Langkau ke kandungan utama

[Dari Bilik Kaunselor ke Pemenang Anugerah Pro-Canselor]



Bismillahirrahmanirrahim...

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO MALAYSIA !

Alhamdulillah diberi kesempatan masa dan tenaga untuk menulis blog ni kembali.                   
Aku tak mengharap apa-apa keuntungan pun dengan menulis kat sini. 

Seriously.                  

Bukannya dapat bayaran apa pun. 

Tapi niat di hati ni nak berkongsi dengan semua tentang pengalaman-pengalaman yang aku lalui.
Semoga nukilanku ini menjadi teladan untuk sesiapa yang membaca. Lantas menjadi saham pahala buat aku yang serba banyak dosa ni.

Tak tahu camna nak mula sebenarnya. Okay nak citer dari starting. 

Btw, cam biase la. Aku part muqaddimah pun dah panjang. Ikut style penulisan seorang ikon Islam, Syed Hawa. Kalau muqaddimah boleh baca sampai abih, mesti hampa boleh baca pos ni sampai habis.

Lepas ja raya which is lepas habis sem 6, aku kerja la dengan Islamic Outreach (IOA) ABIM Penang. Kerja simple je. Buka IOA. Siram pokok. Letak pamplet kat luar. Main fon. Kalau ada orang lalu ka, singgah ambik pamplet ka, baru aku keluar approach dorang. Petang lepas asar aku balik rumah. Tu la rutin tiap hari. Tapi aku letak target la. Dalam sehari kena jumpa sorang foreigner. Alhamdulillah la target tercapai. Jumpa Jepun, Korea, Itali, France, Germany and banyak lagi la. Memang kena cakap English la kan. But no worry. They are also same like us. Basic English je dorang ni. Yang US and UK je yang English berhabuk. Yang lain tu cam sembang dengan orang melayu je.


Masa kerja kat IOA tu, aku dapat wassap dari Madam Dayang. Dia minta aku kasi emel sebab dia nak calonkan untuk anugerah akademik. Aku blank gak. Anugerah Akademik untuk apa pulak ni? Sebab masa dinner hari tu dah dapat anugerah dah. Tapi disebabkan hormat dengan lecturer. Aku pun bagi la emel.

TUP TUP…

Aku dapat emel. Rupanya madam calonkan aku untuk anugerah akademik masa konvo nanti. 
Dalam emel tu ada la ciri pemarkahan, anugerah-anugerah yang ada, dan reward untuk setiap anugerah. Bila baca requirement dia, Alhamdulillah la. Aku layak la nak dicalonkan.

Konsep dia lebih kurang cam MEGAH. Kena bagi sijil bagai. Nasib baik masih ada yang MEGAH punya dulu. Aku just copy paste je la lagi. Tak payah nak scan dah sijil-sijil tu. Lepas tu, aku pun send kat satu emel ni. Dia tulis bkartika@unimas.my cam tu kot. Lebih kurang. Then lepas hantar. Madam minta buat video resume untuk junior tengok aktiviti fskpm. Aie aku dah grad pun kene buat keje fakulti lagi haha. Takpe la. Lecturer kesayangan punye pasal. Onzz jak.

Dah sebulan keja IOA, aku hantar adik ke UTHM , Pagoh. Tu la first time jejak kaki ke Johoq. Pastu aku pi belajar kat Pondok Baitul Qura (BQ), Sungai Udang, Melaka. Dua minggu belajar dua kitab. Safinatunnajah dan kharidatul bahiyah. Belajar la kitab fiqah yang basic and kitab akidah. 









Habis belajar kat BQ, aku sambung keje seminggu kat IOA. Bosan yang teramat dah buat keje yang same je kat IOA tu. Before this aku berdua jaga IOA tu. Ada junior sorang. But dia sambung belajaq pulak dah. Lepas tu sambung daurah kat Kedah pulak. Area Bukit Lada, Pokok Sena. Kat rumah YB Bukit Lada. Oh lupa lak. Sebelum daurah, aku diberi iklan pasal peluang kerja kat satu maahad ni. Aku malas nak sebut nama maahad tu. Boleh hilang mood aku nak tulis blog ni orh. Peluang kerja sebagai guru akademik. Aku ade pengalaman mengajar calculus kat budak first year dulu. So boleh lah kot. Then aku call pengetua dia. Makes story short, aku ditawar kerja kat maahad tu lepas habis aku daurah tapi kena present dulu.

Daurah kali ni tak banyak masa lapang. Penat dia hanya Allah yang tahu. Tapi seronok. Sebab rapat dengan semua peserta. Jumpa dengan ulama kedah. Macam-macam lagi la. Btw, tempat tidur kami untuk kedua-dua daurah ni beralaskan lantai ja. Ada pun selimut and kain rida cam tu ja buat alas. Struggle is real. Tapi awai-awai ja rasa susah. Pastu semua tu jadi okay. Alah bias tegal biasa.

Dah daurah kat Kedah tu. Aku pun prepare untuk kerja. Oh lupa lak nak bagi tau. Masa daurah tu, Prof Chen suruh aku hantar abstract la pulak untuk participate untuk pertandingan e-learning. Before this aku dah hantar poster dah. And dah PM dah Prof ade pape lagi tak. Ingatkan takde dah. Dah kat daurah Kedah tu barulah nak suruh buat abstract bagai. Aduhhhh. Mane la aku bawak laptop masa ni. Aku pun minta la tolong rakan-rakan yang boleh dipercayai dan supportive untuk tolong aku buat abstract tu. Semua benda dah ade dah. Cuma nak buat abstract je lagi. Alhamdulillah la. Allah permudahkan. Dorang pun sanggup tolong aku. Aku pun dapat hantar on time kat emel pertandingan e learning tu. Lepas dua tiga hari, masa tengah daurah tu, aku dapat emel dari e-learning tu yang penyertaan aku diterima and aku kena bayar yuran dia. Pastu aku bagi tau Prof. Prof cakap unimas akan bayar yuran tu. Aku hanya perlu bayar duit flight ja. Balik ja dari daurah. 




Prepare untuk keja kat maahad ni. Kat maahad ni. Hmm malas la aku nak cita. Buat tension ja.




So makes story short lagi. Aku balik unimas lepas raya aidil adha and join pertandingan e-learning tu. Aku boleh pulak dapat bronze award. Ingatkan nak dapat sijil je. Alhamdulillah la rezeki Allah.

Salah caption atas. Lau la hum. Bukan kum.

Eh jap. 

Aku tengok tiket masa bulan 6 tu lagi. Hmm Aku dok tengok tiket makin mahai. Aduhhh dilemma nya, kalau beli tiket sekarang, takut nanti burn kalau menang anugerah tu. Aku pun bincang dengan mak. Kami decide beli ja la tiket. Anugerah tu cam tak dapat je. Sebab tak dapat apa-apa information dari Unimas. So sedar diri la. Hang sapa kan. Aku pun beli tiket hari isnin petang. Mak abah beli tiket selasa sebab nak balik cepat. Kiranya rabu konvo then terus balik. Aku balik isnin sebab nak ambik jubah semua.

TUP TUPPPP.

Aku dapat emel. Tahniah anda memenangi anugerah akademik. Pastu dia minta aku buat video pendek and isi satu borang ni. Ingatkan orang lain pun dapat emel ni. Aku pun tanya la si didi ni. Dia cakap tak dapat pape pun emel. 

ALAHAI. 

Pastu anugerah ni benda ape? Untuk aku je ke? Aku pun emel la kat alamat emel yang bagi tahniah kat aku tu. Kalau saya pemenang anugerah, saya perlu pergi ke sidang pertama?

Pastu dapat emel. Dia cakap, Ya. 

ALAMAKKKK

Tiket aku dah beli kot. Mak abah pun dah. Berapa ratus burn tu.
Dilemma lak. Takkan takpi ambik anugerah. Kalau pi, takkan nak burn ticket. 

