Langkau ke kandungan utama

Fifth semester : Haziq Si Loner


Fifth semester : Haziq Si Loner


Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh dan salam sejahtera you all.
Sebenarnya aku malas nak tulis blog ni. Makan banyak masa weyh. Ingat main tulis-tulis je ke. Tapi hobi kan setiap kali keluar result aku tulis blog. Dari pointer naik sampai ke langit sampailah pointer jatuh tergolek, semua aku tulis. Takpalah. Semoga tulisan aku ni dapat dimanfaatkan dan menjadi pahala berterusan untuk aku. Amin.
Seperti apa yang aku tulis untuk entri: fourth sem- revenge, kata-kata dari Abuya Hamka,
" Aku akan mati tapi tulisan aku akan hidup sampai kiamat."
Ditambah lagi dengan kata-kata oleh seorang ulama, al-khandalawi (tak ingat nama penuh),
“Orang bijak ialah orang yang nafasnya sudah berhenti tapi amalannya berterusan sehingga kiamat.”
Siapa yang baru baca blog aku, diingatkanlah, muqadimmah setiap entri aku panjang berjela, lepas tu baru masuk tajuk. Kenapa aku buat camtu?
Haa, baca entri aku yang lepas. Ada sebab aku buat camtu. Ikut cara ulama menulis.
Baca la erk.
Haa, cam entri sem lepas, aku tulis “semester paling busy, paling mencabar dan paling palat..”. Rupanya, makin lama makin mencabar and palat weyh tapi sem ni tak busy sangatlah. Kelas aku dua hari je beb. Khamis and jumaat je. Rabu koqu. Tu pun main futsal. Bukannya nak kena belajar apa sangat. Dapat lak instructor yang leklek. Perghh.. padu weyh. Senang-senang je dapat A-. tapi A- la. Aku ingatkan A. Rosak pointer gak A- ni.
Okay let we beginnn...

STORY OF MY FIFTH SEM !


Semester ni berbeza dengan semester-semester lain sebab aku stay luar. Second time. Erhh.. haa camni citer die. Aku masa sem 3 kena kick kolej. Dah la kolej tu nama aku beb.
BRC= Bin Roslan’s College. Haa, kira nama aku la kan.

AKU TERMOHON SAKURA ! APELAH SAKAI SANGAT ! SAKURA TU KAN KOLEJ PEREMPUAN. APUUUUU !!!


Then minta cempaka. Hmmm tak dapek. Alasan dah padu dah. Dulu masa rayuan sem 3 dapat kolej dengan alasan, “handsome”. Approved kot ! HAHAHA


