Langkau ke kandungan utama

Sem 6 : HAZIQ ALL-OUT ! (selagi Allah redha)


HAZIQ ALL-OUT ! (selagi Allah redha)

ASSALAMUALAIKUM DAN HELLLOOOOO MALAYSIA !
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis lagi. Ni Allah rezekikan masa untuk aku. Bukan senang weyh nak menulis ni even rasa cam senang je, tapi takkkk. Makan masa berjam-jam jugak.
Haaa, cam biasa, aku nak tulis cerita hidup aku sepanjang sem 6. Sama cam post-post yang lepas. Setiap habis sem, aku tulis cerita pasal hidup aku sepanjang sem tu. Masa asasi dulu tak sempat nak tulis semua. Rasa takda motivasi nak tulis. Sebab rasa cam syok sendiri kan. Tapi bila dah masuk degree ni. Baru perasan. Biarlah orang tak baca pun, nanti aku boleh muhasabah diri balik bila baca post-post yang lepas. Selalu aku pikir bila baca balik post yang lama, camna aku boleh harungi sem tu. Sedangkan tak habis-habis koyak dengan group assignment, mid term exam cam ape entah dan final exam kelaut. But IM SURVIVE !
Aku nak mulakan dengan peristiwa sebelum masuk sem 6 lagi.
Masa nak register course tu.
Registration Course
Cuti antara sem 1 and sem 2 kejap je. Dalam dua minggu. Tapi aku abis exam awal. So jadi tiga minggu la. Sempat la join PMG Penang’19 as a faci. Cam biaso lah. Tapi ni kali terakhir kot aku jadi fasi PMG. Kasi can kat junior lak. Asyik muka aku ja. Okay patah balik ke tajuk asal. Masa registration course tu, aku pergi food hunting pulak hari tu. Registration bukak pukul 12 tengah hari. Aku pun craving nak makan nasi beriyani & ayam tandoori kapitan. Favouritee ni. Since childhood. Bile tulis ni pun terasa lapar. Tengah puasa kan. 29 ramadhan 1440H. Tengah relax dok makan masa tu, aku pun tengok jam. Dah pukul 12. So, aku pun pergilah bukak e-pelajar unimas. TIBA-TIBA…system breakdown. Ramai sangat orang la tu. Aku pulak guna mobile data je. Memang slow la nak daftar. And one more, dorang upgrade system pulak dah. Pening aku tengok system baru ni. Masa aku last sem jugak la nak upgrade system. Haish. Tapi aku tak kalut lagi masa tu sebab ramai yang tak dapat daftar. Fuhhh lega
Lepas zohor, bukak je laptop. HMMM…banyak dah kelas full. Ada kelas hujung-hujung jadual je. Kelas khamis and jumaat je. Taguneeee tul. Ingatkan ramai yang tak daftar lagi. Ni ape sampai kelas banyak full ni. So kelas jumaat aku full dari 8 pagi sampai 8 malam. Ambik hang. Dok food hunting apa tak tau. Kan dah kena. Masa tu frust gila baby.
Redha ja la mamu. Dah last sem dah. Lepas ni tadak dah kelas-kelas apa mua ni.
So, mostly orang kelas isnin & selasa. Aku kelas khamis & jumaat. Tapi kelas khamis tu aku sekalikan dengan jumaat. Sebab yang ajar tu sir sofian. ‘Hello Malaysia’ kat atas tu aku tiru trademark sir la.
Okay letak tepi jap cerita register course ni. Ada satu benda menarik nak cerita.
Kolej CEMPAKA
Sem last aku kat UNIMAS ni, aku try apply kolej. Bukan BRC kali ni. Cempaka lak. BRC ni cam banyak kenangan. Dulu aku rapat dengan senior-senior yang nak berambus. Pastu kali ni turn aku pulak yang kena berambus. Banyak nostalgia beb. And satu lagi, pengetua kolej cempaka ni alim sikit. So mana nak tau, lembut hati dia approvekan aku dok kolej. Aku pun buat ayat alasan untuk rayuan tu pun padu gak. Bukan beshe-beshe. 

Fyi, aku minta kolej ni tanpa sebarang merit sebab sem 5 aku stay luar. Struggle satu sem stay luar sorang-sorang. Malas lah nak cerita lagi kat sini. Korang baca la post aku yang lepas. Alhamdulillah laa. Dapat kolej ni. Senang banyak la aku.
As kelas aku hari selasa cancel, so aku pun balik lambat la. Hari rabu malam baru balik. Check in semalam kat SUBUR. Esok tu teruih pi kelas. Ni sebelum aku tukar kelas ke sir sofian. Baju pergi kelas pun baju semalam weyh. Seb bek takde sape tahu. Huhu.
Lepas kelas, terus pergi daftar kolej. Dalam hati memang doa banyak-banyak la dapat bilik double. Kalau triple ni serabut sikit. Tiga orang sebilik. Pergi pejabat kolej cempaka. Then bagi tau la aku dapat kolej. Kerani tu check. Takde nama aku. Aieee camne pulak tu. Dia cakap kalau tade nama kat system so tak dapat la kolej. Sedih weyh. Aku cakap dalam e-pelajar dah bayar. Kerani tu check balik. Haaa ade je. Tapi aku tengok dia tu kecik besar kecik besar je. Geram lak. Kemon weyh. Muka masam ja. Tengah tahan berak kot.
Dia bagi kunci. Then aku say thanks. Muka still masam.
Aku pergi bilik ikut nombor key chain tu. Masuk rumah tu sunyi je. Cam takde orang. Pergi kelas kot semua orang. Aku pun nak buka pintu. Erh. Kunci aku tak function lak. Then tiba-tiba orang dalam bilik tu buka. Eh edy. Aku kenal budak ni masa futsal koku dulu. Bilik triple lak aku dapat. Then aku tanya la. Ko sorang je ke. Dia jawab ye. Bilik triple tapi duduk sorang je. Senang lenang la. Aku pun lega beb. Dua orang je la dalam bilik ni. Aku bertambah lega bila tengok ada sejadah and al-quran dalam bilik tu. Fuhhh…aku memang doa banyak-banyak la dapat roommate jenis jaga solat. Tak pergi surau, tak kesah. Yang penting solat la. Takut nanti dia menyusahkan aku lak kat akhirat soal nape tak ajak pergi solat. Nak cerita sikit pasal roommate ni.
Edy Si Mbiak Kabung
Ni nak cerita pasal roommate aku ni. Orang sarawak. First time sebilik dengan orang Sarawak. Malam tu cam biasa. Taaruf dulu dengan dia. Aku pun cakap la kat dia. Ni sem last aku. Klaka sarawak la. Lepas ni aku sik klka sarawak gik. Dia cam berat hati then dia prefer cakap KL je. Sebab dia orang kabung. Dialek dia pelik sikit. Dah lama-lama tu baru aku tau. Pelik weyh. Huhu. Nasib baik la tak cakap sarawak an aku. Kalau tak, mampuih nak paham.
Edy ni beza sikit dengan orang lain. Tiap pagi, dia mesti buat dhuha. Bukan dua rakaat, empat rakaat. Wuuuu…aku penah tanya nape buat solat 4 rakaat. Dia cakap tak puas kalau dua rakaat je so sebab tu dia buat 4 rakaat. Haaa… sape nak jadikan rumet aku ni imam 5 waktu dia. Silakanlah ye.
Erhhh ala korang lambat la. Dia dah ade ‘kawan’.
Jangan risau. Aku ade. Ehek.
Final Semester : Beginnnns !