Hmmm...

Cakap lah kat mak. Mak cakap tiket burn takpe. Anugerah tu bukan semua orang dapat. 

Proceed ja la. Beli tiket baru.

Prof Chen suddenly pm aku. Prof Chen wassap yang ade tak dapat emel dari unimas. Pastu aku bagi tau la ade. Pastu Prof cakap ni secret tak boleh bagi tahu aku. Eh. Prof yang wassap aku. Pastu cakap secret pulak. Takpe la. Aku suka surprise2 ni. Satu hari tu, Prof bagi iklan pasal scholar zamalah. Scholar ni untuk student yang nak ambik master in research kat unimas. Banyak gak borang kene isi tu. Tapi satu benda yang aku pelik. Scholar tu untuk student yang dah diterima jadi pelajar master unimas. Aku tak dapat surat tawaran apa lagi. Aku pun hold dulu.

Nak sampai due date. Baru aku rasa nak pm Prof. Ha masa nak pm tu. Pagi-pagi tu aku bukak fon. Sementara tengah dengar budak-budak tahfiz ni menghafal. Then, aku dapat emel dari UPM. Emel tu kate yang proposal aku diterima. And masuk UPM tahun depan bulan 2. 

Alhamdulillah.

Then dalam pukul 9 lebih tu, aku perasan ada miss call dari USM minggu lepas. Dorang mesej suruh call balik. Aku pun call lah. Alhamdulillah. Rupanya aku dapat tawaran USM. Disebabkan pointer aku okay. Dorang nak tawarkan fast track. Tapi dorang dah set kat system yang aku ambik master je. Orang tu bagi tau yang aku boleh tukar ke PhD lepas setahun. Nanti cek balik kat portal usm.

Lepas tu, aku pun wassap prof. Siap screenshot emel UPM tu lagi. Aku pun bagi tau USM offer untuk master jugak. Then Prof pun terpaksa bocor rahsia yang aku dapat anugerah dan bagi tau yang aku akan dapat biasiswa zamalah dari unimas tanpa aku minta pun. Patutlah prof tak push aku suruh hantar cepat-cepat zamalah tu. Alhamdulillah. Hmmm byeee UPM and USM…kot.

Aku balik unimas awal seminggu. Hari rabu malam lagi. 23/10. Satu sebabnya tiket mahal la kalau nak dekat konvo tu. Lagi satu banyak benda kene settle. Ambik jubah la. Raptai la. Macam-macam. Haaa satu lagi nak cerita ni. Hari Jumaat tu aku kena datang sebab ada raptai untuk anugerah and ucapan wakil graduan. Camne boleh jadi wakil graduan ni. Haaa jap citer.

Hari jumaat. Sir Sofian minta aku hantar CV. Pastu aku tanye la kenapa. Sekali sir suruh jadi wakil graduan. Setiap fakulti kene hantar dua wakil. Nanti dorang akan pilih sape nak berucap. Alaaa aku lagi. Dah la kene buat video. Pastu resume lak. Hmm nasib baik dah ade dah resume tu. Aku pun bagi je la. Then sir cakap nak baru. Aku pun bersungguh la buat baru. Sebab sir nak hari tu jugak. Lepas jumaat. Alhamdulillah siap. Aku pun send la kat emel sir.


Lawa kan? Haha tapi...*baca kat bawah


PASTUUU. SIR BALAAASSS.

NI CAP AYAM JE !! 


HAHAHAHAH.

Punya la struggle. Kene cap ayam je. Pastu tanye la kat sir. Malam ni saya buat balik boleh. Sir cakap okay. Petang tu aku tak buat pun. Malam tu pun aku tak hantar resume baru. Lepas dua tiga hari aku wassap sir. Nak resume jugak ke? Sebab sibuk sikit dengan kerja Maahad ni. Sir cakap takpe la sebab aku dah cc emel tu kat dekan and timbalan dekan. Alhamdulillah. Btw. Aku citer la kat story wassap aku. Pasal benda ni. Pastu Syu reply. Dia cakap ada beza antara CV and resume. Yang aku bagi resume, bukan CV. Patutlah kena cap ayam. Biar je la.

Tapiiii tengok-tengok aku di add dalam group wakil graduan. Laaa. Cap ayam pun dapat jugak. Then kami disuruh buat video and hantar kat emel sorang lecturer ni. Aku dah buat dah video resume yang unimas minta tu. Aku pun hantar je la kat Dr tu. Next Tuesday, which is sehari sebelum aku balik unimas. Aku di add dalam group ucapan wakil graduan. Rupanya aku terpilih jadi wakil graduan untuk ucapan masa sidang aku. Allahhhhh. Cuak dia. Wushhh. Eh ade Wasabi gak dalam tu. Rupanya ada dua orang untuk setiap sidang. Aku pelik gak nape ade dua ni. Oh ada sorang backup. Aku pun okay je la. Maybe aku lah backup tu. Wasabi yang bagi ucapan. Sekali terbalik. 

ALAHAIII !!

So khamis ambik jubah. Lame gak la urusan ambik jubah ni. Sampai ke petang baru dapat.
Malam khamis tu herman ajak photoshoot. Aku onz ja. Baru tergerak  hati nak bergambar. Sekali Allah makbulkan. Alhamdulillah. Dia set pukul 630 dah kat unimas. Awalnyaaa. Layan jak la. Lepas subuh. Sekali aku tertidur. Pukul 645 baru bangun. Pastu kelam kabut pergi unimas. Pukul 730 baru sampai. Rupanya Isham pun baru datang. Fuhh kiranya tak pergi awal tu ade hikmah la. Isham photographer kami. Then kami pun photoshoots.







Baru teringat kat fakulti ade program hari tu. Dalam pukul 9 lebih kami pun berjalanlah ke FSKPM. Perghhh ramai beb. Dengan NC & TNC pun ade sekali. Aku nak pi ambik makan free je. Lecturers semua kena turun la dah orang-orang besar datang. Maka berjumpalah aku dengan lecturers semua tu. Semua cakap tahniah. Orhh tahniah sebab grad la kot an. Tapii aku rasa cam pelik gak. Tahniah untuk ape ni erk? Lecturers tahu ke aku dapat anugerah tu? And kalau aku dapat anugerah, anugerah ape yang aku dapat erk? Aku sendiri tak tau.




Suddenly dekan panggil. Jumpa dengan NC. And she introduces to Prof Kadim that I’ll receive anugerah pro-canselor. Masa tu baru aku tau anugerah apa yang aku dapat. NC pun cakap tahniah. Aku rasa Dr Su dah viral kan kat group lecturers FSKPM ni yang aku dapat anugerah. Haaa patutlah lecturers cam tahu-tahu je. Maka aku pun bergambar dengan lecturers yang ada. Masa nak balik tu jumpa dengan Dr Sofiah. Dr pun nak balik bilik jugak. Then aku pun tegur. Dr ajak menyembang pulak dah. Banyak dorh nasihat and cadangan Dr bagi kat aku. Dr cadangkan aku belajar overseas. Hmmm kalau duit bertimbun boleh la saya pi oversea Dr. Minta scholarship dari U luar. Dr pesan suruh think big. Jangan kecikkan hala tuju kita. Dream big. Dr Wan Sofiah ni junior UUM mak aku beb. Hari tu pun aku dah bagi tau kat Dr yang maybe Dr kenal mak. Ayat yang paling aku ingat masa jumpa Dr tu. 

“Haziq today you’re a student, but one day you will be a CEO”. 

Wow ! 



Doa seorang guru ni makbul. Aku pun aminkan lah. Then kami pun bergambar. Si Herman tu ajak bergambar kat pitas. And dia dah pergi awal lagi. Kesian lak kat dia lama-lama tunggu. So aku pun minta diri. Btw, jumpa lah junior-junior and kawan-kawan kat fakulti masa tu.