Nak stay kolej bukan apa. Nak kena ulang-alik PITAS. Biasalah jadi tok siak. Kena buka lampu. Lipat sejadah. Bersihkan tandas masjid. Haa tu tipu. Dah tak dapat kolej. Maka, aku minta dok rumah sepupu aku tu balik. Alhamdulillah approved. Dah la tak kena bayar sewa. Duit bil elektrik tak kena. Sepupu aku tak bagi aku bayar. tapi bil elektrik Rm 10+ je. So tak perlu bayar. Kerajaan bayarkan. Cuma minyak moto jer la. Rm 5 dalam tiga hari. Pastu kena hadap dengan panas hujan. Aku anggap tu as challenge, not as problem. Apalah sangat ujian tu. Ada member aku berjalan dari Academia ke UNIMAS tiap hari. Lagi legend.
Tapi rumah aku lagi jauh la. Otw ke Warung Kak Darot. Berbekalkan Y satu suku ZiqRos (Y15ZR). Kelajuan tak selaju kilat tapi tak selambat kura-kura. 10 minit jugak dari rumah ke UNIMAS. Memandangkan aku stay luar, tak dapatlah nak pergi PITAS waktu selain maghrib isyak. Before this, pagi-pagi bangun subuh. Angkut si Syahrin. Pastu jumpa Adzhar dekat PITAS. Dan kami bertigalah tiap subuh di PITAS. Alhamdulillah. Makin ramai solat subuh. Bukannya oranglah, malaikat. huhu
Keluar dari rumah ke UNIMAS pagi-pagi lepas pukul 8 cam tu, pastu balik rumah balik pukul 9 malam. Tu belum tambah lagi dengan usrah, meeting, group discussion and lain-lain aktiviti yang menyebabkan aku kena balik lagi lewat. Pernah balik pukul 12 beb. Kawasan aku stay tu dah la kampung. Fush. Hantu tu tak takut sangat la. Aku takut orang perangai hantu je. Kadang-kadang terpaksa tidur mana-mana surau kalau lewat sangat atau hujan lebat. Nak citer pasal rutin seharian aku tu japgi aku citer. Haa, cakap pasal stay rumah sepupu ni. Aku stay sorang-sorang beb. SORANG-SORANG !
Macam-macam cerita aku dok rumah sorang-sorang ni. Suka duka, pahit manis, seram sejuk… perghhhh tak sangka pulak aku dapat tempuhi sampai satu semester.
Citer pasal pengalaman manis dulu :
-kat rumah tu besar, dapur dia dah boleh buat street soccer. So aku boleh masak.
*masak telur dan masak nasi je aku tahu. itu pun awal-awal rentung telur aku masak. Untuk kelangsungan hidup dan menjimatkan duit, nasi + telur mata kerbau + kicap = makanan rutin tiap pagi aku.
kat dapur tu ada peti ais. Pastu mak long aku tu pergi beli pulak sayur-sayur dengan harapan aku akan masak. Tapi sebaliknya lah. Potong bawang pun aku tak reti. Inikan pulak sayur-sayur lain. At last, berbulan-bulan dalam peti sejuk tu, aku tengok cam tak elok dah sayur tu, then ke tong sampah la jawabnya.
Dapur yang luas ni membolehkan aku jogging and workout. Pak arab pernah menyebut,
“aqlu salim fi jism salim” = “akal yang sihat dari badan yang sihat”
Sebab tu la aku tak tinggal exercise tiap pagi. Lepas subuh tak tidur. Kadang-kadang je kalau penat sangat. Kalau tertidur pagi-pagi tu, rasa cam otak lembab sepanjang hari. Bila exercise ni, memang la badan penat tapi otak tak rasa lembab. Tengahari baru tidur. Qailulah. Fresh weyh lepas tidur tu.
Depan rumah aku ada curry house and kedai minimarket. Kalau jemu makan nasi + telur, aku pergi makan luar. Rotcai sekeping dua. Kat minimarket boleh beli roti + kaya + jem.