Start sem 6 ni penuh dengan program. Tiap minggu mesti ada je. Sape jadi roommate aku mesti mengalami lonely la. Sibuk dengan program. So, pesanan untuk bakal soulmate, kena prepare yourself lah erh. Erh.
First program balik-balik je untuk sem 6 ni program PERKEPIS –Training of facilitator-(TOFI) pastu Induksi PMG pulak dah. Next week tu PMG Sarawak’19. Next week tu perhimpunan 1000 huffaz. Berderet program.    
Okay nak cerita sikit la pasal tiga events PERKEPIS ni.
Training of Facilitator (TOFI) & Induksi PMG
Training of Facilitator ni seronok dia takleh move on.
Rindu la pulak.
Awal-awal tu aku segan gak la. Aku and aiman je budak semenanjung. Pastu kami je UNIMAS. And kami lak tu antara yang tua. Tak pelaa.. ni last aku kat sarawak, nanti tak dapat dah nak join.
Kami belajar apa itu fasi. Fungsi dia. Banyak la. Even dah pernah jadi faci berpuluh kali. Tapi kena revise jugak asas-asas fasi ni. Kalau asas pun tak teguh, camne nak advance lagi.
Training of faci ni nak bagi bonding antara faci-faci PMG. Macam-macam game kami. Paling tak leh blah masa kena teka peribahasa.
Contoh cam ayam berak kapur.
Satu group kena lakonkan, satu group kena teka.
Seronok-seronok pun. Event tu penuh pengisian jugak.
Setiap kali lepas solat, ada sesi tazkirah 3 minit dari setiap fasi.
Pandai lah hang cari idea.
Program ni dekat dengan masjid. So tiap kali solat dekat masjid la. Yang ni aku nak. Tak selesa tak solat di mana azan berkumandang. Antara tujuh golongan yang akan mendapat syafaat di mahsyar ialah lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid. Aku ni bukannya banyak amal pun. Dapat syafaat ni pun kira okay la weyh.
Oh satu benda lagi yang aku ingat.
Malam tu kami kena buat mock LDK. Then aku volunteer jadi fasi. And aku minta sorang jadi co-faci – kak pdah. Then tugasan kami kena buat LDK- taaruf. Bagi aku senang je la ni. Dah selalu sangat dah buat. Tapiiii… aku tak tau pulak yang dorang kene belakon jadi peserta ikut watak tersendiri – ada yang jadi pondan, ada yang jadi alim terlebih, ada yang nak balik, ada yang keje main fon je, ada yang hyper. Arh sudah. Menyirap gak la masa tu. But…Alhamdulillah everything going fine.
Then orang lain lak jadi fasi. Aku jadi peserta. Haaa masa tu la aku tengok member-member aku koyak layan peserta cam tak betul ni. Ada yang nyanyi lagu sajat laa pastu ada pulak yang jadi alim terlebih cakap ikhtilat bagai. huhuhu. Aku la yang cakap tu.
Induksi PMG lak.

Induksi PMG ni dua hari lepas program TOFI. Btw, aku pergi ulang-alik naik moto dengan Aiman kot pergi Matang. Hujan panas kami redah.
Masa induksi PMG ni, kami kena hadam modul betul-betul. Semua LDK yang akan kami buat masa PMGS nanti tu kami kena buat dulu. So ada la yang kena jadi peserta. Ada yang jadi faci. Kali ni tak berlakon la. Jadi peserta and fasi betul-betul. Semua LDK tu kami buat ikut modul yang disediakan. Banyak LDK yang aku first time buat. Selalu buat LDK yang masukkan pen dalam botol, lukis cita-cita and benda yang common la. Pi program mana-mana mesti ada LDK cam tu. Tapi dengan perkepis ni lain. Banyak aktiviti yang aku tak tau. So by hook or by crook. Kena la hadam modul tu. Masa buat LDK tu, ada yang faci punyalah menghayati LDK tu sampai nangis bagai. Ehek. Masa penghujung induksi. Baru aku perasan yang akan ada fasi yang akan takde partner. Ah sudah. Ni dah la first time aku jadi fasi pmg sarawak. Kekok lagi nak klaka sarawak kalau reramai ni. And dah aku duga. Aku lah yang kena jadi fasi sorang-sorang tu. Sekali dengan aiman, didi, bella, iqma and teha. Dorang select fasi yang takde partner ni based on yang awesome and hensem kot. Erh tetibe.
By the way, aku cuak dengan PMGS ni. Ade pulak non-muslim yang join. Camne aku nak quote ayat al-quran and hadis? Tapi takkan la disebabkan beberapa budak non-muslim ni aku terus tak guna apa-apa dalil. So biar je la. Aku selalu baca buku motivasi orang putih, banyak je quote bible dorang letak. Takde la aku masuk kristian ke ape ke. So gune je la.
Now, let’s talk about Perkampungan Menara Gading Sarawak ’19
Perkampungan Menara Gading Sarawak 2019