Aku lari pergi ke moto sebab herman wassap “lama lagi ke”. Kesian lak. Aku pecut pergi PITAS. Then nampak dia kat jeti. Lawa gak view ni.  Kami pun bergambar situ.





Lepas tu bergambar di PITAS pulak and our last photoshoot was at gate unimas. Lantak la orang dok pandang. Janji hati aku puas sebab dah grad. Jam dah dekat pukul 12. 











Maka tamatlah sesi photoshoot dengan Herman.

Aku pun pi PITAS. Ada bubur lambuk guys. Rezeki rezeki. Masa khutbah tu, aku memang nyawa-nyawa ikan dah. Penat kot dari pagi bergambar semua. Tapi tak ketiduran sebab isi khutbah tu menarik. Dr Halim lak khatib. Then lepas jumaat aku tidur lah. Penat dorhh. 

Sedar-sedar pukul 2.15. Kene ade kat DETAR pukul 230. Sempat lagi la ni. Pergi lah DETAR. Masuk je DETAR tengok-tengok takde geng. Aku pun melepak kat luar dulu. Lepas tengok cam dah ramai, aku masuk balik. Allahu. Ramaiii nor. Silap lah tak masuk dari awal. Aku pun dok dengan Syuib. Tak lama lepas tu. Kami yang wakil graduan ni disuruh untuk pergi jumpa dengan Dr yang add aku dalam group tu. Dr tu minta kami panggilnya Ibu. Kami pun dikuarantinkan ke Dewan Nilam kat luar detar. Kat situ kami praktis untuk bagi ucapan. Mula-mula Abang Muhai, then Leeroy. Pastu aku volunteer. Masa part aku nak cakap tu, tiba-tiba Syuib wassap yang nama aku dipanggil kat DETAR. Terus tersasul masa praktis. Aku pun bagi tau la yang kawan saya wassap ni. Semua gelak sebab takut nanti masa hari betul-betul orang wassap buat aku tersasul lagi. So better guna kertas je. Aku pun praktis guna kertas.

Lepas aku praktis. Kami disuruh stop and bergerak ke DETAR. Masa tu lah kami buat raptai untuk penerima anugerah. Nak berjalan pun kene raptai beb. Protokol betul. Orang semua dah keluar dah masa tu. Detar dah takde orang. Tinggal kami-kami je lagi. Then dah lewat. Kami pun decide bila nak praktis dalam Detar. Kami decide hari ahad pagi dalam pukul 10+ kat detar. Nak awal lagi tak boleh sebab yang kristian kene pergi church. Ibu boleh pulak melawak. Korang sembahyang subuh je la pagi ahad tu . Eheeekk. Tapi kat sini tak sensitive sangat. Orang boleh melawak camtu ja. Takda la jadi isu apa sangat. Ni bagusnya Sarawak yang takda kat tempat lain.

Keesokan harinya, hari sabtu ni je la yang aku rasa aku free. Tanpa sebarang gangguan. Aku pun jogging kat unimas pagi-pagi tu. Baru teringat yang minggu tu minggu cuti mid term. Memang aku sorang je yang jogging. Pastu baru datang budak-budak sekolah. Training kot. Then balik umah Abg Ewan. Tidur jap. Pastu gerak gi vivacity. Sebab nak beli baju blazer untuk dinner palapes. Alhamdulillah kebetulan hari tu padini buat sale. Blazer dari RM299 jadi RM 159. Rezeki sangat la tu. Aku pun beli. Pastu pishang lak sorang-sorang kat vivacity tu. So aku pun cari makwe.  Okay gurau je. Aku pergi la tengok kat TGV ape citer yang best.

Ha teringat haritu ade bace story wassap sorang sis purdah ni pasal maleficient. Oh rupanya maleficient ni cerita baru keluar. Ingat maleficient yang lama tu. Pelik gak la mane die tengok citer ni kan. Pergi wayang ke erk? Sampai hati tak ajak aku. Erh tiber. Tengok kat schedule dia. Cam cun je. Lepas solat zohor dalam 130 tu. Seat pun tinggal beberapa je lagi. Orang cakap citer tu banyak moral. So aku beli lah tiket.

Lepas solat rasa dahaga lak. So aku pergi la kiosk mana-mana yang jual air. Oh ternampak chat time. Nice gak ni. Boleh bawak masuk wayang sambil minum-minum kan. Masa tengah queue tu. Aku rasa cam kenal seseorang.

LOORHHHH !! 

Nini keje kat situ. Nini dah la pernah buat masalah dengan aku masa pertandingan e-learning hari tu. Dalam hati rasa nak cepuk je. Tapi aku buat lek dah la. And aku pun tegur dia. Dia keje cashier kat situ. Aku siap minta dia rekemen mana air yang sedap. Pastu aku beli ikut rekemen dia. Tak pa la. Let bygone be bygone…

Benda dah lepas dah. Kalau aku ungkit balik masalah tetap tak selesai.

Sejujurnya, dalam sehari, aku sentiasa doa kat mak abah, adik beradik, kaum kerabat, guru-guru, kawan-kawan and semua muslimin muslimat agar kita semua diampunkan dosa, mati dengan husnul khatimah dan dapat masuk syurga sama-sama. Sebab tu bila ada orang yang aku kenal khianat kat aku, aku rasa terkilan tu. Its okay. Aku tetap doakan untuk kalian semua. Dalam sujud aku. Dalam tahajud ku.. Akan terus berdoa sampai penghujung nafasku.

Insya Allah.

Aku cakap kat dia, jumpa rabu depan sambil lambai tangan. Dia pun lambai balik. Aku pun melayan maleficient dengan tenang walaupun tengok movie sorang-sorang. Tadi shopping sorang-sorang. Sebelum tu, ride moto sorang-sorang. Hmmm. Bosan beb sorang-sorang ni. Nak ajak member semua keje busy je kan. Lagi satu, kene sedar diri la. Hang tu sapa kan.

Habis tengok movie. So banyak lah moral values yang ada dalam cerita ni.
Kalau ulstead and moors boleh bersatu, kenapa tak keluarga kita ? Cia cia.
Tu antara moral yang ada.

Dah solat asar. Gerak pi waterfront jap. Viva and waterfront ni tak lah jauh mane. Lepak-lepak kat situ. Tiber-tiber awan mendung. Makin gelap. Malam tu dah la nak pi Baitul Ilmi. Tak boleh jadi ni. So aku pun pecut. Tak jauh pun dari waterfront tu. Tiba-tiba hujan lebat. Hmmm.. dengan tak pakai baju hujan. Pastu isnin nak sidang. So perjalanan aku stuck kat stesen shell. Punya la lebat hujan. Dengan kilat lagi. Aku pun pishang. Kebetulan ada skrip untuk ucapan wakil graduan tu. So, aku pun praktis la kat situ. Lantak la orang pandang. Tunggu sampai seriyat sikit. Baru gerak.

Sempat berjemaah maghrib kat Masjid Samarindah. Jumpa lak geng-geng tabligh ni. Menyembang jap. Pastu gerak balik umah abg ewan. Lepas mandi and makan malam mua, aku gerak pi samarindah lagi. Solat isyak. Then jumpa lagi geng-geng tabligh ni. Dorang tengah keluar jemaah. Lama lak sembang kali ni. Pastu baru gerak ke Baitul Ilmi. Masa kuliah tu, hanya Allah je tahu penatnya aku masa tu. Dr Samsur and abg Tamsir tanye bila sidang. Aku jawab la rabu. Malas nak orang tahu aku sidang isnin jugak. Lepas makan sikit, balik umah terus la. Penat dorhh.

