Langkau ke kandungan utama

Cerpen :Schizophrenia : Keinsafan dalam Ilusi

Schizophrenia  : Keinsafan dalam Ilusi

“Okay , adik Wan. Adik Wan darjah berapa berapa?”
“Darjah 6.”
“Dah darjah 6 baru nak sunat ?”
“Parents saya busy, Dr.”
“Yeke , parents busy ke kamu takut nak sunat? ”
“Takda la doktor , saya berani je. Cepat la potong . Mak cakap lepas potong baru boleh kahwin .            Saya tak sabar nak kahwin ni doktor. huhu”
“Fushh gatai nya.ni kena potong habis ni hehe, adik Wan baring dekat sini ye.”

Grrr grrr.. bunyi katil

“Baring cepat .”
“Erh doktor , tak payah bius. Potong je . Sakit sikit je atuk kata . Macam gigit semut je .”
“Serious . Okay . Dr memang tabik springgg la.”
“okay okay ..”

“Adik Wan , besar nanti nak jadi apa ?”
“Nak jadi doktor macam doktor . Tapi tambah sikit . DOKTOR AL-HAFIZ”
“DOKTOR AL-HAFIZ !”

Pappp…*bunyi gunting potong

….…
   
DUP DAP DUP DAP .. jantungku berdenyup kencang . Akhirnya, dapat juga aku masuk U. Alhamdulillah, rayuan aku diterima. Dari CFS IIUM berpindah ke asasi UNIMAS . Rumah aku kat Kuching . Susahlah nak berulang-alik Semenanjung dengan Borneo. Aku jadi second intake. Tak kesahlah . Asalkan dapat balik Sarawak .
Habis je daftar dekat pejabat @ Whitehouse , aku angkut semua beg dan juga baldi  pergi bilik aku. Kat kunci aku ada keychain tulis , ‘M30’ . Tulah bilik aku , kot .
Tup tup tup …Aku ketuk pintu bilik tu. Dah ada penghuni. Budak first intake ni. Nak bagi salam, takut pula kalau bukan Islam. Takda orang ni. Aku buka pintu bilik. Eh , ada orang . Tengah termenung kat kerusi sambil pakai kopiah cam Upin Ipin.
Dia alih pandangan .
“Ehhh ada orang , hmm..assalamualaikum , saya Iskandar . Panggil Is je.
Ko nama apa ?”
“Wa’alaikumsalam , nama aku Raziq . Ko baru daftar ke ? Second intake ?”
“Ha ah , ko asal mana?”
“Asal Selangor , tapi menetap kat Penang. Ko lak?”
“Aku asal dari syurga tapi diturunkan ke dunia akibat hasutan syaitan .
Ho ho ho…Bulak jak. Aku asal Sarawak . Kat Kuching.”

Kami bertaaruf . Lama juga lak kami menyembang. Friendly juga roommate aku ni .
…...
Roommate aku bagus . Tiap-tiap kali azan dia pergi masjid. Semua waktu pula tu . Aku kat bilik je solat . Janji solat okay . Tak tahulah malas sangat nak berjalan ke masjid tu .
Terutamanya malam . Waktu maghrib Raziq dah kat masjid dan dia akan stay sampai isyak. Dia kata waktu tu golden time untuk ibadah. Waktu maghrib, aku kat bilik air lagi . Dah terbiasa kat rumah mandi lama . Bagi aku bilik air bukan setakat untuk mandi tapi inilah bilik karaoke, release stress dan sebagainya ..
dan benda biasa orang akan jerit ,
“Hoi , cepatlah mandi . Orang lain nak mandi juga .”
“Diamlah ! Ingat suara kau sedap ke s*** !”