PMGS ni start dari jumaat petang sampai ahad tengahari. Dan PMGS ni merupakan PMG paling banyak peserta dari semua PMG negeri-negeri. Dan satu-satunya PMG ada non-muslim. Open betul Sarawak ni. Kalau semenanjung ni hurmmm jangan harap la nak ada non muslim join. Yang muslim pun baloq liat. Okay guys, just korang bayangkan camne busy nye aku dengan program. Sabtu ahad lepas TOFI. Selasa rabu induksi PMG. Then jumaat sampai ahad PMG. Perghhh paduuu…sibuk dengan program ni tak rasa cam buang masa beb. Jauh lagi best dari ko gi food hunting ke, marathon korea ke, anime beratus episod. Program-program ni la yang improve nilai diri kita. Kalau sentiasa duduk dalam comfort zone, kau takkan improve. Psychologists buat kesimpulan. Dua perkara yang membuat seseorang takkan pi jauh @ mental block : learned helplessness and comfort zone. Kalau diikutkan hati, memang malaih la aku nak join program ni. Dah la takdak income apa-apa. Tapi ada yang lagi bernilai which is EXPERIENCE.
Pernah ditanya oleh pelajar Ibnu Khaldun. Kenapa dia hebat sangat masa dia tua ni.
Dia jawab kerana pengalamannya yang banyak sejak usia muda.
Ingat lagi satu kata-kata pujangga, mereka yang leka masa muda akan jadi jahil masa tua. So guys, jangan biarkan diri you all terleka dengan seronok dunia okay.
Berbalik ke citer PMG Sarawak. Aku ada kelas VR and CL dari 2-5 pm & 5-8 pm. Dan semua fasi kena ada kat UITM pukul 2 paling lambat. Hmmm mana nak dapat. Aku minta excuse kat Dr Rehman nak blah awai masa start kelas. Pukul 6 nak gerak dah. Dr bagi je. And lebih menarik. Kelas hari tu memang habis awal. Aku dah ready beg baju semua kat luar kelas. Lepas kelas terus gerak pergi UITM. Sepanjang jalan rasa gemuruh lain macam ohh. Rasa excited. Rasa cuak pun ada. Ni first time jadi fasi PMGS and my last time jadi fasi PMG after few years. Malaih dah la nak jadi fasi PMG ni. Dah grad dah pun. Bagi la anak-anak muda mudi juniorss ni pulak beraksi. Aku beraksi di balik tabir jak la lepas ni.
Sampai ja kat Uitm, dengan pakai sandal je. Aku usung la beg-beg tu. Dorang cakap letak kat bilik gerakan. Aku pun ikut je la. Then aku perasan something. Dorang semua pakai kasut. Baju tuck-in. Aku selekeh je. Hurmmm pelik. Tak pernah lagi jadi fasi buat cam tu. Last pakai camtu masa first time jadi fasi. Itu pun sebab abg afiq ramlee suruh.
 Kami di brief in before start LDK 1: Taaruf. Ketua Fasi, Shahirl keep on remind. Kalau taaruf dah fail, semua program nanti hancur. So aku pun kena buat betul-betul la. Tak nak la spoil kan program orang.
 Pendekkan cerita, masa bahagi kumpulan, semua fasi kena kenalkan diri. Aku part kenalkan diri ni memang makanan pickup line aku la. Cam biase. “Yang laki boleh panggil abang haziq, yang perempuan panggil abang je”.
Then semua kenalkan diri. Si Bella tu pun nak buat pickup line gak.
“Sapa dari Kuching?”
Then budak-budak angkat tangan. “Kuchinta pada mu”. *Pickup line aku sebenarnya, dia pinjam
Pastu semua kena ikut kumpulan masing-masing. Ikut fakulti. Aku dah tak ingat aku fakulti ape. Then, masuklah semua dalam kumpulan. Dan buat LDK 1. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Even aku sesorang ja fasi. Yang non muslim dalam group aku nama dia Este. Cam bahan kimia aku belajar masa form 5. Este ni bukan buat minyak wangi campuran alkohol and karbosilik asid ke? Huhuhu. Menguras jap.
Dia pun okay je. Budak Sakura. Dah biasa la dok dengan muslim. Tak rasa janggal pun.
Habis LDK 1, then budak semua kumpul balik. Pastu buat ape entah. Then supper pastu tidur. Kami yang fasi and AJK ni kena post motem lak. Sebelum post mortem tu, boleh pulak dorang buat taaruf bagai. Weyh. Cam tak leh brain lak. Benda tengah ngantuk dan penat. Ade ke nak taaruf lagi. Part aku, aku cakap “ Haziq, Unimas”. Bagus weyh. Ramai ikut. Semua pendek-pendek je. Lepas tu kami duduk dengan group masing-masing. Fasi and AJK. Mase mosterm fasi tu, aku barai weyh. Ngantuk dorh. Pagi petang kelas. Malam program. Penat dia tak boleh bincang. Oh lupa lak. Masa kami kumpul reramai tu, abang jimbo tegur semua fasi pakai kasut dan tuck-in. Rupanya memang etika cam tu erh. Aku terlupa ke memang tak tau. Entah lah.
Post mortem malam tu. Ifa bagi tau yang black koyak sebab group dia ada yang dye rambut. So dia ni pun ex agama matang. Dia rasa insecure la. Alhamdulillah la tak da group aku yang tak supportive. Semua budak boleh masuk dengan aku. Settle. Part aku kira pendek je la. Yang lain la yang berjela panjang cerita pasal group masing-masing.
Lepas post moterm, kami pun tidur. Pukul 2 pagi mase tu. Gile ape. Aku kat kolej tidur pukul 11 weyh. Ni dah pukul 2 pagi. Pastu kena angkat beg lagi. Cari bilik kosong lagi. Pukul berapa lah exact time yang aku tidur tu. Kena bangun awal pagi. Subuh dah kat masjid. Aku bangun subuh tu cam zombie. Dalam hati cam nak balik je. Tapi takpela. My last PMG as faci.

Pendekkan cerita, terus ke LDK 2. Kami buat LDK pasal ilmu. Tengok ayat dalam kotak. Pastu cermin. Yang cermin ni la ramai yang tersentap. Orang terhebat yang kamu tak tahu ialah orang yang dalam cermin. Pastu keluar muka aku. Erh gurau. Keluar muka dorang la dah dorang tengok cermin. Ada yang gelak. Ade yang cam sebak. Ada yang takde perasaan. Yang takde perasaan ni bukan group aku la. Group aiman. Haha okay gurau lagi.
Pendekkan lagi cerita, LDK 3 lak. Yang ni la group aku ramai koyak. Kena letak bola ping pong atas muncung botol. Gagal berapa kali ntah. Then aku bagi denda. Actually tektik dorang buat tu betul dah. Angin kuat kat tempat aku tu punca dorang tak dapat buat. Disebabkan aku memang suka denda orang. So aku bagi la denda. Suruh ketuk ketampi. Siap nyanyi lagu bahenol tu. HUHU. One more game, kena tukar tempat jadi bentuk V. Yang ni aku pun pening. Masa induksi tu at last tengok modul balik. Kali ni aku tak denda la. Kesian lak.
Petang tu dorang kena buat explorace. Aku tak tau yang fasi tak payah ikut. Aku and beberapa orang fasi yang tak tau ni la ikut anak-anak buah main sekali. Jadi cameraman ja pun. Tapi nampaklah group yang ada fasi lagi semangat dari yang takde fasi. So mase post mortem malam tu, benda ni la jadi isu. Tapi okay. Semua dapat buat dengan elok.
Oh baru teringat. Second day ni si tira, anak buah aku sakit perut lak. Situasi yang sama aku hadapi masa jadi fasi pmg’18. Si nur sakit perut. Rasa sebersalah beb. Fasi ni cam abang and akak laa dalam setiap program. So die kene take care adik-adik dia. Haishhh.. why always me?
Habis explorace, kami bergambar.