Ahad pagi berkesempatan sarap dengan Hakim Rahman kat mums’ laksa. Pastu datang Abang Dolah. Yang best nya. Abang Dollah belanja makan beb. Perghh selamat duit aku. Aku cakap kat Hakim yang aku nak belanja awal-awal. Lepas hantar Hakim balik kolej. Terus gerak ke DETAR sebab ada rehearsal ucapan wakil graduan. Rasa excited nyaaa. Bercakap kat DETAR kot. Bukan semua orang dapat rasa benda ni.

Rehearsal tu hampir semua datang termasuk backup. Kami diminta untuk try guna mic. Lepas tu kami post mortem. Masa post mortem tu. Banyak la kena baiki. Then aku, Anis and Abang Muhai kene tunggu sebab kami tak berapa nak padu. Hmm. Tak reti la nak guna suara perut bagai ni. Belajar je la. Then ada part yang kami kena emphasize. So sebab tu kalau korang perasan ada part yang aku cam tekan sikit, ada part cam nak nangis and macam-macam lagi. Kami bertiga kena tahan sampai nak dekat pukul 2. Lama dorhhhh praktis. Yang teruk sekali aku kot. 

Lepas rehearsal, saje melawat asasi and solat zohor kat masjid baru. Lepas solat abah minta tambah luggage mua sedangkan malam tu dah boarding. Nasib baik boleh tambah luggage even dah check in. Lepas tu pergi SUBUR and tido jap. Sedar-sedar dah pukul 430. Takde sape pun azan ke? Aku solat asar and hujan pun turun. Lepas kat SUBUR sampai nak maghrib. Then balik rumah. Lepas isyak tu, baru nak streka baju mua. And praktis untuk ucapan dalam bilik. 

Btw, masa tu Abang Ewan and family pergi rumah Mak Long sebab tunggu mak abah sampai. Aku lepas training ucapan tu, pergi umah maklong. Tapi tengok cam dah tido je. So aku pun balik rumah Abang Ewan . Pastu abg ewan dah sampai umah. Aku tanye la. Nape rumah dah berkunci? Dah tido ke semua? Abg Ewan cakap tak lagi. Makanan semua dah terhidang kat rumah tu. Allahu. Bukan rezeki aku la kan. Pastu terus tido la. Penat kot walau training bercakap je.

MAJLIS KONVOKESYEN UNIMAS 

Lepas subuh. Baca al-quran jap. Then mak call. Mak suruh pergi umah mak long. Aku prepare jubah semua pergi la umah mak long. Kami pakai sedondon warna biru semua.

Kene ada sane pukul 830. Tapi sampai DETAR pukul 845. Dah gerak awal dah. Jam gak la depan UNIMAS tu. Sampai je unimas. Parking lak takde. Apuuu. Kene la letak jauh sampai kat canselori tu. Pastu hujan renyai lak.. hmmm. Sampai je kat Detar. Polis bantuan tegur aku. Lorh abg shahrul rupanya. Aku pun angkat tangan ja la. Pastu masuk kat pintu. Polis bantuan lain ni cakap ibu bapa kat ruang menunggu. Pastu aku bagi tau la saya dapat anugerah dan kami kena masuk dulu. Terus masuk cam tu ja. Siap ada orang escort lagi tu. Mak abah jadi VIP beb. Dok depan sekali. Duduk sebaris dengan VIP lain. 


Aku kene kumpul kat Dewan Delima. Masuk-masuk je penuh dengan orang pakai jubah pink. Fuhhh ambik aura master and PhD dulu. Excited orh tengok dorang. Semua happy je muke. But orang pandang pelik la kat aku. Jubah biru? Salah sidang ke ni. Ye la kan. Muka pun tak nampak cam budak pandai. Then aku jumpa semua pemenang anugerah. Masa tu kelam kabut la sebab aku lambat. Kami dibawa ke dalam DETARuntuk rehearsal lagi sekali. Lepas tu kami dilepaskan untuk bergambar. Masa tu kami je ada dalam DETAR. Lepas puash bergambar. Kami dibawa masuk balik Dewan Delima untuk perarakan masuk siswazah. Masa tu terjumpa lak Dr Samsur. Aduhh kantoi. Aku pun angkat tangan je la. Masa masuk dalam Detar tu excited dia tak kepalang. Sebab tu masa sidang fakulti, aku tak excited sangat. Tengok waris-waris lap air mata. 

Perghhh rasa cam wow. 

Pengorbanan kami akhirnya berbalas. Kami 4 orang ditempatkan kat kerusi khas. 5 ketul kerusi je. And ada buku unimas kat situ. Then tunggu VIP datang punya la lame. Belek-belek buku tu. Sekali tengok ada muka aku. Allahuuu.


Sementara tunggu VIP. Aku bawak buku Ablasa. So hampir habis gak la tunggu VIP nak mai. Masa VIP datang, ada lintas hormat kat palapes tu. Pastu ucapan NC and TYT. Masa NC berucap tu, ada dia minta semua berdiri and berikan tepukan gemuruh. Masa tu Nampak beb ramai yang teriak. Ooomen. Nanti aku nak buat camtu gak. Pastu giliran canselor pulak. Allahu lama nya dia berucap. Aku dah tak tau nak buat apa. Sambil baca buku Ablasa, aku picit jerawat. Nikmat beb picit jerawat di kala waktu lapang dan kepishangan ni.

Ehhh japp. 

Aku rasa cam ada cecair keluar. Aku tengok tangan. 

ALLLAHH ! BERDARAH LAK !! 

Dah la lepas canselor berucap dah penyampaian scroll. Camne nak buat ni. Aku ambik jubah. Tekap kat muka. Tapi tak hilang gak. Aku dah gelabah. Aku pergi tandas. Kat tandas tu. Aku tengok bro-bro ni dok teriak. Maybe dorang rasa terharu betul kot mase tepuk tangan tadi.

ERHHH JAP . 

Lepas tengok cermin. Aku perasan. 

DARAH TADI MELEKAT KAT TIE AKU YANG WARNA PUTIHHH !! 

ALAHAAIIIII. 

MANA NAK CARI TIE BARU MASA-MASA NI.

Aku ambik sabun and cuci tie tu. Fuhhhh ! Alhamdulillah hilang pun. Bersihkan kesan-kesan darah tadi. Pastu masuk balik Detar dengan muka yang tenang lagi tenteram.

Semua student master and PhD beratur dah. 400+ orang jugak la. Kami turn last sekali.
Habis semua dapat scroll. Then turn kami berempat. Nama-nama sorang dipanggil, sebut biodata and ambik anugerah.

Yang tak boleh blah masa biodata aku tu. Dia cakap berasal dari KKB. 
Alahai. Aku Penang kot. KKB tu lahir je situ. 





Lepas dapat anugerah tu, aku diescort untuk bergambar and sidang media. Sidang media lah sangat. Dorang interview Anis je. Kami dipalaukan. Hmmm. Tapi yang penting untuk sesi fotografi tu aku ada la. Mula-mula dengan surat-surat khabar ni. Pastu dengan NC pastu dengan Canselor. Penat bergambar je mase tu. 





Fuhhh. Then kami dibawa ke Dewan Mutiara untuk makan. Perghh. Cam VIP dorh. Bawak parents sekali la. Masa makan tu tak cukup satu meja untuk semua pemenang anugerah. Then Shervin makan tempat lain. Dah la semeja semua tu orang Sarawak. Mampuih mak abah nak sembang. Tapi mak cam biasa dengan ramah dia. Semua orang mak boleh masuk. Salute !

With Prof Chen. At last, I got the chance to take picture with her.



Ni abah aku kat UNIMAS
Lepas makan, solat zohor. Allahuu lewatnya la solat. Istidraj nanti. Lepas solat, geng-geng tabligh unimas datang buat ghast. Haha tak lah. Jumpa jap an dorang. Junior-junior. Dorang ni je sudi datang hari isnin tu. Then bergambar sampai pukul 330. 