Surau pun dekat dengan rumah, boleh la pergi solat subuh. Kadang-kadang ustaz tak datang, maka orang kampung minta aku bagi tazkirah. Ushhh…dorang ni dah la cakap pekat sarawak. Aku pulak pelat sikit cakap sarawak ni even bertahun lamanya dah kat sini. Tapi takpa. I accept the challenge. Ada satu hari tu, memang aku tak prepare apa-apa. Pastu ustaz tak datang. Mati lah nak. Mesti dorang suruh aku bagi tazkirah ni. Aku pun bagilah tazkirah. Cakap keyyel dari awal sampai abis. Kelajuan bercakap sama laju dengan kelajuan Roberto Carlos rembat bola. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. TAPIII..masa salam-salam tu, ada sorang pakcik tegur. “Ktak iboh klaka laju gilak. Kmekorg sik paham. Orang kampung bah.”
Baru aku tahu, orang kampung ni selow sikit dengan keyyel. Noted. Klak mun kmek berik tazkirah, kmek klaka sarawak jak. huhu.
Kalau kat kolej, kene berebut dengan housemate nak basuh baju, kat rumah ni aku takde la nak berebut dengan sapa-sapa. Hahhhh tu heaven. Aku ni jenis pembersih weyh. Boleh dikatakan tiap hari basuh baju. Lepas pakai sekali terus basuh. Common lelaki pakai dua tiga kali baru basuh. Aku rasa lemaih la kalau pakai baju tak basuh ni. Masalah timbul. Memandangkan aku stay luar dan balik malam je. Sape nak angkat baju kalau hujan?
Hmmm. tak boleh buat apa la. Kena basuh balik la kalau hujan. hmmm..tu kadang-kadang pikir. Kan bagus kahwin je. Balik rumah ada orang sambut. Bagi air ke. Pastu makan pakai semua terjaga. Haaa..okay semua tu angan-angan je. Duit apa pun tadak. Nak bagi anak dara orang makan pasiaq?
Okay now nak cerita kisah seram lak. Sejujurnya, sapa rasa dia kental fizikal mental je boleh stay sorang ni. Macam-macam dugaan weyh.
Pernah satu hari tu aku balik cam biasa. Malam. Lepas mandi semua. Tengah study kat bilik. Tibaaa-tibaaaa…aku dengar ada orang ketuk pintu.
Aku dah berdiri nak keluar buka pintu tu. Pastu aku terduduk balik.
Sambil berfikir.
“Camna boleh ada orang ketuk pintu sedangkan aku dah kunci gate?”
hmmm…
Aku terdiam. Otak ligat berfikir. Masih mencari solusi siapa yang ketuk. Kalau sepupu yang ketuk, dia ada kunci spair. Buat apa dia nak ketuk. Buka je la pintu tu. Ataupun call aku ke. Aku masih terdiam.
Dah beberapa detik. Aku sambung study sambil jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang. Erh tu lirik lagu.
Tiba-tiba…
Pintu dapur pulak dengar ada orang ketuk. HMMMMMM…
Maka tamatlah waktu study aku malam tu. Aku tutup laptop. Kemas meja. Tutup lampu. Dan tidur terus sambil mulut terkumat-kamit baca ayat-ayat al-quran.
Esok lepas subuh, surah al-baqarah terus aku baca. Surah ni Nabi bagi tau siapa baca kat rumah syaitan tak berani kacau. That’s why orang masuk rumah baru selalu minta budak tahfiz datang rumah baca surah ni. Dan alhamdulillah berkesan sebab takda gangguan lagi malam berikutnya.
Erh ada satu kes lagi.
Aku tengah study sama cam cerita tadi.
Tibaaa-tibaaaa…aku dengar bunyi baby nangis. Nak ikutkan mana ada baby sebelah rumah aku. Sebelah kanan rumah aku rumah kosong. Sebelah kiri pulak takde baby lagi. Hmmmm
Baby mana pulak nangis ni. Masa tu aku nak keluar rumah dah. Ingatkan ada orang buang bayi depan rumah. Dah lama lepas tu. Suara baby tu hilang. Dan aku pun tutup lampu . Pastu tidur. Dan esok pagi baca al-baqarah lagi.
Nak share tips sikit dengan you all. Selalu baca al-baqarah kat rumah. Alaa 49 pages je. Lagi satu, jangan tinggal mathurat. Banyak ayat ruqyah dalam mathurat tu. Untuk pendinding diri kita jugak.