Malam tu, ada sidang plano. Sidang plano dorang ni rancak awai-awai. Tapi dah hujung tu. Yang dok buat hingaq la tidoq terbongkang kat belakang. Aku tengok jam dah pukui 11 lebih dah. Muka semua dah barai dah. Abih sidang plano tu. Supper and post mortem. Masa post mortem tu aku cakap la yang sidang plano ni cam antara barisan wakil pelajar and YB ja. Takdak pun interaksi sesama pelajar. Sebab tu dia jadi hambar bila hujung-hujung tu.
Aku tak ingat dah post mortem tu cakap apa lagi. Malam tu aku cari bilik kami yang kami tidoq tak dak. Arh sudah. Barang semua depa boh luaq. Nasib baik fon aku tu ada lagi dalam beg. Menyirap gak la . Dah la pukul 4 dah masa tu. Aku letak beg kat bilik aiman then tidur kat masjid ja. Sejuk dan tenang. Sempat tidur sejam ja beb. Struggle norhhh PMG last ni. Esok pagi tu bersiap baju formal mua. Then last LDK. Haaa last LDK ni la aku nantikan. Lepas sharing moment then suruh depa tulis pasai kisah hidup depa yang paling depa ingat. Yang tu pun punya lama. Aku wassap kak syazi. Gi tau dia suruh extend lagi sejam. Nasib baik la dia tambah lagi sejam untuk LDK last tu. Lepas aktiviti tu, aktiviti paling aku ingat and best. Suruh depa tulis surat kat orang tersayang andai itu hari terakhir dorang. Saja pasang lagu backgroud sedih bagai. Yang ladies ni dok teriak dah. Pastu dah abis semua tulis kat kertas tu. Aku pun baca sorang-sorang. Lepas baca, suruh semua diam dan aku koyak.
WAW HEBATNYA KAMU , YAKINNYA KAMU !
Paling takleh blah bila taiko sibu pun teriak. Aku pun cam waw. Amazing. This is my second time making people crying.
Aku tak tau camna nak bagi cool down balik. Cam dulu aku lepas buat ni. Aku salam and peluk-peluk la dengan peserta. Kali ni aku blank lak. Sebab aku sorang ja kot. Sebelum ni in pair. So aku just buat cheers jak la. Ha selamatttt. Semua okay balik.
Masa nak balik, bergambar pa semua lu.




 Dalam pukul 3 lebih cam tu aku pun balik. Balik UNIMAS ja terus asar. Lepas asar tu, memang aku tidur la jawabnya. Sedar-sedar pukul 9 baru bangun. Maghrib aku terpaksa di jama dengan isyak !! Malam tu jugak ada meeting dengan program himpunan seribu huffaz. Penat tu tolak tepi. Ummat dulu.
“Biz bir ummatiz”- Reccep Toyyib Erdogan
Haa habislah cerita pasal PMGS’19 !
Satu benda yang aku nak share dengan korang minggu ke-4 perkuliahan.
Jadi tutorial demonstrator. Interesting gak ni. Dari 150+ students SK.
Allah pilih aku and dua orang ladies untuk jadi tutorial demo ni.
Such a precious experience. Alhamdulillah.
Tutorial demonstrator

Haaa. Biar aku citer dari awal camne tiber je aku jadi tuto demo ni.
Satu petang yang indah. Ada orang tak dikenali wassap aku. Oh rupanya Madam Fatihah. Nombor banyak hilang lepas tukar fon ni. Then madam minta aku tanya kawan-kawan siapa nak jadi tuto demo calculus. Dalam pala otak aku terus terpikir Mun. Bukan ape, aku penah buat program kat rumah bakti tu and Mun jadi tenaga pengajar. Kalau karenah budak rumah bakti pun boleh, inikan pula budak first year. Pastu aku bagi tau Mun. Dia mau dak. Dia on ja. Then bagi tau madam pulak. Lepas bagi tau madam pasal mun. Madam bagi tau suruh tanya kat kawan-kawan siapa yang nak. Madam nak tapis siapa yang layak. Madam tanya aku. Taknak jadi tuto demo ke. Alamakkk. Boleh je nak mengajar tapi aku cuak orang tak faham ape aku ajar je. Tanye mak. By the way, masa ni tengah cuti sem lagi. Lepas mental koyak register course lambat. Call mak teruih la. Mak kat sekolah. Cam biasa mak jawab lambat. Dah kat zohor baru mak jawab. Mak cakap why not try new experience. Haa. Experience lagi…Boleh laa. Yang nak bagi faham ni bukan aku, dorang sendiri. Dorang yang kene usaha. Pastu barulah Allah bagi faham.
Ni lah falsafah yang aku pegang. So, Onzz je la. Haziq si abang tuto demo.
Aku viral kat group Sk third year. Sorang je yang PM. Syaza. Madam nak tige orang. And kami tige je la yang nak.
Tapi aku sejujurnya takut la nak jadi tuto demo ni.
Grppppp…
Masa minggu ke-3, madam nak jumpe kami tige orang. Jumpalah hari jumaat pukul 11. Mase jumpe tu kami di brief in. Yang menariknya. Aku kelas sampai 4 weyh.
Masa wassap madam tu , madam cakap 3 kelas maximum untuk sorang.
Nape tetibe aku pulak yang terlebih ni. Rupanya disebabkan hari isnin aku free.
Haa.. mase ni baru aku tau ape hikmah aku daftar lambat. Rupanya Allah dah rancang untuk aku jadi tuto demo ni. Alhamdulillah.
Hari ahad tu aku ajak geng tuto demo ni jumpe. Syaza ade hal lak hari tu. So aku jumpe Mun je.
Aku nak praktis jap dengan dorang before kelas betul-betul. Aku jawab semua soalan tutorial dorang kot sebelum kelas tutorial. Punyalah nak bagi dorang faham. And dalam masa sama, cuak gak kalau dorang tak faham.
Esok tu mengajar lah aku. Kelas terlewat sikit sebab ada Madam Mai. Masa first kelas, aku berkenalan dulu dengan semua student first year. Dah cam LDK taaruf dah. Terbawak-bawak perangai fasi actually. Kelas first ni under Dr Akeem. So lecture note dorang lain sikit. Okay done kelas first. Walaupun gelabah lain macam, tapi aku dapat hadapi dengan jayanya.
Alhamdulillah.
Next kelas pulak, dengan kelas under Madam Fatihah. Dalam kelas ni dua orang je yang bukan Sarawak, syameera and sorang lagi budak sabah. So aku pun begurau lah.
“Mok kamek klaka sarawak kah?”
Dorang tergelak. Wushhh. Actually dalam hati tu, kalau dorang cakap “aok”, matilah nak. Aku bukannya fluent sangat klaka Sarawak ni. Main bante jak.
Masa kelas ketiga aku. Kelas ni lagi legend. Ada 10 orang and SEMUA PEREMPUAN !!
Sorang berpurdah. Allahu. Iman ana ni dah lah yazid wayanqus. Tergugat weyh. Mata budak ni pulak cam mengasyikkan. Tinggi gak la. Pendek sikit dari aku. Dah cam model dah.
Tapi aku ade trick tak bagi tergugat. Aku teringat balik member aku. Dia tak cantik pun. Tapi bile die pakai purdah nampak gorgeous. So, aku pun tukar mind set. Die ni pakai purdah mesti tak cantik. So tak tergugat lagi iman bro Haziq. Dalam kelas ni ramai budak Sarawak jugak. And masa nak hujung-hujung sem, ada sorang dua yang terlepas cakap dialek kabung. Aku tanye dorang kenal Edy Si Mbiak Kabung. Dorang cakap kenal. Satu sekolah dengan dorang. Wush. Famous rumet aku ni. Btw, semua student first year panggil aku, “Abang Haziq”. Tapi rumet aku ni tak lak aku suruh panggil abang. Ehek. Mende dorh satu bilik panggil abang. Kelas yang ketige ni baguih teruk. Istiqamah datang kelas dari awal sem sampai abis. Sampaikan kelas ganti pon dorang datang.
Adakah dorang datang sebab abang tuto demo yang selalu pakai baju ala-ala masdo? Ehekkk..tetiber.
Kelas keempat pula biase je. Tapi kelas ni paling ramai kalau nak diikutkan. Makin lama, makin surut. At last kelas ni la paling sikit. Ada hari tu ade lima orang je out of 20+ yang datang. Memang menyirap la aku. Haram jeyyy tui. Aku yang busy FYP boleh datang. Yang hampa ni busy pa benda tak tau. Masa tu lah aku luah geram aku. Rasa cam malaih dah nak mengajar dah.
Tapi aku terbaca satu quote dari sorang ulama ni. Ulama tu cakap lebih kurang camni, “ Guru-guru tak perlu marah-marah bila anak murid tak faham sebab yang bagi faham ni Allah. Kita hanya usaha sampaikan ilmu tu ja.”
Lepas baca quote ni, baru lah rasa lega sikit. Lepas-lepas tu, sapa tak mai. Aku biaq ja. Dah depa yang tak mau mai. Biarkanlah. Dorang dah pandai sebab tu tak payah pergi kelas tuto dah.
Selalu aku remind. Kelas tutorial ni ade 10%. Hmmm. Takleh nak brain dengan manusia yang pandang rendah dengan markah ni. Banyak aku bagi fullmark. Tapi banyak gak yang dapat rendah. They deserve what they want.
Paling aku ingat. Kelas tutorial ialah kelas terakhir aku dalam degree life.
Kiranya kelas terakhir aku bukan sebagai pelajar tapi pengajar. WUUU…