Bakal anugerah diraja insya Allah
Bersama pemenang anugerah bapa mithali. insya Allah






Geng tabligh unimas ni je la yang aku rasa setia kawan yang padu. Masa aku terkapai-kapai selalu aku cari dorang. Bila duduk dengan dorang selalu rasa okay balik. Eh dulu nak dijadikan cerita. Aku cukup tak suka tabligh ni. Dok ketuk pintu bilik orang. Pastu sembang pompang sangat tapi subuh tak datang pun. Masa first year dah hujung-hujung sem 1 tu starting aku meramahkan diri dengan tabligh dengan join keluar jemaah dari jumaat sampai ahad. Lepas first time keluar jemaah tu la aku baru tau tabligh ni camne. Kalau dorang ni takde, aku tak rase ostat-ostat yang menjadi meja penceramah masjid-masjid akan turun padang ke kampung-kampung dan jalanan berdakwah. Masa aku koyak teruk masa sem 2, Abang Ryno, Abang Amsyar, Numbu and geng tabligh ni la yang cool down aku and banyak bagi nasihat. Masa tak dapat MPP, malam tu terus aku gi SUBUR. And selama kempen MPP tu, dorang ni la banyak tolong aku. And at last, masa dapat anugerah tu, aku dapat bunga dua tiga dari dorang. Siap ada yang bagi bunga betul tu. Mesti mahal.

Pukul 330 gerak pergi pejabat dekan FSKPM lak. Madam Dayang and Dr Su buat makan-makan. Ingatkan sikit je yang ada. Rupanya ramai. Sir Sofian pun ada. Pastu ada ucapan penghargaan sikit dari Dr Su. Puji melambung Madam and Dr Su ni kat aku. Haih. Anugerah ni dorang la yang cadangkan nama aku. Btw, makan-makan ni untuk 3 orang. Lagi dua orang tu student kaunseling yang dapat anugerah peringkat kebangsaan and international. Lagi padu dari aku. Aku setakat unimas je. Terharu la kan bila lecturers buat jamuan bagai kat aku ni. Pastu Madam Dayang siap cakap kat mak, 
“Haziq ni anak saya ni.” 

Hmm aku dah agak dah. Jodoh aku orang Sarawak. Eh tiber. Hahaha.



Dalam pukul 5 tu, kami gerak ke PITAS sebab aku tak solat asar lagi. Then jumpa rakan taulan. Dorang ingat aku photoshoot. Tapi aku terpaksa bagi tau la yang tadi pergi detar dapat anugerah. Then bergambar lak dengan dorang. Lepas solat, terus gerak ke rumah Abang Ewan. Mandi pastu gerak rumah mak long. Packing barang sebab nak tidur semalam kat hotel. Malam tu ada majlis makan malam palapes kat Hotel Magherita. Si Anis ni pernah ajak aku jadi partner makan malam dia masa second year. Masa tu, ingat lagi, kami masuk perbarisan. Then dia cakap kat aku nanti jadi partner makan malam dia. Aku okay je. Asalkan makan free. Kat hotel pulak. Sekali dia ingat beb. Dia pm aku beberapa hari sebelum dinner tu. Dah la aku tak save nombor dia. Sebab dah janji. Maka aku ikut ja la. Yang penting makan free kat hotel. 

PADUU !

Scary dorh makan dengan palapes ni rupanya. Tiba-tiba bunyi trompet cam nak perang. Masa tu semua tegak. Pastu datang sorang ni berkawat. Dia dengan pakai baju lengkap askar ni bagi laporan kat timbalan komanden. Dia bagi tau makanan dah sedia je pun. Hishhh scary. Then nak masuk tempat makan kene berdua. Yang mana couple tu siap apit-apit tangan lagi. Harap maaf la nak apit-apit. Makan free pun syariat kene jage jugak. Pastu makan punya la tertib. Allahu. Garpu mana kene guna. Adab makan camne. Pastu bunyi lagu baru boleh makan. Lagu stop kene berhenti. So kene makan cepat-cepat la. Nasib baik tak tercekik. Kami candle light dinner. 

Alaa acah romantik lak dah. Demi makan free, aku layan je la.



Then kepenatan yang teramat sangat dari pagi terubat dengan mak abah book bilik kat hotel tu. 
Tidur tak puas gak. Sejuk sangat.

Esok subuh berjemaah satu family sebab cam lambat je nak ke Masjid India. Kami duduk la kat hotel tu sampai pukul 12. Pastu baru check out.

Bukak je wassap. Mak Shervin wassap mak yang gambar kami ade kat paper borneo post. Mase check out tu, abah pi ambik newspaper free kat lobby hotel. Borneo post and new tribune. Dua-dua ada muka kami. Pastu solat zohor kat Masjid India and makan tengahari kat waterfront. Pastu beli cake lapis kat Kampung Gersik.

Dalam pukul 4 camtu, otw pi unimas nak tengok rakan-rakan grad. Abah singgah stesen minyak. Minyak tinggal sikit. Pastu mase nak gerak keluar. Abah nampak ade surat khabar. 
Abah cakap pi beli, mana nak tau ada muka hang. Aku pun beli. Sekali betul. Ada kat Suara Sarawak and Utusan Borneo. 



Sampai unimas je tunggu la dorang keluar. Pastu jumpa la dorang semua. Aku pesan dah. Esok datang tau konvo aku. HAHA.





Kami solat maghrib kat Pitas. Pastu otw nak ke rumah maklong, masuk waktu solat isyak. Solat jap kat surau Kampung Berangan. Baru gerak pi umah maklong. Malam tu dorang buat celebration birthday abah. Cam biasa lah semua menyembang. Dalam pukul 10 lebih tu aku balik awal sebab nak sidang esok. Balik tu aku praktis lagi untuk ucapan tu.

Esok tu cam hari isnin. Lambat sampai detar. Kene ade pukul 7 kat dewan delima. Tapi aku sampai 7 lebih, nak dekat 730 kot. Then sempat la buat dhuha jap. Allah dah bagi rezeki. Tak reti nak bersyukur lagi?

Jumpa la dengan member-member semua, tapi tak sempat pon nak bergambar. Ye la kan. Dah la datang lambat. Setakat dapat lambai-lambai tangan ja la. 
Sempat dengan Ling je. Sunburn terox
Terus kene beratur untuk perarakan masuk graduan. Masa masuk detar tu tak rasa excited sangat sebab dah rasa hari isnin lepas.

Lepas ucapan semua tu, terus penyampaian ijazah. Pergh cepat nye sidang kali ni. Aku tak alert dengan tentatif. Lepas ucapan pro canselor. Aku nak pergi tandas. Rasa nak terkencing beb.
TAPI ! Usher tu tak bagi lak aku pergi tandas. Aku tarik muka la. Tahan je la.

Dr Su as dekan fakulti umum HR naik pentas, pastu kaunseling and last baru SK.

WEYHH LAME DAH AKU TAHAN NI. TERBURAI JUGAK ATAS STAGE TU.

Masa beratur nak ambik ijazah tu, ramai polis bantuan and usher-usher tegur, cakap tahniah. Oh biasa lah tu kan. Pastu aku rasa cam pelik sikit bile ade kakak tu cakap nanti nak berucap kan. Camne dorang tau ni?

Aku naik atas stage dengan tenang pastu ambik ijazah. Aku tak minta orang rekod or tangkap gambar aku weyh. Alaahaiii ni dah la sekali seumur hidup. Minta-minta la unimas upload video konvo tu balik. Turun je dari stage terus pi jumpa ibu. Dah arahan cam tu. Ibu suruh. Tak sempat pun nak bergambar dengan member. Its okay. Lepas keluar nanti nak bergambar la dengan kawan-kawan semua. Masa tu baru lah aku pi tandas. Mula-mula kena halang tapi aku bagi alasan nak bagi ucapan japgi. Pastu orang belakang aku bagi alasan lagi padu. 

