a few groups . Muslimin of course only one group as kami sikit je , around 6 people . Biasalah laki kan akhir zaman .Prinsip " Cuti tu cutilah " berpisah tiada . Dok dala bilik tidur je pun . Tugas kami mudah . Alihkan pokok bunga apa nama entah ke depan sekolah .
Aku keje tukang pegang kereta sorong tu je
. Berapa round entah ulang-alik tolak 'wheelbarrow' tu sampai semua pokok habis dialihkan
![]() |
Abe FizJo ,hardcore dealer OneXOX . dekat budak2 tu pun dia promote gak |
![]() |
Menghijaukan muka bumi Allah |
Kalau kita sayang mak kita , mak kita suruh ja mesti kita buat . Kalau kita sayang Nabi kita , apa yang nabi kita suruh pun kita kena buatlah .
Usai solat , kami dijamu dengan makanan ringan . Masa tu barulah aku jumpa adik-adik pelajar sekolah tu . Kesian ..Allah tak bagi dorang nikmat apa yang aku dapat . Nikmat bercakap dan mendengar . Perasaan kekok sudah pasti . Mun ngan miak-miak sarawak pon mek sik pande layan , tuk an orang sik pande bercakap . Tapi muslimat play their role well . Semua dok kerumun budak-budak tu . sampai aku rasa depa pun rimaih .Lepas tu , kami ditugaskan bersih kawasan asrama .To be specific , longkang .Mula-mula aku dapat penyapu . pastu cikgu tu suruh longkang . erh lawaknya bersih longkang guna penyapu . Aku pun letaklah balik penyapu tu dan jadi pemerhati sepenuh masa selepas ada sorang adik ni datang menyibuk .
![]() |
haziq with daniel hazriq |
![]() |
jadi pemerhati sepenuh masa :D |

Dia dah cam boss tempat tu dah . Kotor sikit je dia suruh cuci betul-betul . Dan disinilah bermulanya tugas aku sebenarnya . Kena jaga budak ni . Dok berlari kat longkang . Pastu suruh isi ayaq kat baldi . Aku pun setia melayan . Awai-awai susah gila baq hang . Bayangkanlah aku nak cakap an dia kena guna body language . Mana aku tau bahasa isyarat semua tu . Tapi slow-slow belajaq la kan . Tak susah pun nak faham apa dia nak . serious .
Ada dia tunjuk langit . pastu longkang . pastu dia tunjuk reaksi suruh bersih longkang . Aku simpulkan yang dia suruh kami tunggu hujan baru ayaq banyak . Senang nak tonyoh nanti . Tu diaa .
Sempoi budak ni . We are out of time . Tak sempat nak hias dewan . Semua pergi ke porch sekolah . Tapi aku dengan adik tu dekat asrama lagi . Dia tunjuk gambar-gambar dia . Aku dapat rasakan adik ni kurang dapat perhatian .Sebab tu dia nak someone with him everytime . kesian nya Ya Allah . Alhamdulillah aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang keluarga . dan paling tersentuh hati bila dia hulur tangan , ingatkan nak apa . Aku pun hulur balik . Rupanya nak salam , siap cium tangan lagi . Lepas tu dia lambai ...T_T . Muka still cover macho , tapi dalam hati dok teriak abih dah .
Kami kumpul di porch sekolah untuk sesi penutup .
Adik-adik sekolah dipanggil untuk bersama .
![]() |
Pengarah Program , Akhi Helmi |
![]() |
Aziz tambah M , Ketua Biro Bakti PEMBINA UNIMAS |
Aku ditugaskan baca doa . Masa nak baca , tiba-tiba blank . aduhhh. doa rabitah tu tiap-tiap hari baca pun lupa . Ni semua setan punya kerja . erhh betullah . kalau tak caya , bukak surah kahfi . satu bahagian tu ada sebut pasai benda ni .
Tak cukuplah berprogram kalau tak bergambar . Kami pun bergambar beramai-ramai dan pulang ke UNIMAS...
Jasad sahaja yang pulang , hati aku tetap dengan adik-adik tu .
Semoga Allah memberikan kesempatan untuk aku berjumpa lagi dengan adik-adik tu .
Insya Allah .
Terima kasih PEMBINA UNIMAS atas program yang penuh dengan ibrah ini . Boh lupak ajak mek mun takorang polah program gi . Ya jak sharing kamek untuk entri tuk . Klak ada something special mek pola gi entri lain .
Terima kasih kerana sudi membaca sampai bahagian terakhir ni .
Komenlah jika ada yang terkurang atau terlebih .Feedback anda sangat kuhargai !
akhir kata , "Adakah aku reti bersyukur?"
I thought im the only one join je semua program persatuan ... Absolutely agree with u one aim but different methodi .... But not anyone acknowledge about that, in simple word fanatik n obses with their organization untill cannto accept other party's opinion or program...human nowdays..
BalasPadamMay Allah give ways and knowledge to them...Amin