 
Cakap pasal FYP. Ni nak cerita pasal FYP ni.
Penuh dengan onak duri. Aku dapat gak lepasi dengan jayanya.
FYP !
Onak duri yang aku lalui selama FYP ni banyakkkk. Lagi perit dari sem lepas. Ni nak tulis satu satu cabaran @ dugaan yang aku lalui.
1.Interview sampai 8 orang responden
FYP 1 covers chapter 1 until 3 only. Then now, I need to do another two more chapters. Start by chapter 4. Aku kena interview sampai 8 orang responden. Pastu responden tu hanya boleh students yang ambik ICT last sem SAHAJA ! Aku mencari-cari siapa yang ambik ICT ni. Tanya junior first year semua. Wassap sorang-sorang. Jumpe je sapa-sapa tanya dia ambik ICT tak. At last, Aiman cakap Khai, first year, IR, budak PEPIAS ambik. Haa.. Alhamdulillah. Jumpa jugak. Then wassap die mua. Pastu tanya sape lagi yang ambik. Dia cakap budak-budak kos dia ambik. Pastu minta dia carikan dua tiga orang lagi. Aku minta tolong Aliya jugak cari responden ni. Dah kami buat research pasal MOOC and quali. So boleh la guna responden dia jugak. Just imagine. Aku interview 8 responden ni hampir setengah jam ke sejam sorang. Pastu ada sorang responden yang aku interview tu tak valid sebab dia bukan ambik ICT last semester. Dia baru ambik je sem ni. Ha laaa. Sejam aku tu membazir cam tu je. Lepas interview beberapa orang, Syuib bagi cadangan. Why not aku bagi cenderahati kat dorang sebab dorang dah willing to spend time for me? Aku pun setuju jugak dengan Syuib. Then bagilah imbuhan untuk setiap responden. Banyak gak abis duit tu. Minggu ke 10 kot baru siap chapter 4. Pastu chapter 5 lak kene analysis. Keje menaip je buat quali ni. Total pages FYP aku 77 pages. Boleh buat novel pendek dah.
2.Poster presentation


Banyak kali weyh tunjuk draft kat Prof Chen pasal poster aku. Dan banyak kali jugaklah kene edit balik. Sampailah siap poster tu. Wushhh. Berjam-jam weyh. Bukan senang nak buat poster ni. Then aku present awal pagi lak. Korang bayangkan dengan busy bola lagi, A4U lagi, macam-macam lagi la, pastu kene lak buat poster berkali-kali. Jumpa prof je mesti sejam lebih. Paling kurang pun dalam 30 minit. Itupun sebab Prof busy hari tu. Tapi baguslah Prof Chen ni. Supportive. Prof semak draft aku pun puas hati. Correction Prof suruh buat pun tak lah perit sangat. Boleh je buat. Kadang-kadang je rase emo. Cerewet sangat. Tapi yashe la perempuan kan. Erhhh cam ramai je terasa ni. Dan aku dapat present dengan jayanya. Hahaha. Dr Norehan mood elok la masa aku present tu. Dr Norsiah takde. Kami kene present next week kat bilik Dr. Mase present tu tak cuak sangat. Siap boleh melawak lagi aku masa present . Hehe. Typical Haziq.
3. Complete FYP   
Ni last lepas habis buat presentation. Aku kene buat complete FYP. Yang mana kene betulkan dari chapter 1 sampai 5. Fuhhh. Gila larh mamu. Dah siap tu. Gi tunjuk kat Prof. Kene betulkan lagi. Kene betulkan sampai 3 kali kot. Baru lah betul-betul siap. Then bounded FYP. Ni lagi satu hal. Kene hantar hari jumaat minggu depan. Aku hantar hari jumaat malam. Thru emel la. Pastu dorang cakap 3 hari bekerja siap la. Hari Rabu aku tanya dorang. Tak siap lagi. Alamakkkkk…jumaat dah nak kena hantar ni. Tiba-tiba rabu malam tu si aliya wassap FYP aku kat dia. Orhhh dah siap rupanya. Dorang dah siap cuma tak inform aku. Alhamdulillah settle lah FYP ni.
Rasa release dorh semua stres bila siap FYP ni. Alhamdulillah lah.
Haaa ni nak cakap pasal A4U @ All For Ummah.
All for Ummah