Ada yang cabar nak tolak pintu bilik air aku . Tapi ada aku kesah . Inilah tempat mengasah bakat nyanyian aku .
Habis mandi , aku solat maghrib . Pastu pergi makan dekat Kafe Cikmok . Makan simple je . Kena jimat . Duit bantuan asasi Rm1200 , satu sem . Sebulan Rm300 . Sehari sepuluh ringgit . Okaylah tu .Aku lepas habis makan malam , balik biliklah . Solat isyak . Bukan kat masjid tapi kat bilik . He he he . Janji solat !
Raziq pun balik dari masjid . Jubah dia pakai sama ja . Putih . Mungkin sebab putih tu sunnah kan . Masya Allah !
Satu malam tu , aku saja bagi tahu Raziq satu gosip panas :
“Weyh Raziq , ko nak tahu tak Emma Maembong dah break dengan Zizan . Ada chance la aku ni . Ha Ha . Hmm..ko tak minat ke dengan Emma tu ?”
“Tak minat .”
“Eh , tak minat ? Ko la satu-satunya orang yang aku tanya dia jawab tak minat . Laki lain kalau dengar je nama dia , melting beb . Pastu ko minat sapa ?”
“Aku tak minat sangat artis-artis ni . Tapi aku respect dengan Heliza . Kecantikan dia umpama mawar berduri . Cantik bila dilihat , tapi terluka di jari kalau dipegang. ”
“Bolehlah bolehlah . Ada gak la rupa tu .”
“Is, ko nak tahu tak . Ada sorang orang hebat matematik ni , nama dia Al-Khawarizmi . Dia buat formula untuk kaum hawa ni .”
“Formula apa ?”
“Formula harga diri perempuan.”
“Camne tu ?”
“Formula dia cam ni , kalau seorang perempuan tu ada agama , dia dapat 1 . Bila dia ada kecantikan , tambah 0 dekat belakang 1 , jadi 10 . Bila dia ada kekayaan , tambah lagi 0 dan kalau dia berketurunan yang baik , tambah lagi 0 . Semua sekali dah jadi 1000 . Tapi kalau dia takda yang 1 tu , maka dia hanyalah kosong kosong kosong . Senang cite , tak bernilailah .”
“ Wush , hashtag sentap mak nak . huhu . kiranya perempuan kena ada agama dulu baru dikira bernilai, kan ?”
“Tepat sekali kawanku, dahlah cakap pasal perempuan ni. Kalau sempat bertemu jodoh sempatlah. Kalau tak sempat , ajal je la cam aku.”
“Apa ?”
“Erhh takda apa la . Jom study . Mid sem exam dah nak dekat .”
“Ko ajar aku boleh tak untuk Maths ni . Tak faham la.”
“Sapa lecturer ko, hayat 1 ? Aku hayat 4 Sir Andy . Serious best !”
“Untunglah aku hmm..aku malas nak sebut nama sir tu ..mesti ko tahu sapa.”
“Bertabahlah nak . Nak berjaya ni depend on usaha sendiri. Bukan lecturer.”

…...

Yassin .wal quranilhakim …Aku dah mati ke ? Kenapa aku dengar orang baca surah Yassin ni. Umur aku muda lagi. Takkan dah mati dah. Allahhh..tak puas lagi nak enjoy masa muda ni. Orang cakap muda sekali je.

Aku buka mata . Alhamdulillah, tak mati lagi. Panjang lagi umur aku ni. Rupa-rupanya Raziq tengah baca al-quran . Tengah qiamulail . Habis je baca yassin , dia buat solat sunat tahajud . Aku terdengar dia nangis masa tengah sujud .
Aku tahajud pun tak pernah , inikan pulak nangis masa solat. Lemah betul iman aku.
Aku pun tidur balik …hehe
…..

Kringg kringgg, bunyi jam loceng. Is dalam keadaan mamai tutup jam loceng dan tengok jam . “ALAMAKK.. AKU DAH LAMBAT! ”. Dengan kuasa supersaya , aku pun henshin secepat boleh dari baju tidur ke baju semi formal . “Lambat lambat lambat ..” dah macam Hagemaru dah. Sampai je dekat Tutorial room 1 , aku masuk pelan-pelan . Aku bagi salam dekat Dr. Maya. Dr Maya tanya ,
“Kenapa kamu lambat ? Tengok jam sekarang dah pukul berapa . Kamu dah lewat setengah jam. Baru sem 1 dah tunjuk lagak. Camne kalau dah dekat degree nanti …”
Dr Maya memang seorang pensyarah yang penyayang. Kalau dia tak sayang aku , takdalah dia nak berleter panjang . Leteran tu diakhiri dengan , “Pergi duduk.”
Aku pun duduk . Masa tengah ada kat kerusi . Aku rasa something tak kena .
ADUH ! Aku silap bawa kertas tuto. Ni kertas tuto Maths . Sekarang kelas chemis. Ni punca aku kelam-kabut sangat tadi . Dan bertambah parah… Dr Maya suruh aku jawab soalan dekat whiteboard. Im dead !