“Dah hujung-hujung dah ni.” Orang jaga pintu tu pun bagi la kami keluar.

Aku dikuarantinkan. Dok kat tepi. Cuak gak la masa tu. Tapi disebabkan aku rasa dah praktis terux dah. So perasaan tak gelabah sangat la. Habis FSGK, ada pengumuman akademik. 



Lorh baru aku tau yang muka aku terpampang kat setiap sidang. Patutlah masa beratur tu orang dok cakap tahniah len macam ja. Ya la kan. Awat cakap kat aku sorang ja. Baru aku tau sebab dia. Masa nama-nama pemenang lain tak riuh. Sekali nama aku riuh beb. Video jadi bukti. Hahaha. Pastu ucapan wakil graduan.

Ibu and madam dah pesan yang sidang yang ada FSGK and FSKPM akan paling riuh. Masa tu dorang tak tahu yang sidang tu aku la wakil. Sebab tu la dorang train betul-betul. And the time has come. 

Fuhhh !

Cam nak tercabut jantung awal-awal nama aku dipanggil untuk berucap tu.



Dan aku baca salutasi. La pendek je. Sebelum ni panjang bebenor. Lepas baca salutasi dah lega dah. Yang lain semua dah praktis. Aku pandang depan. Aku tak nampak muka orang pun sebab rabun. Masa tu baru aku tau hikmah kenapa aku rabun jauh. Tapi sedih dia cari mak abah tak jumpa la. Lagi-lagi mak abah dok kat atas. Part touching ada ucap terima kasih kat mak ayah tu, mak cakap orang dok nangis bila dengar aku cakap cam tu. Hmmm aku yang kat atas stage pun nak nangis. Tapi control macho lah kan. Sampai tingkat 3 kot penuh detar tu. Segan la nak nangis kan. Tahan la sikit.

Masa balik mak tanye, haziq nak nangis ke mase cakap pasal ibu ayah tu? Aku jawab, takde la mak. Kami dah diajar cakap camtu. Elehh cover beb. Pastu aku tanye mak, mak nangis tak dengar. Mak pun cakap tak nangis pun. Eleh mak borek anak rintik.

Jap aku share ucapan tu. Kalau nak tengok video, boleh tengok kat IG aku. 
@ismy_haziq follow tau.

Ucapan wakil graduan

1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera, Salam Ibu Pertiwiku dan Salam UNIMASku Sayang.

Dewan detar menjadi saksi
Kejayaan diraih anak negeri
Dengan ilmu kita berbakti
Unimasku Gemilang sentiasa di hati

2. Bersyukur kita kehadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama memeriahkan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kali yang Ke-23. Sesungguhnya, kami berasa amat gembira dan berbangga, kerana dapat berdiri di hadapan barisan kepimpinan dan pengurusan tertinggi UNIMAS bersempena hari yang cukup bermakna ini.

3. Saya mewakili rakan-rakan graduan, ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala doa dan restu para ibu bapa, ahli keluarga, pensyarah, rakan seperjuangan dan staf UNIMAS sepanjang kami menuntut ilmu di sini. Pengajian di Bumi Kenyalang ini merupakan fasa kehidupan yang amat bermakna dan banyak mencipta kenangan yang pasti akan kami ingati sentiasa.

4. Teringat saat mula menjejakkan kaki ke tanah UNIMAS dengan membawa berjuta harapan dan impian, untuk berjaya dalam pengajian. Akhirnya, segala penat lelah berbalas dengan kejayaan. Begitulah kehidupan mengajar, bahawasanya kesenangan yang diperolehi pada hari ini, ditentukan dengan usaha keras kita pada masa lampau.

5. Dengan pencapaian yang kami raikan ini, kami berjanji dan bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab agar dapat berbakti sebagai anak bangsa yang berguna kepada masyarakat dan negara. 

6. Terima kasih ibu. Besar jasamu kerana tidak pernah gagal memberi perangsang, saat kami resah dan gelisah dalam ujian.

7. Terima kasih ayah.  Tinggi pengorbananmu kerana sentiasa cekal memberi dorongan, di saat hati kami hampir goyah menempuh cabaran.

Kepada para pendidik yang kami sanjungi,

8. Kami amat terhutang budi atas segala jasa dan ilmu yang diberikan. Berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami, kami bertekad akan terus komited, cekal dan ikhlas dalam mengharungi alam pekerjaan kelak. Sesungguhnya, kejayaan ini merupakan titik permulaan buat kami untuk menjalani kehidupan mendatang dengan penuh iltizam dan semangat juang yang tinggi.

9. Saya dengan rendah hati menyeru agar rakanrakan sekalian untuk berdiri.

(Graduan berdiri)

10. Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada insan-insan yang banyak berjasa sepanjang perjuangan kami di sini, saya dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan graduan untuk bersama-sama memberi tepukan yang gemuruh, kepada ibu bapa, penjaga, pendidik, dan staf UNIMAS seluruhnya.

(Tepukan 15 saat)

11. Terima kasih, silakan duduk.

Buat rakan-rakan graduan sekalian,

12. Ayuh sama-sama tanamkan tekad untuk terus berjuang, agar generasi kita dapat berbakti, sebagai pemangkin kepada kemajuan masyarakat dan negara, selaras dengan keperluan terkini dalam merealisasikan pembudayaan ilmu melalui revolusi  industri IR 4.0.

Sireh junjung adat bangsa
Simbol tradisi pengikat jiwa
Graduan Unimas pewaris bangsa
Pemacu kejayaan di mata dunia

13. Walaupun berat rasa hati untuk meninggalkan kampus yang indah ini, semangat dan jiwa kami akan kekal di sini. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat jatuh dan bangun mencipta seribu satu kenangan demi mencapai sebuah kejayaan.

14. Bagi membuktikan kebanggaan kami sebagai duta dan rakan setia kepada UNIMAS, kami berjanji akan turut serta dalam Unit Alumni UNIMAS, untuk terus menyumbang bakti kepada kegemilangan Universiti Malaysia Sarawak.  Setiap pertemuan sememangnya dijanjikan perpisahan. Namun, semoga perpisahan ini menjadi ikatan ukhwah buat kita semua. 

15. Salam kemaafan kami hulurkan, mohon dihalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan dan doakan kejayaan kami semua.

UNIMAS Gemilang tempat bersua
Membina jati seorang insani
Walaupun berpisah jauh di mata
Namun di hati tetap diingati


16. Dengan UNIMAS, kita berbakti. Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum/Salam sejahtera.

DONEEE !!!

Alhamdulillah settle ucapan. Aku rasa puas betul dorh. Penutup degree life dengan gilang-gemilang. Masa nak turun tu, Amirullah, budak gamelan hulur tangan nak salam. Lepas salam dia peluk aku. Allah. Depan semua orang tu. Layan je la. Dia ni anak buah kelas calculus aku dulu. Pastu pergi kat Ibu and madam. Dorang bangga betul. Ye la. Aku dari zero kot bab berucap ni. Then dorang train kaw kaw. Keje bergambar je an dorang lepas tu. Sampai tak larat nak bergambar. Siap ajak bergambar kat luar pulak tu.

Lepas bergambar je. Puan Kartika which is escort aku masa hari isnin tu datang. Dia nak bawak aku and parents makan kat dewan delima. Alamak. Mak abah kat atas tu. Pastu dia cakap kenapa tak bagi tau mak abah datang? mak abah patut dok bawah. Alahai. Mane la aku tau. So aku tunggu je la kat sebelah dewan delima tu. Semua VIP and lecturers jalan lalu depan aku. Then ramai puji speech aku tu. Dr Shahren siap bergambar lagi dengan aku. Alhamdulillah la. Allah permudahkan.