A4U ni secara ringkasnya kelab spiritual FSKPM. Takde satu pun fakulti yang ada kelab sebegini rupa okay. Lepas Azlan A. , dorang lantik aku lak jadi pengerusi. Aku malas nak pegang jawatan ni. Lagi-lagi dah final sem. Busy gile. Sampai tak sempat nak call anak bini kat rumah. Ehhh. Sejak bile lak aku dah kawin.
Tak abis-abis meeting. Pastu MT aku sekor je laki. Yang lain bidadari dunya . Ana enti. Allahu. Aku yang sekolah agama dari form 1 sampai 5 ni pun tak guna ana enti. Bedal lah. Takkan saya awak lak. Nanti tetibe aku panggil mak dia, umi. Erhh.
A4U ni ramai yang berpurdah. So korang boleh rujuk cerita aku jadi tuto demo tu. And cara aku handle pun sama. HAHA.
Ada satu masa tu. Esok nak fiesta FSKPM. Aku tanya kat Isaac. Kene hias booth ke. Dia cakap ye. Aku mintalah ahli-ahli mai tolong hias. Depa sengap ja.Wehhh, aku sibukkk gile buat FYP ni. Aku apply YSeali kot. Kene buat karangan bagai. Then dah dapat. Disebabkan dorang buat sengap. Maka aku kene put aside la benda ni. Aku call mak. Camne nak buat ni. Matilah kalau buat sesorang. Dah call. Mak cakap buat je. Takde pilihan lain dah.
Aku tolak tepi busy tu. Aku tambah busy yang baru. Settle booth and fiesta. Alhamdulillah la budak-budak ni ade gak yang turun hias. Booth kami tu even though cam islamik sikit. Tapia de VR beb. Tak sia-sia lah aku belajar VR ni. Charge sorang Rm1. Dapat la dalam Rm 30 kalau tak salah. Wuuu. Benda VR Box ni Rm 10 je. Hari selasa perasmian. Fuh sempatlah nak menghias booth semua isnin tu.
Ada satu hari tu aku tak dapat jaga booth. Ada kelas. Then nak buat FYP gak. Ada sorang MT ni jaga booth. For the whole day ! Impress.
Tapi kesiannya. Esok tu dia demam siap tak pi kelas. Ala kesian.
Hari khamis masa fiesta tu aku kena bagi talk pasal advokasi jenayah seksual under JKM kat satu sekolah ni. Aku klaka Sarawak beb dari awal sampai abih. Legend betul !
  Tapi sedih la. Budak-budak kat situ rosak teruk. Baru darjah satu dah ketagih porn.
Tenat dah weyh masyarakat la ni. Kalau kita masih dok seronok-seronok, takdak langsung nak berbakti balik dengan masyarakat. Hmm tak tau la nak kata. Lepas abis ja seminggu dengan fiesta ni, next week tu mid-term exam berderet-deret. Killer paper tu. Subjek VR and KBS.
Dipendekkan cerita, dengan kuasa Allah, aku perform untuk both paper tu, VR highest and KBS 16/20. KBS tu aku tak sempat nak study pagi tu sebab assignment ada problem lak. Sedangkan nak hantar pagi tu jugak. Gile betul. Tapi benarlah firman Allah surah Muhammad :7. Aku struggle ‘tolong’ agama Allah, Allah tolong aku balik, dan malah Allah kukuhkan kedudukan aku.
Assignment. Masalah yang tiada kesudahan. Akhirnya berkesudahan sebab aku dah abis belajar.
Assignmentzzz
Sem ni banyak assignment pastu kene present. Lagi-lagi KBS and VR.
Presentation tu aku okay je. Part nak buat slide tu. Aku yang buat. Aku jenis perfectionist dalam presentation ni. Ye la kan. Masa asasi ade subjek softskill and kami belajar kot cara presentation semua ni. Alhamdulillah la semua berjalan lancar. Masa fiesta tu, hari jumaat ade dua presentation, pagi and petang. Fuhh yang pagi tu aku dipuji and petang tu tetibe Dr kamal kene pergi fakulti sebab NC datang. Kami present tanpa sebarang comment and provoke.
 Yessss ! Dah la aku tak prepare sangat, pastu Allah mudahkan.
Alhamdulillah.
Untuk assignment VR tu, dari awal lagi keje aku berjumpa dengan Dr Kamal je. Individual assignment tu. Selagi tak full mark selagi tu la aku jumpa Dr. Tapi tak dapat full mark pun hmm. Yang paling aku ingat masa D-Day : Hantar semua assignment masa hari yang sama. Dan hari yang sama jugak semi final bola lawan juara tahun lepas, FSS. Jap gi aku citer pasal bola ni. Sekarang nak citer pasal assignment dulu.
Pagi, present KBS and hantar assignment. Lepas jumaat, present VR and hantar assignment. Lepas asar, hantar group assignment CL. Petang tu semi final, so aku skip kelas.
Hari khamis sebelum D-Day, semua assignment tak siap lagi. KBS tu pun tak. VR tu malam tu baru siap apps. Nak cerita keperitan buat assignment VR ni lagi panjang la blog ni. So aku malaih nak cerita.
Pagi jumaat tu memang aku bangun dua pertiga malam la. Minta Allah permudahkan semuanya.
Okay 1st challenge: KBS.
Lepas present semua. Sir ada tegur something pasal video tu. But Sir cakap dalam banyak-banyak video aku paling okay. Paduuuuu…Pastu sir extend masa next week baru hantar. Nape la tak bagi tau awal-awal. Tak lah aku cuak teruk hari tu. Lepas siap je KBS. Aku terus siapkan report VR. Fuhhhh lega. Pukul 12 tu kira cun-cun siap semua. Tapi satu lagi problemmm.
Okay 2nd challenge: VR.
Masa kelas VR tu, si groupmate baru nak print. Walawey. Dia pon otw. Dalam hati memang berzikir je la. Alhamdulillah la dia sempat datang before semua habis present. Kami present last sekali. And Dr pun tak kecam sangat. And pukul 340 camtu kelas habis. Alhamdulillah. Settle semua challenge. Assignment CL tu aku dah suruh dorang siapkan cepat. Tak kalut dah. Sekarang ni next challenge, semi final bola!