“Dr , saya tersilap bawa kertas tuto. Saya bawa kertas maths . Sorry !”
“Haa bagus , dah la datang lambat, pastu bagi alasan tersalah bawa kertas . Bagus ! Pergi duduk.”

Ni hari paling memalukan sepanjang aku dekat asasi ni. Takda orang lain aku nak salahkan . Ni semua salah roommate aku yang alim ‘sangat’ tu . Solat jaga , tapi kawan sendiri tak tolong pun . Aku dapat dia nanti , memang siap arh !
Aku nampak Raziq ada kat luar dewan. Aku pun kejar dia .
“OII Raziq . Pahal ko tak kejut aku ? Ko tahu tak aku kene sound dengan lecturer tadi ! Ni semua salah ko . Kalau kau kejut, mesti aku tak lambat ! Blah la . Alim ‘sangat’ tapi hati roommate sendiri tak jaga ..”

Aku blah . Nak cari ketenangan sikit. Menyampah aku tengok muka dia tu .

…..

“Mana pula si Is ni ? Aduhh , sebersalah pulak aku .”
Raziq mencari-cari mana Is pergi . Dekat bilik takda , dekat CAIS takda , dekat kafe pun takda . Hmm..eh jap . Orang cakap kalau stres tengok pemandangan alam ,  insya Allah hilang rasa stres tu . Dia ni mesti pergi tepi tasik ni . Okay , here I go .

Itu pun dia , duduk kat tepi tasik seorang-seorang . Aku pun duduk sebelah Is.
“Is…Is…Elek ah..tak yahla nak emo sangat..hehe..aku dah kejut ko berkali-kali dah , ko yang tak bangun .”
“Yeke ? Sorry la Raziq, teremosi sikit.. aku malu. tadi kat kelas…kena sound dengan lecturer depan kelas tuto . Haishh malu dorhh…”
“Jadikan kesilapan sebagai pengajaran untuk masa depan.”
“Hmm…betullah mak aku cakap , duduk U ni kena belajar bangun sendiri. Lepas ni aku try bangun sendiri.”
“Cam tulah aku nak dengar, jangan mengharap orang sangat dalam hidup ni.”
“Haahahaha..”
“Eh, kenapa ko gelak tiba-tiba ni ? Dah gila dah ?”
“Takde laa , tadi masa aku cekik ko kat dewan tadi. Muka ko pucat cam mayat .Hahaha..”
“Ade pulak camtu , nasib baik aku tak guna taekwondo aku. Kalau tak dah lebam muka ko kena sepak dengan aku .haha..”
“Eleh , taekwondo konon. Taik kondo ade la..hahaha”
“Hahaha..pape je la.”
“Raziq , aku nak tahu gak , cita-cita ko ape nak jadi doktor . Tapi tambah sikit . DOKTOR AL-HAFIZ !”
“Wow , hebat hebat ! Aku nak jadi doktor juga.”
“Haa , baguslah camtu .Kita struggle sama-sama , kita berjaya sama-sama , kita jadi doktor sama-sama . Boleh?”
“HAHAHA , boleh !!”