One more, jaga mulut. No doubt that in our life, we are not only living with human, but there are many other Allah’s creature around us. They can see us but we cant. So mulut tu jaga. Jangan acah gempak sangat tapi jangan rasa noob sangat. Kena rasa so-so je.
Setiap sem ada cabarannya tersendiri. Okay now aku nak share dengan korang cabaran and dugaan sepanjang sem 5 ni.
1. FYP
Ni cabaran terbaru. FYP ni untuk budak final year je. Ada yang senior repeat untuk FYP ni je semata-mata. Allahuu. Tak nak la kena repeat ke extend ke. Aku tak nak membazir masa. FYP ni susah ke senang ke depend on ko punya effort. Kalau effort ko banyak, senang la. Kalau buat kerja last minit, memang kelaut la result FYP tu. So, jangan buat kerja last minit. Jangan bertangguh. Repeat. Jangan bertangguh. Bagi aku, kalau bertangguh ni cam aku kalah dengan godaan setan la. That’s why FYP aku siap awal. Sebelum presentation FYP, aku dah siap lama dah. Berapa kali aku jumpa SV aku, Prof Chen. Nasib baik la dapat SV cam Prof. Mudah betul FYP aku siap. Prof support padu beb. Wassap dia semua cepat je reply. Lagi cepat dari member ko reply. Aku selalu pikir. Prof ni busy tapi reti reply. Member aku (certain) takda la busy mana tapi reti bluetick je.
2. Assignments syusyah
Assigments sem 5 ni susah. Tapi tak boleh challenge la dengan susahnya assignment ANN. Tu memang koyak teruk la. Arhhh malas lah aku nak sebut dengan ANN ni. Sebab ANN la pointer tu kelaut sem 3. Assignment paling susah untuk sem 5 ni bagi aku subjek ergo. Sebenarnya, dia tak susah. Cuma pening dengan task description. Erh susah gak. Dengan lecturer strict. Kena buat apps tu paling gila sekali. Nasib baik groupmate aku reti guna Android Studio. Fuhhhh settle la assignment Ergo dengan jayanya. Assignment kedua susah CG. Entahlah. Allah cam mudahkan. Sebab aku selalu jumpa Dr Razak. Lecturer CG. Pastu aku selalu minta Dr Razak doakan aku. Dr cakap. “May Allah help you”. Aku dapat buat Lab Test, assignment individual and group. Susah tapi Allah mudahkan. Search je jumpa. Benarlah kata Imam Muhammad Bin Idris, atau femes dengan nama Imam Syafie, “suhbati ustazi” yang bermaksud “bersahabatlah dengan guru”. Paling terkesan dekat aku, sebelum exam final aku jumpa Dr tanya pasal apa beza Goroud and Phong. Pastu keluar soalan tu masa final. Allahu. Lagi satu, Dr selalu sebut, “You all my clever student”. Tiap kali Dr cakap cam tu, aku sebut aminnnn. Tak la kuat-kuat. Doa guru untuk anak murid ni bagi aku sama cam doa ibu bapa untuk anak. Alhamdulillah dapat A untuk CG. Last la untuk section assignment ni. Untuk HOB, aku masuk kelas Dr Sofiah. Ramai kawan aku tukar kelas masuk kelas lecturer lain sebab dorang cakap Dr Sofiah ni strict. Aku still stay kelas tu sampai abis sem. Dalam kelas aku contribute. Jawab soalan Dr. Lepas kelas cam kelas-kelas subjek lain, aku say thanks to lecturer. Dr sampai ingat nama aku and sebut nama aku tiap kelas. Haishh segan la jugak kan. Tapi aku ikut pesanan Imam Syafie yang aku tulis tadi. Masa tengok carry mark. Tinggi weyh. Kalau nak kata Dr bias, tak mungkin la sebab Dr tak tahu siapa yang Dr key in markah. Sebab masa dia key in tu aku jumpa Dr.
Erh jap sebelum stop part assignment. Ada satu projek kena buat untuk PM. Tapi sebelum citer pasal PM. Ada satu peristiwa. Which is MPP . wuuuu
3. Yemm PI PI