Lepas semua tetamu lalu, barulah orang luar boleh lalu. Barulah mak abah sampai. Then kami diescort ke satu meja makan. Untuk kami tiga ja. Wushhh. Segan lah kan. Kami ajak la Puan Kartika makan sekali. Oh ade lagi sorang laki yang usher kami. Dorang taknak makan. At last aku saje cakap. “Ponek klak. Hehe”. Ponek tu cam tulah la kat sini. Kalau tak makan kena tulah. Baru lah dorang makan. Saje je tu. Nak bagi dorang makan sekali je. Kami dilayan cam VIP kot. Dah dua sidang dah ni. Memang baguslah Puan Kartika ni. Buat keje usher betul-betul.

Masa aku nak minta diri sebab nak solat, datang sepasang suami isteri ni makan semeja dengan kami. Pastu makcik tu cakap kat suami dia. Dia ni la yang bagi speech tadi. Aku pelik la. Camne boleh tahu. Rupanya makcik tu dekan fakulti alam bina . 

Eheeekkkk ! 

Makcik ko panggil, ziq. Masa nak solat zohor, jumpa Dr Sopian. Dia puji speech aku but dia cakap better spontan je. Nak spontan erk? Lain kali la norh. Ini text dah disediakan dah.

Lepas solat aku lari terus gi keluar detar. Dengan harapan dapatlah jumpa kawan-kawan. Tapi hmmm. Aku dapat jumpa dengan Kak Adilla and Kak Bas. Dapat bunga lagi. 2 tahun kot mendewasa bersama BI ni. Lepas tu bergambar dengan Aiman and Iffah. Wakil jemaah. Dua orang je? Takpe la Haziq. Selagi lagi. Hang tu sapa ja. Terasa gak la kan. Nak la kongsi kegembiraan dengan orang lain. Masa aku dapat anugerah pun takde. Masa aku konvo pun takde.


With Baitul Ilmi's authorities

Aiman dan Iffah je
Habis madu sepah dibuang. Dan aku ni cam kain buruk je. Bila susah baru diperlukan. Bila senang campak je mana-mana.

Hahaha. Dunia-dunia. Takpe la. Sementara je kan. Destinasi aku ke syurga.

Then ada sorang kawan SK yang extend tegur. Budak cina ni. Dia sangkut dengan FYP dia. Then dia ajak bergambar. Aku sorang je melayu masa tu. Keliling aku semua non muslim. Takpelah. Semoga dorang dapat hidayah. Then menyembang dengan dorang sikit. Pastu mak abah datang. Pergi la HEPA nak bergambar. Lepas bergambar family. Terus balik rumah maklong. Packing barang mak abah and hantar mak abah ke airport.

Malam tu bawak la adik-adik berjalan kat Kuching. Abang Hafis and Amira , cousin kami temankan. Kat waterfront tu, ramai lak yang aku kenal terjumpa. Maizan Charles. Adam Usop. Wasabi and parents. Nasib baik tengah kalut nak balik masa jumpa Wasabi tu, kalau dak dah mengorat dah aku. Erh tiber.

Esok tu bawak adik-adik pusing Kubah Ria. Then jumpe member-member. Pastu pi Plaza Merdeka and India Street. Literally still in Kuching. Petang tu photoshoot jap kat waterfront.





Pastu gerak ke UNIMAS nak hantar jubah. Sekali masa hantar jubah. Rupanya jubah aku tertukar dengan Herman. LOL. Aku bagi kat Herman melalui Asrin untuk pulangkan jubah. Maka aku pulang ke Penang tanpa ijazah. Tunggu Herman pos nanti.

Fuhhhh. Begitulah cerita dari awal tentang anugerah pro-canselor ni.

Dari awal lagi aku buat korang pelik kan. Kenapa bilik kaunselor?

Ha ni nak habaq mai kat hampa. Masa asasi, sem 1 result aku kelaut teruk. 3.09 je. Memang takde harapan la nak medic. Wan Zul pun lebih kurang gak. Then dia ajak aku jumpa kaunselor. Nama kaunselor tu still lagi aku ingat. Puan Fauziah Saleh. Mula-mula kami diberi questionnaire. Lepas tu baru jumpa kaunselor. Aku jumpa kaunselor tu dulu. Then masuk-masuk je kene marah. Apahal emo tak pasal dia ni. Puan Fauziah cakap kenapa kamu stress sangat sampai poin kamu ni nak tahap saya sikit lagi kene bawak kamu jumpa psikiatri. Aku pun cerita la semua benda pasal nak medic bagai tu. Puan Fauziah pun bagi nasihat maybe ada jalan lagi baik selain medic yang aku boleh pergi. Masa asasi dulu keje koyak beb. Sampai aku ade buat satu post ‘Why not me?’ untuk melepaskan segala tak puas hati dan mententeramkan hati kat situ. Pernah aku cam persoal dalam diri, aku selalu bangun tahajud, solat dhuha tak tinggal, jadi imam pastu join program kemasyarakatan bagai ni. 

Kenape doa aku tak makbul?

Alhamdulillah. Setelah 4 tahun baru nampak hikmah. Kalau dapat medic tu, tak semestinya aku dapat anugerah ni dan anugerah-anugerah yang lain. 

Benarlah setiap kesusahan pasti diselangi dengan kesenangan. Surah al-Insyirah : 5

One more, korang kene tahu sebab apa aku struggle teruk mase degree ni.
Masa aku UPSR, dapat 5 A. Tapi mak abah takde mase aku naik stage.
Masa PMR, dapat 9A. Tapi mak abah takde jugak.
Masa SPM, dapat 9A 1B 1C. Tapi mak abah takde jugak.

Hmmm. So aku bagi tau kat mak abah. Haziq dapat degree nanti mak abah kene ade la. Alhamdulillah. Sampai dua kali mak abah tengok naik stage. Siap tengok aku bagi ucapan lagi.

Benarlah, Hard work pays off. Alhamdulillah. 

Tapi kene sedar diri gak. Allah yang bagi semua ni. 

Haaa satu lagi. Kenapa aku cakap cam tak layak untuk anugerah ni?
Sebabnya, ramai yang lebih layak. Ini pun sebab aku rapat dengan lecturers. That's why la nama aku dicalonkan. Pastu ramai yang tolong aku selama degree ni.
Cam assignments, dari first year aku minta tolong senior, minta tolong lecturers and minta tolong member.

Contoh Basic Programming. Kena buat C++ tu memang koyak teruk beb. Pastu tunjuk kat senior coding. Then dorang tolong. Paling bagi contribution untuk project aku, ketua SK, Akmal. Pagi isnin tu aku jumpe Dr Rehman. Dr cakap aku punye ni banyak tak betul. Dr minta betulkan. Sedangkan khamis dah kena hantar. Koyakkkk. Dah la first sem. Then malam tu jumpa Akmal. Dia cakap ala senang je ni. Pastu dia tolong bagi coding semua. Aku edit je lagi. Edit pun berhari-hari jugak la edit.

Pastu untuk ANN. Tu assignment aku meniru je kot. Ling la yang banyak support aku. Assignment 1 and 2 tu. Patut aku dapat kosong je. Tapi si Ling ni bagi bulat-bulat coding kat aku. Aku sempat hantar beberapa minit sebelum due date. Alaaa ingatkan dia share kat aku sorang. Rupanya ramai dorh minta coding tu. Itu pun aku dapat 5/10 je. Tapi kurang-kurang dia boleh spend time untuk aku, memang aku terhutang budi. Pastu untuk project group pulak. Aku jumpa personal dengan Dr Lee. Dr Lee siap bagi coding kat aku. Hahaha. tapi sem 3 tu aku kedekut ilmu sikit. Aku tak share kat orang pun. That's why sem tu result teruk. Camne la Allah nak murahkan rezeki kalau aku tak pemurah?