…..
Hujung minggu , Sabtu dan Ahad. Rutin harian aku samalah seperti mahasiswa-mahasiswa yang lain. Bukannya belajar . Tapiii tidur .
Best dorh tidur pagi-pagi ni. Qada balik tidur lima hari- Isnin sampai Jumaat.
Pukul 10 lebih baru bangun. Ehemm subuh aku bangun okay ! Aku bangun-bangun je , aku nampak Raziq tengah study . It is scarier to see your roommate study than nightmare ! Aku mandi dan bersiap diri. Lepas tu , aku selalunya pergi sarapan kat kafe. Aku ajak Raziq …dan macam biasa dia akan cakap , “aku tak laparlah, terima kasih sebab ajak.” Tiba-tiba, Zul, jiran sebelah bilik aku, lalu kat luar bilik sambil pandang ‘slack’ kat kami. Aku pun tegur Zul tu,“Assalamualaikum Zul, sidai baju ke?” Dia tak jawab. Muka dia sentiasa cam tak puas hati dengan aku . Tak paham betul aku . Zul ni budak batch 5 tapi kena repeat asasi sebab pointer below 2.0.
Ni mesti nak bajet senior ni. Jangan haraplah nak tunjuk ‘action’ kat asasi ni. Kita semua sama level lah . Budak SBP ke , SBT ke, MRSM ke, Sekolah Kluster ke, semua reset jadi zero balik . Lagi-lagi ko yang repeat ni.
Zul beredar. Raziq bersuara ,
“Sebenarnya aku tak rapat sangat dengan Zul ni.”
“Kenapa?”
“Sebelum ko jadi roommate aku, ada orang lain yang duduk sekali dengan aku, nama dia Fidos. Fidos ni jenis slow-mo sikit . Bendul lagi. Orang selalu gurau kasar dengan dia , lagi-lagi si Zul tu. Satu hari Zul buat something very embarassing to him. Then, terus dia pindah ke kolej swasta dekat dengan
rumah dia. ”
“Zul buat apa?”
“Masa tu petang, Fidos pergi mandi. Zul ni pulak baru balik dari main futsal kat tepi blok M . Pastu , dia dengan kawan-kawan dia plan nak prank si Fidos ni.
Masa Fidos tengah mandi , dorang tutup semua lampu . Gelap la jadinya bilik air tu. Lepas tu , dorang buat bunyi tapak kaki la , bunyi orang mengilai la, bunyi pintu gerak-gerak la…haish macam-macam . Fidos takut. Berlari dia keluar dari bilik air tu..nasib baik sempat pakai towel. Rupa-rupanya, Zul dah tunggu kat luar bilik air dengan pakai kain putih cam pocong . Fidos takut sangat-sangat. Menjerit-jerit dia..dan paling memalukan towel dia tu terlucut. Telanjang bulat la dia. Aku tak dapat nak tolong apa-apa sebab aku dah dekat masjid masa tu. Kesian dia. Menangis-nangis kat bilik. Baru dua minggu , terus pindah. Begitulah ceritanya.”
“HAHAHA ..jahat betul si Zul ni HAHAHA..aku tak dapat stop gelak”
“Haish ko ni, bukannya nak simpati.”
“Ohh, patutlah selama ni dia selalu pandang ‘slack’ je kat aku, dia nak kenakan aku jugak la tu.”      

…..

Aku buka WhatsApp. Tiba-tiba ada budak kelas aku tulis kat group Hayat 1,
 “ Result mid sem dah keluar. Lecturer tampal kat luar Whitehouse.”
Berlari aku pergi Whitehouse. Tak sabar nak tengok result. Aku study all day and night kot. Biasalah , doctor-to-be la nak dikatakan . hehe..
Ramai orang kat Whitehouse tu . Aku pun gunakan kuasa supersaya aku dengan tolak sapa-sapa yang ada kat depan aku sampai la aku dapat tengok dengan jelas markah-markah tu. Okay mulakan dengan result Maths . Alhamdulillah dapat markah tinggi . Lepas tu , tengok result Bio. Alhamdulillah tinggi juga..dan terakhir , tengok result chemis. HAA..macam nak luluh hati aku ni. “50% je aku dapat? This is unbelievable !” Tiba-tiba aku rasa cam nak nangis. Come on , cover sikit macho tu. Ramai perempuan ni. Jatuh la saham kalau nangis depan perempuan.
Aku terfikir nak tengok result Raziq . Aku pergi dekat bahagian kelas Hayat 4. No. Matrik dia aku ingat A1500763. Aku cari satu-satu . Dekat result bio , tapi takda pun no. Matrik dia . Tercicir kot no.matrik dia. Aku tengok bahagian maths, tapi takda dan bahagian chemis pun takda. Biar betul ni ! Mana result Raziq ?