KESUMAS Bola Sepak
Bola ni rasa cam nak cerita dari first year tuuu. Sebab banyak kenangan pahit manis dengan bola ni.  Masa first year dulu, aku main masuk je selection. Rasa cam tak dapat je. Bukan gempak pun kan.Cuma aku ni jenih rajin dari dulu la. Keje belari je atas padang tu. Harap stamina je.
Tapi aku dapat beb. Senior yang padu-padu tak dapat pulak. Hmmm. Rezeki kot. Tapi first game kalah dengan FIT. Terus knock out.
Second year pulak aku dapat wakil lagi. Tapi Allah uji dengan demam masa kesumas. Alamak berat betul ujian ni. Aku call mak. Cakap give up dah. Tapi mak support la. Jangan give up lagi. Tahun depan buat betul-betul. And now aku nak start cerita pasal third year.
Third year ni aku all-out. Semua benda aku nak all-out. Assignment all out, study all out, program all out and bola pun all out la. Aku di add dalam group wassap bola sepak fskpm. Then manager tu perempuan, budak pesakma kot. Pastu tetibe dia PM aku. Suruh aku yang handle.  Nape aku weyh. Bagi la senior yang tua-tua ni handle. Then aku bagi tau kat group. Semua setuju tak aku handle bola. No objection. So aku handle.
First aku cari padang. Minta pesakma buat memo bagai kat pusat sukan. Rejected. Padang under construction. Aku pergi pusat sukan nak bincang. Dorang bagi alasan sama. Alamak. Padang mana nak training ni. Aku cari idea then dapat idea pergi padang asasi. Perghh teruk sangat padang asasi ni. Then at last buat selection at padang IPG. Minta abang sapian select. Awal-awal dorang nak 13 orang je. Gile betul MPP ni. Main bola sepak 13 orang satu team. 11 sebelah.
Lepas select, kami buat banyaklah friendly. Masa friendly ni banyak up down aku. Kejap Allah uji dengan aku pefom. Kejap main cam ape ntah. And tiap kali down mesti call mak.
Masa kesumas tu, padang unimas dah boekk weyh. Dah tak cam tahun-tahun lepas. Betul la dorang cakap under construction tu. Padang dah tak cam sawah padi.
Seminggu sebelum kesumas, Allahu…ujian perit ni. Tetibe lutut bengkak besar. Bukan buat ape pun. Terjatuh sikit masa training. Oh jap selama selection sampai first game kesumas, banyak aku buat training. Punyalah takde komitmen dorang ni. Yang datang selalunya tak sampai 10 orang pun. Yang istiqamah dua orang je, Eto and Bal. Aku pernah kata kat Eto. Camne ni Eto. Sikit je orang ni. Nak buat training lagi ke. Eto spontan jawab, buat je. Sape nak datang, datang la. Kata-kata Eto tu la aku pegang. Hadap je masalah ni. Struggle makes you stronger !
And betullah. Sape yang selalu datang training tu je la yang perform masa game betul. Paling nampa ketara eto and iqbal. Iqbal awal-awal cam noob, tapi lepas selalu training, padu teruk. Eto pun same gak. Awal-awal tak menonjol, tapi lepas aku buat formasi 4-3-3 tu, ramai yang menyerlah. Aku je cam tu je.
By the way, aku struggle untuk bola ni bukan untuk team je, untuk aku sendiri pun. Aku lepas subuh, jogging tiap hari kat stadium. Alhamdulillah la stadium dengan bilik sebelah je. Tiap hari pukul 7-730 jogging and workout kat stadium. Tak malu sangat nak workout ni sebab tak ramai orang pun. Aku siap pakai sleeveless kot. Haaa. Berterbangan la bulu ketiak aku. Sejuk je.
Ada satu hari tu, elok aku tengah jogging, baru aku perasan ada budak perempuan cina ni jogging gak pagi-pagi tu. And lebih menarik dia budak SK dan aku pakai sleeveless. Biar lah. Asalkan kau tak kacau hidup aku.
Okay cakap pasal kaki bengkak tu. Aku pergi klinik hari isnin. Hari sabtu tu injured. Masa pergi klinik, Dr cakap kene rest sebulan. Kesumas hari jumaat tu weyh. Dr cakap jangan urut. Aku ni palak batu. Aku pergi gak urut kat pakcik sebelah rumah abang damai. Padu dia urut. Padu teruk. Ada cerita disebalik dia urut tu. Tapi takleh la cerita. Aib aku weyh. Memalukan teruk. Tapi demi johan kesumas, aku sanggup buat apa je.
First game tu aku main gak. Kaki tu bukannya okay lagi. Masa game lak, boleh pulak member tu pi terajang kaki aku. Terus keluar la masa rehat. First game tu ref datang lambat weyh. Pastu Iqbal kena blah awal sebab nak gi balik Pahang. Gilalaahhh sape lak nak jadi keeper. Terpaksalah keeper payan balik. Bolos la dia satu. Tapi game kami cam nak comeback dah. FSGK main 12 player lak. APE KE GILEEE LAA!? Aku fight la balik dengan official organizer. Dengan bola buruk lagi. At last, player fsgk kena yellow card and organizer kena tegur sebab tak duduk dekat dengan padang. 2-1 kalah. Pastu lepas game kami post mortem. Itulah first time aku buat post mortem selama main bola. Aku rasa memang kene selalu buat post mortem lepas tiap game. Jack la banyak support aku. Yang senior lain cam support tak support je.