Untuk Ergo pulak, dengan aku busy kempen MPP and pengarah Pulau Salak. Kak Zaf pun busy kempen MPP. Wushh tinggai Jijo and Inthu ja lagi. Nasib baik la dorang memahami. Dorang buat banyak dorh. Aku ni cam free rider je. Then ade part dorang tak tahu. Baru lah aku function cari senior mane yang reti android studio. Alhamdulillah la Kak Zaf kenal senior FIT ni. Dia la banyak tolong untuk projek tu.

Tapi kan. Semua kos yang orang tolong aku ni. Aku tak dapat A pun. A- pun tak. Setakat B and C je. Kejayaan ni milik Allah kan. Tak pe la. Dah lepas dah pun.

Semoga kejayaan-kejayaan ini menjadikan aku seorang yang lebih taat dan terhindar dari sifat ujub, takbur, riak dan segala sifat mazmumah.

Sekian, tamatlah cerita pasal asasi + degree life. Terima kasih atas pembacaan anda sampai sini. Maaf andai tersalah apa-apa dalam pos ni.
Semoga penulisan ini menjadi motivasi buat kalian dan pahala jariah untuk saya.

See you again. Byeee !

Anugerah Mahasiswa Terbaik (Kognitif Sains)👍
Anugerah Tun Abang Salahuddin 👍
Anugerah Pro-Canselor👍👍👍

I'M DONE !
👏👏

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, I don't know how did I get here in the middle of studying but I've read all your blog posts. Rasa macam ada sebab je jumpa blog senior (yang sememangnya terkenal). Saya student sk tahun 2 and your journey through degree life nmpak sgt alive, while mine.. nothing special. Saya from asasi jugak and result samaa tapi untuk degree I feel like I'm even more useless. Dah la tk dpt medic, then 2 sem sipi2 je nk 3.5. Now sem 3, idk. I never do this kind of personal commenting huhu but by any slightest chance, can I ask for you notes/latihan/ in class works or anything that you think might be beneficial for a seketul junior. I can't excel like you but maybe I can do better with some guidance. ( Hanya seorang insan yg mencuba nasib minta tolong dgn excellent student depan mata huhu, but if you're busy it's okay. Hanya nak nampak cahaya masa depan sikit haha). Ok itu sahaja, pnjang betul comment. Kalau dh baca deletee. Thank youu . Oh dan tahniah atas semua pencapaian anda! Semoga cemerlang dunia dan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Allahu. Terima kasih sebab sudi membaca. It's okay dear junior. Saya pun penah jatuh. Semua orang yang berjaya pernah gagal. Tapi yang membezakan orang gagal dengan orang berjaya ialah mereka bangkit dari kegagalan. Hmm nak bagi tips eh. Rasanya tahun lepas saya pernah bagi talk kat SK first year students under Neuroscience club. Maybe selected students ja yang kena hadir. Nanti minta la Neuroscience club ke pesakma ke jemput saye bagi talk. Nanti saya share tips sebanyak boleh. Haha. Saya pun baru ambik master kat unimas. So boleh la nak datang fakulti lagi.

      Tips yang saya boleh share sini, hmm maybe you need to find someone yang boleh guide you till the end of your study. Cam saya, saya ada sorang kawan batch atas setahun. Tiap sem saya akan tanya camne nak excel for that semester. And apa yang dia cakap saya take note. Btw dia budak dekan lah. So mesti dia ingat camne dia skor. And unimas ni, assignment and exam questions dia sama ja tiap tahun. Ubah sikit2 ja. So senior ni boleh la tolong bagi tips how to perform for assignments as well as exams.

      Baru sem 3, tak terlambat lagi nak perform sehabis boleh tu.

      All the best, dear junior.

      Padam
  3. Such inspiration story...
    We have same situation but such a big gap btwn u and me way we overcome it ... Im so jelaous of u... Never give up even MPP,w some people,jemaah n else never make u down... Even friends .... I try to not compare ur situation with me but yah ... Lain org lain Rezekinya... Wish you achieve everything u dream of...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. I never thought that this entry will give such inspiration for you. Everyone has their own destiny and we need to be grateful with what we get.
      Thank you for your wish.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"HAA ? AKU DAPAT SAINS KOGNITIF !"

Alhamdulillah , wa syukurillah . Masih diberi umur untuk hidup di muka bumi Allah ni . Aku nak cerita tentang SK (sains kognitif @ cognitif science) sepanjang sem 1 ni . Sorry guys . Cerita tentang asasi dulu tak dapat nak sambung . Susah la nak remind balik . But this time , insya Allah . If Allah will .Boleh kot .. Moreover aku pun tengah mereput . cuti sem 1 dah . sebulan weyh cuti ! Decaying jugak la ... Let's begin ..Bismillahhirrahmanirrahim ... erh jap-jap . Nak cerita dulu camna aku dapat kos ni . Cerita dia camni . Masa asasi unimas , aku dah memang pasrah sebab cita-cita dari kecil dah terkubur ...Nak jadi doktor . Tapi pointer tak berapa comei . It's okay . Kita merancang , Allah juga merancang ,Perancangan Allah yang TERBAIK ! SERIOUS ! Kami diberi pilihan nak kos ape untuk sambung degree nanti . Budak asasi tak boleh sambung U lain kecuali dia pergi U swasta , atau pergi oversea ,atau pergi IPG atau pergi SPA . Nak masuk U lain boleh . Kena ada orang da...

Kamek Miak Penang Rah Sarawak ! [ Travelog Budak 'Malaya' di Bumi Kenyalang' ]

fuhhhh , fuhhh,,,,banyak nya habuk ! bismillahhirrahmanirahim , alhamdulillah , Allah beri peluang untuk aku lagi meng'update' blog ini selepas 2-3 bulan . Nasib baik tak bersawang lagi blog ni . okay , asasi dah habis bro ! so , apa kata aku share pengalaman aku kat sarawak selama dua igek semester ni . Pengalaman mendidik kita untuk jadi lebih dewasa . Apa salahnya kalau aku share dengan hampa semuakan ? Bukannya semua pernah pergi sarawak pon . So , yang mana tak pernah pergi . Hampa baca entry aku kali ni bolehlah bayang sikit camna sarawak tu . Orang semenanjung ni dah streotype dengan sarawak dengan keadaan yang serba mundur . Orang tinggai dalam hutan , orang masih pakai cawat , orang tinggai kat rumah panjang , orang pi mana-mana bawak sumpit , haishhh , banyak lagi lah ,... TAPI SEMUA TU BOHONG BELAKA ! tak menarik la kalau aku tak cerita dari awai-awai camna aku boleh tercampak pi Sarawak dan berlajaq kat UNIMAS kan . hmmmm,,, okay cerita dia camni...

Travel to Turkiye

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Maaflah berhabuk sikit blog aku ni. Kali terakhir rasanya tulis blog kalau tak silap dua tahun lepas. Sekarang ni dah masuk tahun 2025. Itu pun pasal berjalan ke Patani. Aku ikut Mamu masa adik kepada kakak ipar dia yang merupakan orang Patani kahwin. Banyaklah ibrah yang aku dapat daripada perjalanan ke Patani hari tu. Kalau kau orang nak baca, boleh tengok di post sebelum-sebelum ni.  Untuk post kali ni, aku nak berkongsi tentang ‘Travel To Turkiye’ selama lebih kurang 10 hari. Sebenarnya, tak sampai 10 hari pun. Hari kesembilan tu kami pergi ke Oman. 10 hari ni termasuk perjalanan dari KLIA dan sampailah ke KLIA balik. Plan nak ke Turki ini bukannya dalam masa sebulan dua tau. Kami plan sejak mak belum pencen lagi. Rasanya bulan 5 lagi kami dah bagi nama untuk pergi ke Turki. Travel kali ini aku ikut kawan mak, Mak Cik Fatiah. Mak Cik Fatiah dulu satu sekolah dengan mak. Lepas tu, dia berpinda...