Aku balik bilik. Nasib baik Raziq ada. Aku bagi tahu la result aku okay kecuali chemis . Teruk sikit . Eh , teruk banyak ! Lepas tu, Raziq pun cool down aku dengan sedikit nasihat. Dia tepuk-tepuk bahu aku. “Relax, relax. Cuba lagi. Final nanti ko buat betul-betul.” Aku pun tanya,
“Aku cari result ko dekat kelas Hayat 4. Tapi takdapun. Ko tak jawab ke
mid sem ?”
“Eh jawablah. Ni paper exam aku. Dr Maya bagi masa aku jumpa dia petang tadi.”
Raziq tunjuk paper chemis dia. WOW ! Satu je salah. Itu pun salah sikit je.
“Eh kitakan study sama-sama tiap malam. Camna ko boleh perform banding aku ? Share la tips sikit.”
“Memang betul kita study sekali. Tapi ko tak buat amalan yang aku buat. Aku solat lima waktu kat masjid, ko tak buat. Aku buat solat dhuha , ko tak buat. Aku buat qiamulail, ko buat ‘qiamonline’. Aku baca Al-Quran, ko baca whatsapp. Is , Allah dah berjanji dalam al-Quran ,bila kita ‘bantu’ agama Allah, Allah akan bantu kita (Muhammad : 7). ”

…..
Mulai dari hari tu, Is dah berazam nak berubah. Nak ikut jejak langkah Raziq. Solat 5 waktu dekat masjid, solat dhuha sebelum pergi kelas, kurangkan baca whatsapp dan perbanyakkan baca al-Quran , qiamonline dan juga qiamualail.
Malam tu , Is minta Raziq kejutkan untuk buat tahajud. Dia memang betul-betul nak berubah. Raziq rasa bangga tengok roommate dia dah mula mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Esok pagi, Is solat tahajud . Lepas solat , dia berdoa betul-betul . Dia ingat pesanan Imam Syafie, doa ketika tahajud umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran. Azan subuh berkumandang. Raziq dah bersiap untuk ke masjid. Raziq pergi dahulu, Is pergi kemudian. Sampai sahaja dekat masjid, Is nampak orang tengah solat tapi tak berjemaah. “Eh , kata solat kat masjid berjemaah ,tapi kenapa asing-asing pulak ni ?Dahla tak baca doa qunut. Akhir zaman ni kesesatan berleluasa”. Dalam beberapa minit kemudian, baru iqamah. Is bertambah pelik , “Tadi bukan dorang dah solat , solat apa pulak dua kali ni? Aku ikut jelah.”
Habis solat, Is tanya makmum kat sebelahnya,
“eh sebelum subuh tadi ko solat apa ?”
Makmum tu menjawab , “Solat sunat qabliah subuh. Ganjaran pahala dia besar umpama langit dan bumi. Rugi kalau tak buat.”
“Tak payah qunut ka?”
“Tak payah. Qunut tu solat fardhu subuh je.”
“Ohh..okay..”
Rupanya aku yang jahil ..ish ish ish…

Erh kejap. Mana Raziq ? Tak nampak pun dekat masjid. Dia cakap dia pergi solat dekat masjid. Masjid mana pula ni ? Ni je la satu-satunya masjid dekat UNIMAS. Takkan nak pergi Masjid Desa Ilmu pagi-pagi ni. Hurmmm misteri ni . Apa kata aku tanya budak-budak masjid, kot-kot ada yang kenal dia. Aku tanya makmum yang sebelah aku tu lagi,
“Kenal Raziq tak ? Tak nampak pun dia kat masjid ni.”
“Raziq ? Raziq mana ye ? Haziq ada la.”
“Raziq la bukan Haziq. Roommate kamek. Dia selalu pakai jubah putih.”
“Tak pernah nampak lagi orang pakai jubah putih datang solat sini. Hurmmm..”
“Eh , ko ni pun cam aku, baru first time datang masjid ?”
“Eh tak lah . Kamek pengerusi jawatankuasa pengurusan masjid tuk . Sik pernah nampak sapa-sapa pun yang pakai jubah putih selama ni.”
“Tak mungkinlah. Nya kelas hayat 4.”
“Kamek kelas hayat 4 juak. Kamek kenal semua laki dalam kelas. Sikda orang nama Raziq. Haziq ada la.”
“Hurmm…”

…..