Next game lawan FBK, game tu kami buat 4-3-3 lagi. Aku kaki dah sembuh. Masa tu all out la main. Banyak chance weyh aku nak gol. Tapi takdak rezeki. Haishhh geram laaaa…
Menang la 2-1.
Final game lawan Fsts, yang nie pun aku banyak miss chance. Hmmm entahlah.
Kami menang 1-0 je. Next game lawan FSSK. Btw, ni la first time kami layak ke next stage lepas 2 tahun.
Lawan dengan FSSK tu, okay kan aku citer tadi pagi tu aku ade dua presentation. Alhamdulillah settle kedua-dua present. Sekarang bola pulak. Hari tu hari yang cukup bertuah la untuk aku. Kami awal-awal kena 1-0 pastu 1-1. Then masa penalty. Bal performmmm tepis dua kali. Then kami menang dengan FSSK. Pecah tradisi ! Selalu fss ni jenis main final je. Tapi kali ni kami menang dengan dorang. Wuuuuu.




Final pulak hari ahad. Aku kena main striker. Aku tak suka main striker ni. Sebab keja nak berlari. Striker ni tak berlari sangat. Kalu winger okay lagi. Main je la. Masa warming up, memang seronok tak kepalang la kami. Gila weyh main kat stadium. Impian player-player bola kat unimas kot.

Starting first eleven tu best weyh. Keluar dari terowong tu. Cam EPL tuu. Pastu nyanyi lagu negaraku and unimas. Perghhh.

Masa first half, memang fighting la. Tapi aku perasan Jack banyak try dari jauh. Aku rasa die nak tukar tactics ni. Tak menjadi la. Ape yang menariknya, aku baru perasan seluar tight aku koyak besar. Cam pakai kebaya belah dah. Aduh malu weyh. Cam miskin sangat aku ni. Second half aku call edy. Minta pinjam seluar tight die. Nasib baik sempat tukar.
Pastu masa main, dorang buat defensive teruk. Kami nak attack pun susah. Then dorang goal. Pastu aku keluar, masuk  Jai. Masa tu all out la kami attack. Then dah hujung game. Penalty. WOW.  Jack score. Lepas score tu teruk whistle penamat.
Penalty shoot out. Bal dah tepis satu dah. Masa tu aku dah rasa nak angkat cup dah. Tiberrr sorang tu tak goal lak. Hmmm failed. Then sudden death. Keeper vs keeper. Ijat syakir skor. So FK la menang. Masa tu patah hati teruk oh. Hmmm ye la kan. Aku struggle tapi tak buah hasil pun. I mean tak juara la.
Tapi aku bile fikir balik. Kami dah sampai ke final weyh. Kalah pun penalty je. Menang dengan juara tahun lepas. Dah padu teruk dah achievement kami ni. So, baru lah aku dapat move on.


Good luck lads !
Best student award & Anugerah Tun Abang Salahuddin
Sebelum final bola, aku pergi dinner fakulti. Aku ni kan mantan PESAKMA. So support la event junior ni. Aku tau betapa perit nak buat dinner ni. Dengan karenah senior, lecturer pun same. Pergi je la dinner tu. Tiga tahun berturut-turut weyh pergi dinner ni. Dari first year sampai third year.
Aku pergi naik bas. Btw aku pakai baju sekolah jepun cam genji tu.
 HAHA beli kat shopee kot. Kaki aku melecet masa tu. Lepas game lawan dengan FSS tu terus melecet kaki kiri ni. Aku pinjam kasut Edy. Kasut aku koyak dah. Kasut dia kecik sikit. So maybe sebab tu la melecet. Melecet tolak tepi. Menang dah dengan FSS. Wuhuhu. Pergi dinner tu dengan kaki terhincut-hincut la jawabnya. Masa tengah makan tu, dorang buat majlis penyampaian anugerah-anugerah. Aku tak expect ape pun. Tengah khusyuk nikmati makanan sebab dah bayar RM80, tibe-tibe nama aku dorang panggil. Erh napa ni. Oh rupanya aku dapat pelajar terbaik SK. Emcee sebut background aku bagai. Aku pun tak tau mane die dapat detail tu.
Next week lepas program effective coaching. Dengan tak mandi lagi, aku pergi DETAR. Majlis Apresiasi UNIMAS (MEGAH). Aku calonkan diri untuk dua benda – mahasiswa fakulti terbaik dan Tun Abang Salahuddin. Aku buat ni sebab nak sijil je. Anugerah ni ape lah sangat. Dunia je.
Masa mahasiswa fakulti terbaik tu, aku tengah call mak. And nama aku tak naik. Aku tak rasa sedih apa pun. Serious. Then, anugerah yang besar-besar. Aku main insta masa tu. Pastu tiber emcee sebut nama aku. Erh aku dapat lak. So aku pun pergilah dengan tak mandi naik pentas tu.




 Lepas ambik anugerah tu aku dengar orang panggil nama aku. Oh budak taekwondo panggil. Dorang said congratz and bagi sijil black belt kat aku.
WUUUUU ! 12 tahun aku tunggu officially black belt ni weyh. Benarlah penantian satu penyiksaan.
Aku tak skor sebutir gol pun untuk kesumas sepanjang main untuk fakulti. Tapi aku dapat skor hatrik untuk 3 anugerah sem ni. Alhamdulillah !!

Inilah serba sedikit cerita pasal hidup aku sem 6. My final semester in UNIMAS. Thanks guys sebab sudi baca sampai sini. Ni lah kali terakhir aku buat blog in degree life. After this, I will not be an undergraduate student anymore. I have reached the end. So, guys, minta maaf kalau ada buat salah silap. Terkasar bahasa, tersalah bicara, tersilap di mana-mana, kerana saya hanya insan biasa. Good luck for your future ! Ukhwah fillah daiman abada. Till meet again.
Semoga tulisan aku ni menjadi asbab untuk memotivasikan kalian. Bye.




Ulasan

  1. Mmg terboekklah haziq, you deserve it after all the hardwork. Dari sports ke academic semua padu. Bab agama takyah citer la. Semoga Allah kurniakan hadiah yang terhebat untuk ko bukan setakat di dunia, tapi di akhirat kelak juga. First time jumpe ko kat asasi aq rase inspired dengan semangat ko sebab ko sentiasa nk cuba perkara baru. Tp tulah time degree dh start ikut haluan masing2 . Ape2pun I will always support you 😁👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masya Allah. Kerdil saja aku ni. Rezeki Allah tu. Semua orang ada kelebihan sendiri.
      Terima kasih atas komentar.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

Cerpen :Schizophrenia : Keinsafan dalam Ilusi

Schizophrenia  : Keinsafan dalam Ilusi “Okay , adik Wan. Adik Wan darjah berapa berapa?” “Darjah 6.” “Dah darjah 6 baru nak sunat ?” “Parents saya busy, Dr.” “Yeke , parents busy ke kamu takut nak sunat? ” “Takda la doktor , saya berani je. Cepat la potong . Mak cakap lepas potong baru boleh kahwin .            Saya tak sabar nak kahwin ni doktor. huhu” “Fushh gatai nya.ni kena potong habis ni hehe, adik Wan baring dekat sini ye.” Grrr grrr.. bunyi katil “Baring cepat .” “Erh doktor , tak payah bius. Potong je . Sakit sikit je atuk kata . Macam gigit semut je .” “Serious . Okay . Dr memang tabik springgg la.” “okay okay ..” “Adik Wan , besar nanti nak jadi apa ?” “Nak jadi doktor macam doktor . Tapi tambah sikit . DOKTOR AL-HAFIZ” “DOKTOR AL-HAFIZ !” Pappp…*bunyi gunting potong ….…     DUP DAP DUP DAP .. jantungku berdenyup kencang . Akhirnya, dapat juga aku masuk U . Alhamdulillah, ra...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...