MPP ni aku tergerak hati masa sem 2 lagi. Masa tu nak minta untuk Persatuan Mahasiswa FSKPM. Pastu call mak. Mak terkejut sebab ingatkan aku nak minta MPP. Pastu aku explain la, bukan MPP tapi PM je. Oh, mak cakap bagus juga kalau minta MPP. Boleh buat perubahan kat UNIMAS. Tu la catalyst yang buat aku rasa nak mohon MPP dari first year lagi. Masa second year join PM FSKPM @ PESAKMA. Kami tukar nama sebab tak sedap nama PM tu. Then aku azam, kalau result elok and aku perform untuk Pesakma ni, aku nak mohon MPP. Alhamdulillah. Dapat result okay and Pesakma pun aku perform juga. Pastu intern tu aku azam lagi, kalau aku dapat lepaih intern ni, aku nak mohon MPP. Bukan apa, masa intern tu semua pekerja perempuan. SEMUA TAU ! Bos je laki. Itu pun datang pagi dalam 30 minit then pergi kerja betul dia, akauntan kat bank apa tah. Aku dapat lepasi masa intern dengan jayanya. Wuuuu..
So masuk sem 5 ni, aku tanya pendapat ramai orang. Mak, abah dan senior-senior termasuk mantan MPP. Dorang semua bagi respon positif. Except Dr Halim. Dr cakap kalau masuk tu bagus cuma Dr takut result aku down. Tapi mostly semua lecturer yang aku tanya cakap benda sama.
Aku bulatkan tekad. Mohon juga MPP tu. Dah hantar borang semua. Makes story short. Hari pencalonan. Aku minta Afi dan Kucai jadi ejen calon. Dah habis pencalonan. Petang tu ada bief in. Rupanya result exam kami and borang tu dorang letak kat depan Dewan Kristal. Allahu. Maka semua orang boleh tengok result aku masa tu. Dah brief in semua. Then kami dah boleh mula berkempen.
Banyak benda yang jadi sepanjang kempen ni. Tapi aku terpaksa ringkaskan sebab malas lah nak cerita. Buat sakit hati ja. Hutan terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu.
Ada dua mesej yang aku dapat yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang.
First sekali, ada sorang reply story aku, pastu dia dengan jujurnya cakap,
“Ko minta lah tolong orang lain. Calon aku _____________.”
Tak sangka pulak kawan yang aku kenal dari asasi dan aku selalu tolong dia boleh cakap camtu. Patutlah aku nampak sekumpulan ni cam tak support aku. Kenapa erk? Aku ada buat salah ke? Bertahun kawan tapi tak support? Aku rasa aku selalu tolong dorang. Support dorang. Tapi kenapa masa aku perlukan dorang, cam tiada siapa yang nak tolong aku. At least, viral poster aku pun dah okay. Tapi memang takde. Allahu.
 Benarlah kata pujangga,
kawan tika suka, ramai.
kawan tika duka, tiada.
Satu lagi, personal mesej yang paling aku tak sangka aku dapat dari sorang yang aku rasa aku rapat. Sehari sebelum pengundian. Dia tulis,
“ Ko jujur dengan aku, ko nak masuk MPP ni sebab ko nak bagi cantik resume ko kan?”
Ingat lagi, masa tu nak solat asar, aku ada kat PITAS. Aku terdiam. Aku tak sangka mesej tu aku dapat dari sorang yang aku rasa aku cukup rapat. Rupanya dia ingat aku nak masuk MPP sebab bagi cantik resume je. Allahu. Aku masa tu sangat positif. Aku anggap dia bergurau ja. Tapi sampai sekarang hubungan kami dah tak seerat dulu. Dia yang cam menjauhi aku. Sedangkan aku kalah dah weyh. Apahal nak menjauhi aku pulak?