Aku balik ke bilik lepas subuh tu. Aku nampak Raziq dah ada dalam bilik . Tengah baca al-Quran seperti biasa. Aku pun tanya,

“Ko subuh kat mana ,ziq? Tak nampak pun kat masjid tadi.”
“Masuk bilik bagilah salam dulu. Haishh..aku ada je . Ko yang tak nampak aku. Aku nampak je ko tadi. Duduk sebelah budak badan sado tu kan?”
“Ha ah . Ko kenal ke dia?”
“Kenallah , kami satu kelas.”
“Oh, aku dah tau dah. Dia tu menipu je . Cakap takda orang pakai baju jubah putih datang solat. Buta warna kot. Kesian . Muka handsome, tapi buta warna.”
“Hahaha.”
…..

Bila azan je , aku terus pergi masjid solat jemaah . Zohor dan asar , aku tak nampak
pun roommate aku ni. Mana dia ni ? Aku balik bilik . Dia takda juga. Ishhh..aku dah rasa lain macam. Petang tu aku berjalan-jalan kat tepi tasik. Mana nak tahu terserempak dengan dia. Tapi malang, aku tetap tak jumpa dia. Aku kebingungan. Mana Raziq pergi ?

Lepas solat maghrib, aku tengok sebahagian jemaah masjid tu duduk dalam bulatan. Budak badan sado tu ajak aku join sekali. Aku pun ikut je dalam keadaan otak tengah serabut ni. Dorang panggil aktiviti tu sebagai ‘usrah’ . Seorang jadi naqib , naqib tu ketua la . Dia yang conduct usrah tu. Budak sado tu la yang jadi naqib sebab dia pengerusi masjid. Dia pun bercerita tentang agama dekat semua. Banyak input yang aku dapat dari usrah tu. Usrah tu berlangsung sampai isyak masuk.
Usai solat isyak, aku duduk dekat beranda masjid. Memikir di mana rakan sebilik aku pergi. Secara tiba-tiba, Raziq dengan jubah putih yang selalu dia pakai muncul kat tepi aku. Serius terkejut !
Raziq senyum dekat aku lalu dia berkata ,

“Is, aku kagum dengan ko. Aku baru tegur ko sekali. Ko terus berubah kan.
Tahajud ko buat, dhuha, solat 5 waktu on-time and kat masjid lagi .”
“Ziq, cuba ko cerita perkara sebenar , aku dah serabut sangat dah ni memikir tentang ko. Banyak benda yang misteri ni, result ko aku tak jumpa, budak
kelas ko sendiri tak kenal ko, tiap-tiap kali solat,ko takde pun kat masjid. Hari
ni satu hari aku tak jumpa ko. Sekarang ko muncul tiba-tiba sebelah aku. Cuba
ko cerita dekat aku. Ko ni orang ke benda lain ?”
“Hmm..at last, terbongkar juga…sebenarnya , aku hanyalah roh kepada Raziq yang meninggal tahun lepas. Yang Zul pandang ‘slack’ tu disebabkan dia nampak ko bercakap sorang-sorang. Selama ni ko tinggal dalam bilik tu seorang je. Bilik M 30 tu bilik aku dulu. ”
“erhhhhhh…okay *tarik nafas panjang-panjang, hembus..Camne ko boleh mati ?”
“Aku mati kena langgar …dengan Zul.”
“ZUL !? Cuba ko cerita kat aku camne boleh dia langgar ko ?”
“Aku tertidur lepas isyak kat masjid sebab penat sangat. Aku ada latihan futsal untuk generik. Aku bangun-bangun je dah pukul 10.00 malam. Aku dah janji dengan roommate aku nak ajar dia maths lepas isyak. Aku dah gelabah. Aku takut dicop dengan ciri-ciri munafiq , ‘…bila berjanji, dia memungkiri…’ . Aku lari pergi balik bilik M 30. Aku tak perasan ada kereta Myvi dari belakang...dan…hmm..aku kena langgar betul-betul kat depan Sispa tu.kepala aku cedera parah. Zul mengaku salah dia sebab bawa kereta sambil main fon. Dia bawa aku pergi hospital umum dekat Kuching. Aku koma untuk beberapa hari. Lepas koma, aku tersedar tapi aku dapat rasa ajal aku dah nak sampai. Aku nampak kawan-kawan aku dekat keliling katil, tengah baca yassin. Ada roommate aku sekali . Dalam keadaan nazak , aku minta maaf
kat dia sebab mungkir janji. Dia maafkan aku. Kawan-kawan aku ajar aku mengucap dua kalimah syahadah…aku pun mengucap dan menghembus nafas terakhir kat pangkuan kawan-kawan aku.”
“Tskk…tskk..erh ko dah janji nak berjaya sama-sama dengan aku kat tepi tasik tu . Ingat tak ? Ko kena tepati janji tu ! Ko kena ajar aku chemis ! Tsk..tskk..”
“Is, kan aku dah cakap kat bilik , bila kau ‘bantu’ agama Allah, Allah akan bantu kau. Sekarang ko dah ‘bantu’ agama Allah . Ko dah buat semua yang aku suruh.
Insya Allah, pertolongan Allah akan sampai jua..aku pergi dulu…sahabat..
Assalamualaikum..”

Raziq hilang dari pandangan Is.

“Terima kasih , Raziq . Sebab membawa aku kembali mengenal Tuhan..
terima kasih ..”
….

Pappp…*bunyi gunting potong

“ADOOOIII , SAKIT DOKTOR ! ”

Menendang-nendang adik Wan, kesakitan. Jururawat yang hanya dua orang pada mulanya , bertambah jadi empat orang . Disebabkan adik Wan bersaiz yang agak besar , terpaksa Dr Is panggil jururawat lagi dua orang.
“Eh , saya tersalah potong. Takpa , takpa . Kita gam balik.”
“DR INGAT KERTAS KE MAIN GAM-GAM NI ! SAKITTT MAKKK! ”

Tiba-tiba , ada satu suara terdengar kat telinga Dr Is.

“Hahaha..Is , Is …kau dari dulu perangai tak berubah-ubah .
Kelam-kabut selalu. Lain kali relax buat kerja tu. Dr mana boleh kelam-kabut..hahaha..”

“Eh..Raziq ! Cita-cita budak ni sama cam ko laa. Sebab tu aku tergamam tu.”

“Baguslah . Bukan senang nak jumpa orang nak dunia tapi tak tinggal akhirat .”

“Auchhh..”       

Ulasan

  1. Haha..SubhanAllah , best cerpen ni, moga siapa yang membacanya tersentuh dan balik kepada jalan yang benar . GOOD JOB !

    BalasPadam
  2. Woori Casino Login - Play on Mobile or Desktop
    The Woori Casino App will be available at Woori Casino on a mobile or desktop basis. To play on our apr casino mobile or desktop, 1xbet app you septcasino can https://octcasino.com/ also play with your desktop https://septcasino.com/review/merit-casino/ browser,

    BalasPadam
  3. Semoga iktibar dr ujian dan teman biah islamiyah menjadi asbab yg kuat untuk terus istiqamah dalam mendekatiNya.. Insyallah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...

Travel to Turkiye

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Maaflah berhabuk sikit blog aku ni. Kali terakhir rasanya tulis blog kalau tak silap dua tahun lepas. Sekarang ni dah masuk tahun 2025. Itu pun pasal berjalan ke Patani. Aku ikut Mamu masa adik kepada kakak ipar dia yang merupakan orang Patani kahwin. Banyaklah ibrah yang aku dapat daripada perjalanan ke Patani hari tu. Kalau kau orang nak baca, boleh tengok di post sebelum-sebelum ni.  Untuk post kali ni, aku nak berkongsi tentang ‘Travel To Turkiye’ selama lebih kurang 10 hari. Sebenarnya, tak sampai 10 hari pun. Hari kesembilan tu kami pergi ke Oman. 10 hari ni termasuk perjalanan dari KLIA dan sampailah ke KLIA balik. Plan nak ke Turki ini bukannya dalam masa sebulan dua tau. Kami plan sejak mak belum pencen lagi. Rasanya bulan 5 lagi kami dah bagi nama untuk pergi ke Turki. Travel kali ini aku ikut kawan mak, Mak Cik Fatiah. Mak Cik Fatiah dulu satu sekolah dengan mak. Lepas tu, dia berpinda...