Okay esok pengundian dan aku tak dapat. Hanya 2722 undi saja. Yang lain 4000+ undi. Masa sebelum pengumuman tu dibuat, aku call mak. Mak cakap kalau MPP ni buat aku jauh dari al-quran, lebih baik tak payah dapat. Dikala orang lain sebut good luck, all the best. Mak contra pulak.
Alhamdulillah tak dapat. Dan aku makin rapat dengan al-quran. Impian utama aku nak first class degree and hafal 30 juzuk masih tak pudar. Result aku sem ni dikala orang cakap target lulus. Allah bagi aku cemerlang. Allahuuuu…banyak hikmahnya tak dapat MPP ni.
3. Project Management
Lepas dugaan tak dapat MPP, aku menghilang seminggu. Sabtu ahad tu aku balik KL sebab sepupu kawin. Bukan tak boleh terima kenyataan, tapi aku segan jumpa orang. Dorang ingat aku dapat MPP. Siap masa aku tengah study kat CAIS orang tegur lagi.. haishh segan nya aku. Lepas balik dari KL, aku baru semangat balik.
Tutup buku pasal MPP. Buka pulak citer pasal PM ni. Projek yang kami kena buat is kena buat projek komuniti di Pulau Salak. Progress untuk PM ni sangatlah berliku. Dengan Dr ni banyak songeh pastu ramai yang cam ambik endah dengan kerja masing-masing. Aduhhh panas betul. Aku berapa minggu duduk kat IBS tu buat paperwork balik pastu naik turun bilik dekan. Pastu dah settle semua kerja. Dr suruh bagi surat jemputan dekat TNC. Kena pergi Canselori. Kena terangkan dekat PA dia pasal program ni. Pastu kena contact balik PA dia. Esok tu baru PA dia jawab. AND TNC DATANG.
Masa aku kat IBS tu, untuk kali ke berapa entah. Ada sorang hamba Allah ni mengamuk tak pasal-pasal. Aku masa tu tengah demam beb. Dan aku dari CAIS baru lepas habis discuss protokol dengan Afiq. Tentatif tu aku yang buat. Afiq buat que sheet je. Aku tak marah balik. sebab tengah demam kan. Pastu aku duduk kat sofa and tertidur. Dr balik dari lunch and tanya macam-macam kat aku sedangkan aku dah bagi tau dah semua benda pasal apa yang dia tanya tu. Hmmm…
Yang minah ni tak tau bad mood apa entah nak marah orang. Yang peliknya, dia ketua poster pastu dia buat keja sorang-sorang. Syu tanya dia, mana yang lain, dia jawab kawan-kawan dia lain ada assignment nak kena buat. Dia cakap lagi , “Ingat ______ takde assignment ke nak kena buat.” Haa pahal ko nak marah aku, member ko yang tak datang ko target aku pulak.
Pa*** betul.
Seminggu sebelum hari kejadian, tiap hari aku pergi IBS.
TIAP HARI !
Masa hari kejadian, semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Except video tak tayang and explorace sebab hujan. Yang lain okay la. Budak-budak Pulau Salak pun enjoy.
Haaa,, sepanjang before projek ni seriously aku memang stres. Dok kat rumah sorang-sorang lagi. Macam-macam aku pikir.
Pastu post mortem. Aku cari tempat yang sesuai nak kumpul. Buat surat semua. Then post mortem. Mula-mula okay. Tapi dia mula jadi panas bila minah tu bangun and cakap,
“PENGARAH DO NOTHING !!!...” dan panjang lagi minah ni membebel…
Fuh aku dari berdiri terduduk beb. Penat aku cam sia-sia je.
Nak berdendam dengan dia ni pun takde guna sebab dia taguna.
Let bygone be bygone. Biarlah dia cakap apa saja. Forgive and forget.
ALLAH maha mengetahui. ALLAH maha melihat. Allahu tahu segala apa yang aku buat.
Yang aku kecewa tu, takde sape yang nak backup aku tu. Syadih weyh syadih..
Hmmm..it’s okay. Janji big project dah bereh.

Itulah serba sedikit cabaran yang aku lalui untuk sem 5 ni. Erh jap.
Orang selalu tanya pasal rutin hidup aku. So untuk sem 5 memandangkan aku stay luar, rutin hidup aku beza sikit.
Rutin Hidup Budak Luar
Pagi bangun pukul, then 445-500 qiamulail.
Pesan ustaz auni, jangan tinggal dua solat : tahajud and dhuha.
Pastu subuh kat surau depan rumah. Balik rumah baca mathurat and baca al-quran sikit.
Abis baca al-quran, exercise dalam 15-30 minit. Pastu, buat sarapan and makan. Abis sarapan sambil tengok berita TV1, mandi basuh and baju. Pastu sidai la kan.
Then buat dhuha 4 rakaat. Abis dhuha shoot to Cais. Lepak cais dari 8+ sampai 12.
Pukul 12 pergi PITAS and qailulah. Then aku akan dikejutkan dengan azan zohor ustaz wan.
Abis solat baca al-quran sikit. Pastu study atau buat assignment kat mimbar PITAS atau gerak Cais. Ada kipas. Sampai asar. Pastu lepas asar, samada baca buku atau buat assignment dan dinner.
Tapi rutin aku pergi PITAS ni ½ sem pertama je. lagi ½ aku tidur kat Cais untuk qailulah and zohor pastu sambung study kat Cais.
Maghrib tu, kalau petang riadah, aku mandi kat PITAS. Kalau tak riadah, prepare at Pitas. Solat maghrib + isyak pastu balik rumah. Haa kiranya keluar rumah pukul 8+ pagi. Balik rumah pukul 8+ malam. Style kan. Struggle makes you stronger, guys !
Balik rumah. Mandi pastu study. Then pukul 10.30-11.00 waktu aku tidur. Haaaa. That’s all rutin hidup aku. Aku memang keja tidur awal sebab aku nak bangun awal.
Dapat dating dengan Allah dikala orang tengah tidur is owsem. Ni lah sumber kekuatan utama aku. Doa itu kan senjata mukmin. Tapi orang still percaya usaha dia punca dia berjaya. Silap lah geng. Doa pertama, kedua baru usaha. Baru ko sedar ko hanya hamba. Lagi banyak berdoa, lagi banyaklah kena usaha.
Lagi satu, orang selalu study malam-malam. Masa tu bagi aku tak sesuai sebab dah penat. Bayangkan enjin kereta dah panas pastu kita push lagi. Lama-lama akan rosak, kan?
Begitulah enjin badan kita, lama-lama akan rosak jugak.
Pentingkan kualiti bukan kuantiti. Kualiti masa belajar. Kualiti masa beribadah.
Bukannya kuantiti. Study berjam-jam pada waktu yang tak sesuai.
Hmmm.. kalau korang rasa bagus, baguslah. But not for me.
Ada tiga benda yang aku nak emphasize kat korang :
1. Rapat dengan lecturer
Alhamdulillah, sem ni semua lecturer yang ajar aku kenal aku. Siap berapa kali kena aim dekat kelas. Sampai aku tak buat apa-apa pun kena sebut nama lagi. Haishh..
2. Minta doa dekat semua lecturer
Aku minta doa dekat semua lecturer beb masa final lecture week study week. Cam aku tulis kat atas tadi. Doa lecturer ni makbul. Tapi aku tak tahu kena orang pandang enteng. Aku percaya kejayaan yang aku dapat bukan kerana usaha aku semata-mata. Semua atas doa mak abah and lecturers aku. Kalaulah usaha aku semata-mata. Mana mungkin. Tak pernah stay up tapi boleh dapat result gempak. Study pun kejap-kejap je. Lepas sejam study satu subjek tu. Memang mengantuk dia tak boleh nak runding. So, tiap sejam rest pulak. Pastu lepas rest study balik. Tapi dalam sehari aku usahakan untuk study semua subjek la. Biar sikit asalkan istiqamah. #istiqamahsehinggakemenangan
3. Banyakkan baca al-quran
Aku perasan result bila final masa bulan ramadhan insya Allah perform. Ikutkan masa ramadhan lagi sikit aku study. Serious. Lepas terawih tu. Allahu. Penatttt nyaaaaa…Study kejap je. Pastu tidur. Tapi aku banyak baca al-quran. Bulan ramadhan kan. Bulan diturunnya Al-Quran.
So, aku buat benda yang sama. Banyakkan baca al-quran.
Hmmm…aku nak cita benda ni, tapi cam secret lak. Hmmm., parents aku semua tak tau benda ni. Tapi tak pa lah. Aku citer je. Mana tahu, korang pun dapat ibrahnya.
Aku pergi satu maahad tahfiz ni. Baru buka kat samarindah. Yang ajar tu nama dia Ustaz Fazli. Baru ja maahad tu dibuka. Sebelum ni rumah tu jadi rumah perlindungan mualaf @ Baitul Ikhtimam. Tempat aku ajar budak mengaji. Lepas tu, tuan rumah tu nak jadikan tempat tahfiz pulak.
Then aku pun pergi maahad tu tiap hari isnin, selasa atau khamis/jumaat. Ikut waktu aku free. Sebab kadang-kadang ada kena jumpa SV la atau aral-aral lain yang melintang.
Alhamdulillah. berkat tak dapat MPP tu. Makin rapat dengan al-quran. And aku dah hantar kat ustaz surah sampai al-ahqaf. Target aku paling kurang sebelum grad dapat 10 juzuk.
Doakan ye.
Inilah serba sedikit cerita tentang sem 5 aku.
Semoga kalian yang membaca dapat mendapat iktibar dan ibrah dari pembacaan blog aku ini.
Semoga Allah meredhai kita semua.
Sekian, Assalamualaikum.
Fi amanillaah…






  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...

Travel to Turkiye

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Maaflah berhabuk sikit blog aku ni. Kali terakhir rasanya tulis blog kalau tak silap dua tahun lepas. Sekarang ni dah masuk tahun 2025. Itu pun pasal berjalan ke Patani. Aku ikut Mamu masa adik kepada kakak ipar dia yang merupakan orang Patani kahwin. Banyaklah ibrah yang aku dapat daripada perjalanan ke Patani hari tu. Kalau kau orang nak baca, boleh tengok di post sebelum-sebelum ni.  Untuk post kali ni, aku nak berkongsi tentang ‘Travel To Turkiye’ selama lebih kurang 10 hari. Sebenarnya, tak sampai 10 hari pun. Hari kesembilan tu kami pergi ke Oman. 10 hari ni termasuk perjalanan dari KLIA dan sampailah ke KLIA balik. Plan nak ke Turki ini bukannya dalam masa sebulan dua tau. Kami plan sejak mak belum pencen lagi. Rasanya bulan 5 lagi kami dah bagi nama untuk pergi ke Turki. Travel kali ini aku ikut kawan mak, Mak Cik Fatiah. Mak Cik Fatiah dulu satu sekolah dengan mak. Lepas tu, dia berpinda...